Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, December 7, 2010

Home » , , , , , » Dunia Cinta : Baik Buruknya Berkawan Dengan Bekas Kekasih

Dunia Cinta : Baik Buruknya Berkawan Dengan Bekas Kekasih

Baik Buruknya Berkawan Dengan Bekas Kekasih

Apabila anda mengakhiri hubungan disebabkan masalah tertentu, tentu anda juga tak berharap terlalu cepat untuk mencari teman lagi. Anda berdua perlu mendiamkan diri, dan berusaha melupakan segala konflik yang pernah terjadi. Ketika anda telah bersedia, Anda juga perlu mempertimbangkan baik-buruknya membina hubungan kembali lagi dengan bekas kekasih anda. Empat kemungkinan di bawah ini boleh dipertimbangkan.

http://community.kompas.com/photo/image/ex6.jpg

Baiknya: Dia sudah mengenali anda
Dia tahu bahawa anda ada bekas luka di lengan anda, mengapa bos anda begitu dibenci oleh pekerja-pekerjanya, ataupun anda sebenarnya tidak menyukai hadiah hari jadi yang pernah diberikan kakak anda. Meskipun orang lain lebih suka meluahkan perasaan melalui Facebook atau Twitter, hal ini tidak bererti orang lain mengenali siapa anda. Maka, beruntunglah anda kerana ada orang yang sangat mengenali anda. Namun jika anda boleh menjaga agar hubungan tetap bersifat positif, maka bekas kekasih ini layak untuk menjadi rakan anda.

Buruknya: Ia masih akan menyusahkan anda
Jika anda berdua tidak boleh makan bersama tanpa mengungkit-ungkit persoalan masa lalu, atau jika kelakuannya masih membuatkan anda menyesal, lebih baik anda tak usah memaksakan diri anda untuk menjaga hubungan baik dengannya. Biarlah pertengkaran anda reda seiring berjalannya waktu, sehinggakan anda benar-benar ok dan boleh berteman lagi dengannya tanpa terpengaruh akan perilakunya.

Baiknya: Ia boleh memberikan sudut pandang sebagai seorang lelaki
Anda pasti memiliki sahabat perempuan, dan menikmati masa-masa berbual,bershopping dan melepak bersama mereka. Tetapi kadang-kadang, anda juga tidak akan lari daripada membincangkan topik mengenai lelaki. Kebanyakan lelaki tidak akan berselindung dengan pendapat mereka jika anda berpakaian terlalu terbuka, mengatakan sesuatu yang menyakiti orang lain, atau mengutuk seseorang yang tidak layak mendapatkan anda. Ketika anda menghadapi masalah dengan kekasih baru, anda juga boleh meminta pendapatnya dari sudut pandang seorang lelaki.

Buruknya: Ia ingin kembali pada anda
Jika anda berdua memang masih saling mencintai, tentu tak ada yang salah bila anda kembali sebagai pasangan. Tetapi jika bekas kekasih anda mengatakan bahawa kekasih baru anda bukan lelaki yang baik, adakah ia mengatakannya hanya disebabkan ia masih menyukai anda? Apakah dia berusaha menggagalkan hubungan baru anda? Disebabkan ia sudah pernah menjalani hubungan dengan anda, maka bekas kekasih anda tahu apa kelemahan anda. Maka anda haruslah berhati-hati agar anda tidak terjebak dalam hubungan yang salah lagi.

credit dunia-panas