Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label dunia renungan. Show all posts
Showing posts with label dunia renungan. Show all posts

Thursday, July 14, 2011

Dunia Renungan : Wasiat Nabi Junjungan Kepada Saidina Ali R.A


Wahai Ali, Bagi orang mukmin ada 3 tanda-tandanya

1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu wanita
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia

Wahai Ali, Bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya

1) Jujur dalam berkata-kata
2) Menjauhi segala yang haram
3) Merendahkan diri

Wahai Ali, Bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya

1) Takut berlaku dusta dan keji
2) Menjauhi kejahatan
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman

Wahai Ali, Bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya

1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya

Wahai Ali, Bagi ahli ibadah itu ada 3 tanda-tandanya

1) Mengawasi dirinya
2) Menghisab dirinya
3) Memperbanyakkan ibadah kepada ALLAH s.w.t.

Tuesday, July 5, 2011

Dunia Renungan : 19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadis

14 19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadis

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

SUMBER

Saturday, July 2, 2011

Dunia Renungan : Sebab-sebab Hati Tidak Bahagia Ialah Kerana Adanya Mazmummah Di Dalam Hati

Dunia Renungan : Sebab-sebab Hati Tidak Bahagia Ialah Kerana Adanya Mazmummah Di Dalam Hati.


Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.(sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit.(rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)

** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikitnescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi..

** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut...

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada...

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. - biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah...

** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.****

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia ...buruklahh padahnya...

Friday, July 1, 2011

Dunia Renungan : Hebatnya Allah Ciptakan Tulang Manusia

Dunia Renungan : Hebatnya Allah Ciptakan Tulang Manusia

"Tiap-tiap ruas tulang anak adam itu ada sedekahnya setiap harinya" (HR Bukhari, Muslim)

Seorang doktor ahli bedah yang berfungsi juga sebagai staf pengajar anatomi di Universiti Muhammadiyah Yogyakarta menemukan fenomena wudhu yang sangat berkaitan dengan anatomi tubuh manusia khususnya tulang. Bertahun-tahun mendalami ilmu bedah dan anatomi, akhirnya doktor tersebut menyimpulkan bahwa jumlah bilangan ruas tulang yang kita basuh setiap kali berwudhu sama dengan jumlah keseluruhan tulang manusia dan sama dengan jumlah bilangan hari dalam 1 tahun hijriah.
Kebanyakan manusia tidak pernah memperhatikan jumlah tulangnya sendiri, bahkan seorang doktor sekalipun. Menurut ilmu anatomi, jumlah tulang manusia dewasa adalah 206 ruas (Henry Netter, 1906). Akan tetapi secara embriologis, pusat penulangan semasa kehidupan janin dalam kandungan adalah sekitar 350-an pusat penulangan (Leslie Brainerd Arey, 1934), yang kemudian banyak pusat-pusat penulangan yang menyatu, membentuk satu tulang dewasa. Bilangan pusat penulangan itu ternyata dekat dengan bilangan hari dalam satu tahun.

Dalam kaitannya dengan kaedah harian wudhu, pembasuhan anggota wudhu kebanyakan sebanyak 3 kali, dan ada yang 1 kali (membasuh kepala dan telinga).

Cuba kita perhatikan jumlah penyusunan tulang pada bahagian-bahagian tubuh yang dibasuh pada saat berwudhu;

a.Lengan dan tangan: 30 batang tulang yang terdiri ;
1 buah tulang lengan atas
2 buah tulang lengan bawah
8 buah tulang pergelangan tangan
19 buah tulang telapak dan jari-jari

b.Tungkai dan kaki (31 batang)
2 tungkai bawah
8 buah tulang pergelangan kaki
21 buah tulang telapak dan jari-jari

c.Wajah (12 batang)
1 buah tulang dahi
1 buah tulang baji
1 buah rahang atas
1 buah rahang bawah
1 buah tulang air mata
1 buah tulang pelipis
2 buah tulang hidung
2 buah tulang pipi

d.Rongga mulut dan hidung (41 batang)
32 gigi geligi
1 buah tulang langit-langit
1 buah rahang
7 buah sekat dan karang hidung

e.Kepala dan telinga (12 batang)
2 buah tulang pelipis
2 buah tulang ubun-ubun
1 buah tulang
1 buah tulang baji
1 buah tulang dahi
1 buah tulang belakang kepala
6 buah tulang pendengaran

Bahagian tubuh dari poin a-d dijumlahkan


30+31+12+41= 114.


Angka tersebut dikalikan 3 oleh karena ketika berwudhu, dilakukan pembasuhan sebanyak 3 kali, menjadi

114x3= 342.

Poin e tidak dikalikan 3 karena saat wudhu, kepala dan telinga dibasuh hanya 1 kali. Angka 342 dijumlahkan dengan 12 didapatkan angka 354.

Angka ini sama dengan jumlah seluruh jumlah hari dalam 1 tahun hijriah, sekaligus sama dengan jumlah seluruh tulang manusia.

Dengan demikian membasuh anggota tubuh disaat berwudhu seakan-akan sudah membasuh seluruh tubuh.
Apakah ini suatu kebetulan??

sumber: http://halaqah.net/v10/index.php?page=342

Thursday, January 13, 2011

Dunia Renungan : Sunnah Tidur Siang Dan Penemuan Semasa

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.

Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:


"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji.Rasulullah ada melakukannya."
Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata:

"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.

Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa "92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti." (Napping News: 'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse)

Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau ' a secondary sleep gate.' Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work.'

Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.' Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan.

Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam. (Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com)
Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.

(Laporan saintifik tentang kelebihan tidur tengahari ke atas produktiviti berdasarkan kajian 25 tahun)

Wednesday, January 12, 2011

Dunia Renungan : Mengapa Wanita Gagal Menjadi Suri Rumah

Mengapa Wanita Gagal Menjadi Suri Rumah


Agak pelik dan hairan jika sekali-sekala kita mengunjungi rumah seseorang yang si isterinya tidak bekerja tetapi keadaan rumahnya tidak terurus. Persoalannya, apakah yang dibuat oleh si isteri ini sepanjang hari sehingga rumah tidak sempat hendak dikemaskan. Namun, itulah realitinya. Terdapat banyak faktor mengapa suri rumah gagal mengurus rumah dengan sempurna dan kemas. Antara sebabnya termasuk:

1. Sikap sambil lewa dan suka bertangguh. Mungkin kerana mereka sepanjang hari berada di rumah dan tidak perlu buat kerja dengan segera. Sepatutnya suri rumah sepenuh masa dapat mengurus rumah dengan lebih baik dan kemas. Tidak melakukan kerja secara tergesa-gesa hanya apabila ada orang nak datang.

2. Tidak menjadikan kerja mengemas rumah sebagai satu budaya hidup. Sesungguhnya apabila mengemas menjadi budaya harian, mereka tidak memerlukan masa yang panjang untuk mengemas rumah.

3. Tidak mendidik anak-anak supaya sentiasa bersih dan kemas. Sepatutnya anak-anak sejak kecil lagi dididik agar menghargai kebersihan. Jika sejak kecil sentiasa hidup dalam suasana bersih, sudah tentu ia akan menjadi budaya anak-anak kita pula.

4. Tidak berminat mengemas rumah. Hal ini berkemungkinan kerana mereka sudah biasa hidup dalam suasana yang tidak kemas dan tak terurus. Akibatnya bila sudah berkahwin, budaya itu turut terbawa-bawa.

5. Merasakan bahawa mengemas rumah bukan perkara penting malah merugikan masa kerana mesti dilakukan berterusan.

6. Suka mengunjungi rumah jiran tanpa mengira waktu sehingga tidak sempat hendak mengemas rumah. Malah ada yang berpendapat 'tak apa tak kemas rumah asalkan ada makanan sudah cukup'. Seolah-olah telah hilang nilai kemanusiaan. Manusia yang sempurna tentu inginkan suasana yang kemas, bukan sekadar dapat makan. Kalau berfikiran begitu, maka samalah taraf manusia dengan haiwan.

7. Lupa bahawa itulah imej yang mempamerkan peribadi sebenar seseorang wanita. Tentu tidak wajar wanita Islam mengabaikan kebersihan dan kekemasan rumahtangga, sedangkan Islam amat menyuruh umatnya sentiasa bersih.

Faktor-faktor di atas telah dikenal pasti sebagai punca kegagalan mereka menguruskan rumah dengan sempurna. Tetapi mengapa hal ini terjadi? Di sini, para suami perlu meluangkan sedikit masa dengan membawa keluar anak dan isteri bersiar-siar atau berehat untuk menghilangkan kebosanannya. Di kesempatan itu, didiklah mereka akan budaya dan disiplin yang baik itu.

Sebenarnya, sebahagian suri rumah yang bermasalah ini tidak tahu hala tuju hidupnya. Kerana itu, para suri rumah perlu dibiar bergerak aktif untuk melihat keadaan sekeliling. Mungkin di sana mereka boleh belajar untuk mengurus masa dan mengemas rumah.


credit: [Saujanaku]

Dunia Renungan : Dara, Adakah Ianya Penting?

DARA : Adakah ianya penting?


Isu ini merupakan isu yang paling jarang diperbincangkan secara terbuka. Ini mungkin disebabkan sikap masyarakat kita yang masih menganggap ia sebagai isu peribadi yang boleh mengaibkan terutama kepada golongan wanita. Walaubagaimanapun, apa yang bakal dikupas oleh penulis bukanlah perkara yang berkaitan dengan kejadian biologi seorang gadis, tetapi isu yang berkaitan dengan kesucian dan kehormatan seorang gadis. Ini kerana, selain isu sosial, ia juga berkaitan dengan salah satu institusi yang penting dalam Islam - perkahwinan. Kecenderungan penulis merenung isu ini datang dari pengalaman peribadi selama satu dekad.

Dalam Islam, ketika memilih calon isteri, seseorang pemuda digalakkan mencari seorang gadis. Alasan yang diberikan adalah gadis lebih menghiburkan dan sama-sama belajar bergurau senda. Sedangkan seorang janda sudah mempunyai pengalaman dan memori dengan bekas suaminya dulu. Hakikat ini diperkukuhkan lagi apabila peminangan seorang gadis berbeza dengan cara peminangan seorang janda. Seorang gadis tertakluk atas nasihat dan kawalan bapanya atau walinya sementara seorang janda dianggap mampu berdikari dan membuat keputusan sendiri mengenai calon suaminya.

Namun begitu pada dasarnya tidak ada halangan untuk seorang pemuda untuk memilih sama ada seorang gadis perawan atau seorang janda sebagai bakal isterinya dan Islam sendiri tidak meletakkan syarat kepada teruna untuk memilih gadis atau janda, Cuma digalakkan memilih gadis - dan ini adalah isu hati lelaki semata-mata.

Dalam kehidupan realiti, bagaimanapun ada lelaki yang sangat menitikberatkan soal dara. Bagi mereka, dara menjamin kebahagian dan kepuasan. Pada hemat penulis, lelaki jenis ini tidak arif tentang kedudukan yang sebenar. Lelaki ini mementingkan nafsu dan menafsirkan dara sebagai satu kejadian biologi pada jasad seorang perempuan. Menurut sumber ilmu kesihatan, kejadian selaput dara ini sangat sensitif dan mudah pecah. Kehilangan dara tidak semestinya seorang gadis itu telah melakukan hubungan jenis. Mungkin ada aspek lain seperti kemalangan atau sakit yang menyebabkan seseorang itu kehilangan dara. Pada hemat penulis, kehilangan dara dalam maksud ini tidak melibatkan kehilangan kesucian atau kehormatan seorang gadis. Oleh itu, penulis tidaklah berminat untuk memanjangkan aspek ini. Kita lebih cenderung melihat dari sudut harga diri seorang gadis.

Terus terang kita nyatakan, isu dara dalam artikel ini maksudnya hubungan seksual sebelum perkahwinan (zina) akibat meluasnya pergaulan bebas dalam masyarakat kita. Oleh itu awal-awal lagi penulis menyatakan isu ini adalah isu sosial ;bukannya isu peribadi atau isu dikalangan wanita sahaja. Keadaan ini menjadi lebih kompleks apabila batas pegaulan bebas di kalangan remaja dan belia kita menjadi kian longgar. Pada waktu yang sama, bagi menghadapi gejala seks sebelum nikah, sudah kedengaran di kalangan lelaki teruna bahawa ‘dara itu sudah tidak penting’. Yang penting bagi mereka ialah kasih sayang, kesetiaan, kejujuran dan hormat menghormati antara suami isteri. Lagi pun apabila seseorang gadis yang pernah terlanjur sudah bertaubat dan insaf, maka isu itu sudah tidak timbul lagi.

Penulis percaya ramai orang bersetuju dengan hujah di atas. Oleh itu kita akan tertanya-tanya perlukah lagi soalan ‘apakah dara itu penting?’. Sekali lagi kita harus bersabar dan berfikir lebih halus dan mendalam. Pandangan di atas samalah dengan pandangan lelaki yang menafsirkan dara sebagai kejadian biologi pada perempuan. Kedua-dua pandangan itu masih bersifat peribadi. Isu sosialnya ialah apabila masyarakat (generasi muda) mula menganut idea bahawa dara itu tidak penting maka secara tidak langsung merebak pula idea seks sebelum nikah itu sesuatu yang boleh diterima. Jika idea ini dianuti secara meluas, bukan isu dara yang perlu diatasi tetapi isu zina dan pergaulan bebas.

Dalam masyarakat barat yang bebas pergaulannya – sekurang-kurangnya seperti yang digambarkan melalui filem atau novel remaja - soal dara atau virginity sudah dianggap remeh.

Malah sebenarnya ia dianggap sebaliknya. Dalam masyarakat kita atau masyarakat timur yang asal seseorang gadis yang tidak dara (sudah melakukan hubungan seks) dipandang rendah dan dicemuh. Lelaki teruna mengelak diri dari mengambilnya sebagai isteri. Ibu bapa si gadis berasa sangat malu.

Gadis itu sendiri berasa bersalah dan berasa tertekan dan sedaya upaya menyembunyikan rahsia itu sehinggalah ke saat akhir (seperti kepada tunang atau suaminya). Tetapi masyarakat barat melihat soal dara sebaliknya.

Sesiapa yang masih dara dianggap mentah dan naif. Seseorang gadis yang pernah melakukan hubungan seks – selalunya ketika berusia belasan tahun –dianggap matang. Gadis ini layak dianggap wanita (woman) bukan lagi anak-anak perempuan (girl). Akibatnya, seseorang gadis yang tidak mempunyai pasangan lelaki atau gagal memujuknya melakukan aktiviti seksual mengalami tekanan perasaan dan penyisihan sosial remaja.

Secara sedar atau tidak apabila unsur budaya asing dan bahan lucah tersebar dengan bebas, masyarakat kita kini sedang menganuti idea yang sama. Tiada siapa yang tahu. Hanya sekelompok remaja dan belia yang mengetahui. Siapa tahu secara perlahan-lahan idea atau nilai generasi muda terhadap dara sudah berubah mengikut idea remaja barat?

Secara kesimpulannya apa yang hendak disampaikan oleh penulis ialah berkenaaan runtuhnya institusi sosial kita. Remaja terutama gadis tidak lagi menghiraukan tentang kesucian diri mereka. Gejala pergaulan bebas semakin berleluasa. Pihak media pula seakan jaguh dalam memperkenalkan budaya yang tidak sesuai dengan norma-norma kehidupan kita sebagai seorang Islam. Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Rasanya kita semua sedia maklum.

Dunia Renungan : Jenis-Jenis Syaitan

Simpanlah baik2 entry ini dan sebarkan pada rakan rakan anda sebagai
peringatan kita setiap hari dimana syaitan2 kurang ajar ini mengganggu
hidup harian yang mungkin selama ini kita tidar sedar hasutan mereka.
Sampaikan
kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi
pedoman hidup hingga keakhir hayat, Insya'Allah.


Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat
jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja
lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya
bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak
mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan
hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu
mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri
orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko,
kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan
muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam
dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah,
gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari
kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam
ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku
keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai,
suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang
pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai
bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia
khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan
ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah
api/matahari.


10. Isetan.
Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi.
Terdapat di sekitar Lembah Klang, Singapore, Beijing &
lain-lain tempat.
Kebaikan: Memberi potongan harga pada karnival jualan.
Keburukan: Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu
sembahyang.

...dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta.

Pesanan:
Shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pulak.
Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.

Dunia Renungan : Alangkah Untungnya Menjadi Wanita Solehah

Wanita Solehah


Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki solehah


Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil (kalau dia bersolat)


Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susunya.

Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.


Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang
melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga,dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10.Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia
hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11.Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12.Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13.Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di baitullah.

14.Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan
mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15.Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17.Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18.Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan
dikira sebagai mati syahid.

19.Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20.Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun),maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21.Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,Allah
akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22.Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruhakan mendapat pahala 7
tola perak.

23.Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24.Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25.Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah diakhirat,
tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya
iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Pandangan :
Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu,
mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan? Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak
syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.
Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan
dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilihlah Syurga dan bukannya Neraka.Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab di pertengahan jalan kita bertemu Izrail. Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab di pertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu didalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul. Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita dikopak dua,dipisahkan dengan kasarnya,ketika kita masih hidup. Lepas tu kapak-kapakkan kepala kita macam tembikai.Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan,kaki,badan,etc.... Pernah tengok orang eksiden motor sampai kepala bersepai? Bayangkan kamu adalah orang itu. Dan kamu masih hidup semasa otak kamu tengah mengalir masuk loji najis sungailangat / sungai muda..Forward post ini kat kawan-kawan yang lain.Dapat pahala berdakwah.Malam buat sembahyang sunat Taubat-Nasuha dua rakaat. moga kita semua dapat bermujahadah melawan hawa nafsu serta dapatmembentuk diri menjadi mukminah solehah... insyaAllah.... wassalam

Dunia Renungan : Wasiat Imam Syafie Sebelum Kembali Ke Rahmatullah


SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada
para muridnya dan umat islam seluruhnya.Berikut ialah kandungan wasiat
tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat
maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI. Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan,
mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan
yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat
persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah,
membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan
membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Iaitu : Tidak berdusta, berkata
benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan
sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI
AKHIRAT) Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka
membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) Iaitu : Menangis lantaran
takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa,bersedekah secara
terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA) Iaitu :
Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala,bersyukur ke atas
nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW Iaitu : Berselawat ke atas baginda,
berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi
para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT Iaitu : Mengajak manusia ke arah
kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci
kemaksiatan. Sudahkah anda menunaikan SOLAT ? Dari Abdullah bin 'Amr r.a.,
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Tuesday, January 11, 2011

Dunia Renungan : Masalah Berpakaian Dan Menggunakan Hiasan

Masalah berpakaian dan menggunakan perhiasan.


Seluruh imam mazhab sekata mengharamkan penggunaan emas dan perak untuk lelaki dan perempuan sebagai belkas dan bejana atau alat tulisdan barang perhiasan.Dengan itu adalah tidak harus menggunakan emas dan perak sebagai bekas untuk makanan dan minuman ,minyak,celak, alat solek dan sebagainya juga untuk berwuduk.Menghiasi rumah tempat duduk dengan emas dan perak juga tidak harus.Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:

Terjemahan: Jangan kamu minum didalam bekas yang diperbuat daripada emas dan perak dan jangan kamu makan dalam dulang-dulang yang diperbuat dari emas dan perak.kerana ia adalah untuk mereka(orana-orang kafir) di dunia dan untuk kamu pula di akhirat.

Sabda Baginda lagi:

Terjemahan: Orang yang minum dalam bekas daripada emas sesungguhnya bergelegak api neraka dalam perutnya.

Penggunaan emas dan perak dalam beberapa perkara beerikut adalah dikecualikan daripada hukum haram, berasaskan darurat atau keperluan:

Menggunakan emas atau perak bagi menggantikan hidung yang terputus atau gigi yang tercabut.Ini adalah pendapat jumhur termasuk Muhammad Ibn Al Hasan dan salah satu pendapat Imam Abu Yusuf.Abu Hanifah sendiri berpendapat,gigi tidak boleh diikat menggunakan emas tetapi perak dibenarkan.Ulama’ Hanafi berpendapat tidak menjadi kesalahan menggunakan emas sebagai pengikat permata cincin kerana ia hanya sebahagian ataupun tempelan sahaja.Ulama’ Syafi’i pula berpendapat adalah haram menggunakan emas sebagai kuku pengikat permata cincin untuk kaum lelaki.

Menggunakan emas sebagai saduran alatan sekiranya ia sedikit dengan erti jika ia dibakar semula dengan api tidak menghasilkan apa-apa ataupun yang tidak boleh dipisahkan untuk dijadikan suatu benda lain.

Imam Abu Hanifah mengharuskan penggunaan bekas yang disumbi atau dihias dengan perak.


Adapun sebab diharamkan penggunaan emas dan perak dijelaskan oleh para fuqaha ialah pembaziran dan kemegahan. Pendapat yang lebih asaah ialah disebabkan kedua-duanya merupakan tukaran oleh matawang yang digunakan untuk membayar sesuatu yang beredar. Kalaulah penggunaannya diharuskan ia akan menjejaskan kedudukan dalam pasaran dan ini akan menimbulkan keadaan bimbang dan tidak stabil.

Semua jenis bekas yang diperbuat dari emas dan perak adalah harus digunakan.Rasulullah s.a.w sendiri pun berwudu’ menggunakan bekas daripada tembaga.

Memakai sutera,cincin emas atau perak.

Kaum lelaki diharamkan memakai sutera dan cincin emas. Kaum wanita pula diharuskan memakai semua jenis pakaian dan cincin secara mutlak dan mereka juga harus memakai perhiasan yang diperbuat daripada emas dan perak. Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad s.a.w.:

Terjemahan: emas dan sutera adalah halal untuk wanita umatku dan haram bagi kaum lelakinya.

Ali meriwayatkan bahawa:

Terjemahan: Rasulullah s.a.w melarang memakai cincin emas.

Ibn Abbas pula meriwayatkan:

Terjemahan: bahawa Rasulullah s.a.w melihat sebentuk cincin emas di tangan seorang lelaki. Baginda lalu mencabutnya dan membuangkannya sambil bersabda, “seorang kamu dengan sengaja mengambil api neraka dan meletakkan di tangannya.”

Baginda juga bersabda:

Terjemahan: Hanya orang yang tidak mendapat bahagian di akhirat sahaja yang memakai sutera di dunia ini.

Semua para imam mazhab memberikan pengecualian untuk kaum lelaki memakai cincin perak . mereka mengharuskan pemakainya jika sedikit.Kadar yang dibenarkan mengikut pendapat ulama’ hanafi ialah sebanyak tidak lebih daripada satu misqal (2.975gm). Mengikut ulama’ maliki pula tidak melebihi daripada 2 dirham dengan syarat ia dilakukan dengan maksud untuk mengikut amalan Rasulullah s.a.w.Apabila ia melebihi daripada kebiasaannya maka hukumnya adalah haram.

Cara memakainya pula hendaklah di jari manis tangan sebelah kiri. Jika dipakai dijari yang lain ulama syafi’I ia harus tetapi makruh. Ulama’ hanafi berpendapat bagi mereka yang lain daripada sultan,qadi dan mereka yang perlu lebih tidak memakai cincin. Keperluan seperti cincin adalah seperti untuk cap mohor.

Ulama’ hanafi juga berpendapat tidak menjadi kesalahan menggunakan tali pinggang dan hulu pedang yang diperbuat dari perak seperti cincin dengan syarat ia tidak di tempat pemegangnya. Ini kerana terdapat athar yang menunjukkan keharusannya.

Tentang memakai cincin: pengumpul hadis yang enam telah meriwayatkan Hadis dari Anas Bin Malik, bahawa Rasullullah s.a.w telah menggunakan cincin daripada perak berpermata daripada Habsyah dan berukir tulisannya perkataan ‘Muhammad Rasulullah’.

Untuk pedang pula terdapat hadith,antaranya yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Al-Tirmizi daripada Anas, katanya “hulu pedang Rasulullah adalah daripada perak’

Mengikut pendapat Abu Hanifah menggunakan bantal untuk tidur atau bersandar tidak dianggap salah kerana tindakan demikian menghina dan memperkecilkannya. Dengan itu kedudukan sama seperti gambar-gambar yang terdapat di hamparan kerana ia dijadikan lapik duduk. Dua sahabat abu Hanifah pula berpendapat adalah makruh hukumnya bersandar dan duduk di atas sutera kerana larangannya yang umum dan ia menjadi pakaian golongan ‘ajam yang tidak mrndapat bahagian kelebihan.

Mengikut pendapat dua sahabat Abu Hanifah,tidak menjadi kesalahan bagi mereka yang berada dalam medan perang memakai sutera yang terbaik al-dibaj kerana daruruat. Pemakaian ini amat diperlukan kerana ia dapat bertahan daripada dimakan senjata disebabkan keutuhannya. Ia pula menimbulkan kegerunan dihati musuh. Ia menampakkan kehebatan kepada musuh kerana kilauan dan sinarnya. Al-Hakam bin Umar telah meriwayatkan Hadith dengan katanya “Rasulullah s.a.w memberikan kelonggaran memakai sutera sewaktu dalam peperangan .Mengikut Abu Hanifah pula ia makruh dipakai kerana terdapat larangan yang umum.Keadaan yang darurat boleh diatasi dengan penggunaan sutera campuran.

Ulama’ Hanafi mengharuskan pemakaian sutera campuran yang mana benang asasnya bukan sutera dan benang jalinannya sutera, sama ada diwaktu perang atau diwaktu lain. Ini kerana para sahabat memakai sutera campuran (al-Khazz) yang benang jalinannya sutera. Selain itu sesuatu tenunan dikira berdasarkan benang asasnya (al-lahmah). Dengan sebab itu adalah berasaskannya. Jika campuran dalam bentuk sebaliknya iaitu benang asas kain tersebut merupakan sutera dan jalinannya bukan sutera,ia tidak halal dipakai dilur dari medan perang tetapi dimedan perang ia harus dipakai mengikut pendapat ulama’ Hanafi.

Ulama’ Hanafi juga mengharuskan pemakaian yang bercampur dengan sutera yang sedikit kerana kadar yang sedikit dimaafkan. Maksud sedikit adalah 3 atau 4 jari seperti jalur-jalur atau jahitan.
Ini berdasarkan hadith riwayat Umar yang menyebut :

Terjemahan: Rasulullah s.a.w melarang daripada memakai sutera kecuali sekadar dua,tiga atau empat jari.

Nabi Muhammad sendiri memakai jubah yang dijahit tepinya dengan sutera.

Jumhur fuqaha selain ulama’ Maliki mengharuskan pakaian sutera dipakai dengan tujuan mengelakkan daripada gigitan kutu dan sebagainyaatau untuk mengatasi kesakitan disebabkan penyakit seperti kudis dan sebagainya. Ini berdasarkan kebenaran yang telah diberikan oleh Rasulullah kepada Abdul Rahman bin Auf dan juga kepada al-Zubayr untuk memakai sutera disebabkan kedua mereka menghidapi penyakit gatal kulit. Ulama Maliki pula berpendapat memakainya tidak harus walaupun kerana tersebut. Ternyata pendapat mereka bercanggah dengan hadith yang tersebut.

Mengikut pendapat ulama’ hanafi seseorang wali makruh memakaikan emas, atau perak atau sutera kepada anak lelakinya kerana pengharaman bahan-bahan tersebut telah sabit kepada golongan lelaki. Apabila ia haram dipakai ia juga haram dipakaikan sebagaimana arak,haram diminum maka memberi minum juga haram.

Pendapat yang lebih tepat dikalangan Ulama’ Hanbali juga berpendapat adalah haram seseorang wali memakaikan kanak-kanak lelakinya dengan sutera, berdasarkan sabda Nabi telah menyebut:

Terjemahan: diharamkan pakaian sutera ke atas kaum lelaki umatku dan dihalalkan kaum wanita mereka.

Abu Daud pula meriwayatkan kepada Jabir, katanya” Kami melucutkannya daripada kanak-kanak lelaki dan kami biarkannya dipakai oleh kanak-kanak perempuan.”
gambar from Google

Sunday, January 9, 2011

Dunia Renungan : Asal Usul Api Di Dunia Ini


ASSALAMUALAIKUM

Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia utk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan utk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.
jibril : wahai zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka utk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.
zabaniah : sebanyak mana sedikit itu ?
jibril : sebesar kurma..
zabaniah :kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.
jibril :kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...
zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..
memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia.
Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka utk di bawa ke dunia.
Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa di sejukan dgn mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70 .Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan diatas sebuah bukit yg tinggi. tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.
Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini spt api yg sering kita gunakan utk berbegai keperluan dan juga api yg terdapat di gunung berapi dll lagi.
PENGAJARAN :Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yg terpaksa disejukan dlm 70 buah sungai dgn sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dgn api di neraka itu sendiri.
SEBESAR ZARAH SAHAJA.
Nauzubillah. untuk peringatan bagi yg menghisap rokok dan yg sejenis dgnya bagaimana perasaan anda sewaktu menghisap api neraka itu....
MOGA ada manafaat dari riwayat ini.
wassalam.

Dunia Renungan : Personaliti Ibu Bapa Yang Cemerlang

PERSONALITI IBU BAPA YANG CEMERLANG


Mempunyai matlamat yang jelas Ibu bapa yang cemerlang mestilah mempunyai matlamat
hidup berkeluarga yang jelas. Matlamat yang menjamin keutuhan rumah tangga dan
kesinambungan generasi yang berkekalan dan berilmu. Jika sesuatu perkahwinan
dilakukan kerana mengikut kebiasaan dan adat semata-mata, ia kana menjadikan
rumah tangga hambar dan tidak berhaluan. Matlamat yang jelas akan menyebabkan
ibu bapa membuat perancangan yang teratur untuk masa depan anak-anak dan dapat
menjalani kehidupan di dunia dan akhirat dengan lebih cemerlang. Sebenarnya apa
yang kita minta, itulah yang akan kita dapat.

Tegas

Ketegasan dalam segala tindakan ibu bapa akan dapat mendisplinkan anak dengan lebih
cemerlang. Ketegasan yang positif akan menyebabkan anak-anak lebih menghormati kedua-dua
orang tuanya dan memahami kehendak ibu bapanya.

Berakhlak mulia

Ibu bapa yang! cemerlang mestilah mempunyai akhlak yang mulia untuk membimbing
anak-anak supaya mereka juga mempunyai akhlak yang mulia. Sebagaimana hadis
Rasullullah S.A.W. yang bermaksud : "Paling sempurna seorang mukmin imannya
adalah yang paling luhur akhlaknya."

(Hadith Riwayat Tirmidzi)
Pepatah Melayu juga pernah menyebut :
"Bapa borek anak rintik". Kita tidak mahu menjadi seperti "Ketam yang mengajar anaknya
berjalan betul".

Mengambil berat terhadap keluarga

Suka sifat mengambil berat terhadap keluarga akan menyebabkan anak-anak rasa
disayangi dan diambil perhatian. Sifat ini dengan secara tidak langsung akan
menanamkan rasa kasih sayang di jiwa anak-anak

Komitmen yang tinggi

Apabila pasangan suami isteri bersedia untuk mempunyai keluarga, sudah tentulah
komitmen yang tinggi diperlukan untuk menjamin keharmonian rumah tangga. Sekiranya
pasangan suami isteri hanya menganggap bahawa berkeluarga hanyalah kitaran hidup yang
biasa bagi seorang manusia, ! maka janganlah hairan kalau rumah tangga tersebut hanya
berada di tahap yang sederhana sahaja

Berketrampilan dalam pelbagai bidang

Ibu bapa yang cemerlang harus mempunyai pengetahuan yang agak luas dalam pelbagai bidang.
Ini akan dapat mengukuhkan kefahaman mereka dalam mendidik anak-anak mengenai bidang-bidang
yang berkenaan

Yakin terhadap diri sendiri

Keyakinan yang tinggi menjadi pemimpin dalam rumah tangga adalah tunggak kepada
kekuatan seseorang suami dan keyakinan yang jitu dalam mendidik anak-anak adalah
tunggak kepada isteri yang solehah. Tanpa keyakinan yang tinggi terhadap diri sendiri,
kedua-dua ibu bapa tidak dapat memainkan peranan masing-masing dengan lebih berkesan.
Ingat "bagaimana acuan, begitulah kuihnya".

Konsisten dalam melakukan sesuatu

Sesuatu amalan yang dilakukan secara konsisten oleh kedua-dua ibu bapa seperti
sembahyang jemaah, melakukan aktiviti-aktiviti yang mulia, memberi arahan dan
mengenakan hukuman akan dapa! t menanamkan rasa hormat dalam diri anak-anak terhadap
kedua-dua orang tuanya

Pemikiran yang kreatif dan positif

Ibu bapa yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan positif akan dapat mewujudkan suasana
yang ceria dalam rumah tangga. Kreatif dalam mengemas rumah, memilih makanan, beriadah
dan sebagainya akan dapat mengubah selera dan suasana dalam rumah tangga

Boleh diharap

Ibu bapa adalah tempat bergantung oleh anak-anak. Oleh yang demikian, ibu bapa hendaklah
sentiasa bersedia untuk melayani dan melindungi ahli-ahli keluarga apabila diperlukan

Sentiasa bertenaga

Anak-anak memerlukan kemanjaan, kasih sayang dan perhatian pada bila-bila masa. Oleh
yang demikian ibu bapa harus sentiasa mempunyai tenaga yang banyak untuk melayani
kerenah anak-anak. Pastikan kesihatan diri sentiasa berada dalam keadaan terbaik

Sentiasa bersemangat

Ibu bapa tidak seharusnya berasa jemu untuk menjalankan aktiviti harian. Mereka
harus sentiasa bersema! ngat untuk mewujudkan suasana rumah tangga yang bahagia.
Semangat ini hanya datang dari komitmen yang tinggi dan pemikiran yang positif

Mudah mesra dan penyayang

Senyuman yang sentiasa terukir di wajah ibu bapa menjadi penawar kepada segala
penyakit dalam rumah tangga

Pandai mendengar dengan berkesan

Ibu bapa yang boleh mendengar dengan berkesan rintihan anak-anak akan dapat menyelesaikan segala masalah anak-anak. Mendengar merupakan satu kemahiran yang harus dipelajari untuk memahami dan mendidik dengan lebih berkesan

Sentiasa bekerja kuat dan smart

Sesuatu pekerjaan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan penuh keikhlasan akan
membuahkan hasil yang lumayan. Pekerjaan seumpama ini akan menjadi ikutan kepada anak-anak

Kejujuran dan keikhlasan

Ibu bapa yang cemerlang sentiasa menanamkan sifat kejujuran dan keikhlasan dalam segala
tindak-tanduk. Kejujuran dan keikhlasan dalam menghukum anak misalnya akan meninggalkan
kesan yang ! mendalam dalam diri anak berbanding dengan perasaan marah dan benci

Merendah diri

Sifat merendah diri ini bukanlah bermaksud sehingga anak-anak boleh memijak kepala kita.
Sekiranya ibu bapa merendah diri terhadap kedua-dua ibu bapanya, maka sudah tentulah anak
akan mengikuti jejak langkah tersebut

Sentiasa menjaga harga diri / maruah

Ibu bapa yang sentiasa menjaga maruah diri dan keluarga akan meningkatkan lagi maruah
keseluruhan keluarga tersebut. Dengan ini keluarga tersebut akan dihormati dan dipandang
tinggi oleh masyarakat

Bijaksana

Ibu bapa seharusnya mempunyai kebijaksanaan yang melebihi anak-anak. Ini sudah tentunya
melalui pengalaman dan pembacaan yang luas. Pergaulan yang luas juga menjadikan ibu bapa
lebih berpengetahuan

Pengasih dan penyayang

Anak-anak memerlukan ibu bapa yang pengasih dan penyayang. Semua anak tidak meminta untuk dilahirkan ke dunia ini. Oleh itu setiap kelahiran anak patutlah dibajai dengan kasih !
sayang yang tidak berbelah bagi

Bermotivasi tinggi

Ibu bapa harus sentiasa memupuk semangat motivasi yang tinggi dalam diri masing-masing.
Ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Motivasi hendaklah dipupuk dan dibaja
setiap masa dan ketika

Optimistik

Persediaan untuk menjadi ibu bapa yang cemerlang sebelum berkahwin lagi akan menjadikan
seseorang itu bersifat optimistik terhadap membina rumah tangga yang diidamkan

Mempunyai perancangan yang rapi

Merancang kehidupan harian adalah satu langkah yang paling baik untuk kesejahteraan semua
ahli keluarga. Perancangan yang teratur akan melicinkan perjalanan harian keluarga dan dapat
memastikan semua ahli dalam keadaan selesa

Gigih

Kesejahteraan sesebuah keluarga tidak dapat dibentuk dalam sekelip mata sahaja. Ia
memerlukan kegigihan dan kesabaran yang tinggi. Mereka yang berasa kecewa akan gagal.
Jadikan kegagalan sebagai kawan yang paling karib untuk mencapai kejayaan

Sikap! mental yang positif dan kreatif

Bagi mengelakkan kebosanan dalam rumah tangga, ibu bapa hendaklah sentiasa mempunyai
sikap mental yang positif dan kreatif dalam menangani segala masalah dalam rumah tangga

Kepantasan bertindak

Membuat keputusan yang adil dan bertindak cepat akan dapat mengelakkan perkara-perkara
yang tidak diingini daripada berlaku

Imej diri yang cemerlang

Imej diri yang cemerlang akan menambahkan keyakinan dalam diri ibu bapa. Imej diri bukan
sahaja dilihat dari perspektif luaran malah ia juga harus dilihat dari perspektif dalaman

Mempunyai kemahiran berkomunikasi

Ibu bapa yang mempunyai kemahiran komunikasi akan disukai oleh semua ahli keluarga.
Teknik menegur ahli keluarga yang berhemah akan menjadikan mereka orang yang disanjungi
dan dihormati

Pandai bergurau

Bergurau senda dalam rumah tangga akan menceriakan persekitaran sesebuah keluarga

Berdoa dan mendoakan
Ibu bapa yang cemerlang sentias! a berdoa untuk kecemerlangan diri dan ahli keluarga yang
lainnya.

Sifat personaliti yang tersemai di hati boleh dipelajari dan ia bukan sesuatu yang semula
jadi atau tumbuh dengan sendirinya dalam diri setiap individu

Dunia Renungan : Tanggungjawab Berumah Tangga

TANGGUNGJAWAB BERUMAH TANGGA

Rumah tangga yang harmoni dan sejahtera memerlukan satu rasa tanggungjawab yang begitu
berat yang harus dipikul oleh kedua-dua ibu bapa. Ia memerlukan satu amanah yang perlu
dilaksanakan dengan jayanya

Tanggungjawab Ibu Bapa dalam rumah tangga:

1. ibu hendaklah memilih calon bapa yang baik dan serasi. Begitu juga sebaliknya.

2. membentuk anak sebagai pewaris bangsa yang akan membentuk generasi akan datang yang gemilang.

3. berdoa dan mengikut adab semasa 'berjimak' supaya anak yang dilahirkan berlandas kepada
kehendak agama.

4. bersikap positif terhadap kelahiran anak samada lelaki atau perempuan.

5. memberikan nama yang indah dan mempunyai maksud yang baik supaya mereka! tidak dihina
dan dicela apabila besar kelak.

6. mengakikahkan anak.

7. menyusui anak sendiri.

8. mengkhatankan anak.

9. memberikan nafkah yang secukupnya untuk anak-anak.

10. menepati segala janji dengan anak-anak.

11. memupuk rasa kasih sayang di kalangan anak-anak.

12. menepati segala janji dengan anak-anak.

13. menghormati hak anak-anak dengan tidak membatasi hak ibu bapa sendiri.

14. mendidik akhlak anak-anak ke arah kecemerlangan.

15. menanam akidah tauhid dalam diri anak-anak. Tanamkan kecintaan kepada Allah S.W.T.,
Rasullullah S.A.W. dan keluarga baginda.

16. melatih dan membimbing anak-anak menunaikan solat dan tuntutan agama yang lainnya.

17. bertindak adil terhadap sesama anak-anak.

18. mengasingkan tempat tidur antara anak lelaki dan anak perempuan.

19. memastikan anak-anak bergaul dengan orang yang baik-baik.

20. mengajar anak membaca al-Quran, ber! zikir dan cintakan ilmu.

21. menerangkan kepada anak-anak tentang halal haram dan baik buruk sesuatu perkara.

22. tidak memewahkan anak-anak supaya mereka belajar erti kehidupan yang sebenar.

23. mendidik anak supaya mereka tidak mengganggu di waktu aurat iaitu subuh, tengahari
dan selepas Isyak melainkan untuk tujuan kecemasan dan penting.

24. melatih dan menggalakkan anak-anak beriadah untuk kesihatan fizikal dan mental.

25. menghormati anak-anak seperti mana kita mahu mereka menghormati kita.

26. menghiburkan keluarga.

27. mencegah pergaulan bebas supaya mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

28. membimbing anak-anak bertakwa.

29. memastikan anak-anak tidak terdedah kepada perkara-perkara lucah.

30. memastikan keselamatan anak-anak setiap masa dan di mana jua.

31. memperkenalkan anak-anak kepada sanak saudara samada yang jauh mahupun yang dekat.

32. mendidik anak! tentang etika sosial.

33. mengahwinkan mereka dengan pasangan yang baik agamanya.

34. bersabar dan menerima ketika kematian anak.

35. mendidik anak sayangkan binatang dan makhluk Allah S.W.T. yang lainnya.

36. menegakkan amal makruf dan nahi mungkar dalam rumah tangga.

37. mewasiatkan iman dan takwa kepada anak-anak.

38. sentiasa mendoakan anak-anak khususnya di saat-saat mustajab.

39. sentiasa bertawakal kepada Allah S.W.T.

Doa Ibu untuk kesejahteraan anak dalam kandungan
"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah ia.
Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan-Mu, penyembuhan
yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada
diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan
kepada Rasul-Mu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.
Ya Allah, jadikan! lah dia sihat dan sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal.
Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya,
fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan
berkat Nabi Muhammad S.A.W. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam."


RUMUSAN
1. Ibu bapa yang berkesan memerlukan personaliti yang profesional dan praktikal untuk
dicontohi oleh anak-anak.

2. Nilai diri yang positif akan membawa kepada keyakinan diri yang mantap, penghormatan
daripada orang lain dan membentuk persekitaran yang kondusif. memahami dan memberi ganjaran
kepada anak-anak secara psikologikal dan material akan memperkukuhkan institusi rumah tangga

~Sesungguhnya Hidupku, Matiku, Amalanku, Ibadahku adalah semata-mata kerana Allah SWT~

Saturday, January 8, 2011

Dunia Renungan : Iblis Menangis Bila Orang Memberi Salam

IBLIS MENANGIS BILA ORANG MEMBERI SALAM


Sabda Rasulullah saw: “Wahai manusia sampaikanlah salam, berikanlah makan dan
solatlah diwaktu malam, diwaktu orang-orang lain sedang tidur,
maka kamu akan masuk syurga”.

Sabda Rasulullah SAW.:”Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat kamar yang bermacam-macam,
semuanya boleh dilihat dari luar isi dalamnya dan dari dalam boleh
lihat diluar. Di dalam syurga itu terdapat kenikmatan yang belum
pernah dilihat oleh mata, yang belum didengar oleh telinga dan tidak
pernah dibayang oleh hati manusia.”

Lalu bertanya pula sahabat: “Ya Rasulullah, untuk siapakah kamar-kamar itu?”

Sabda Rasulullah saw: “Ianya adalah bagi orang yang menyampaikan salam, bagi orang yg memberi
makan, bagi orang yg selalu berpuasa, bagi orang yang mengerjakan solat
malam ketika orang lain sedang tidur.”

Bertanya para sahabat: “Siapakah yang kuat mengerjakan semua itu ya Rasulullah?”

Sabda Rasulullah saw.:”Akan aku terangkan kepada kamu semua:

1. Barang siapa bertemu dengan saudaranya (semua orang Islam) dan memberikan
salam kepadanya, maka sesungguhnya dia telah menyiarkan salam.

2. Barang siapa yang memberi makan ahli keluarga/ anak isterinya hingga kenyang maka
sesungguhnya ia telah memberi makan.

3. Barangsiapa berpuasa dalam bulan Ramadhan, kemudian dia puasa enam hari dalam bulan
syawal (selain 1 Syawal, diharam puasa) bererti dia sudah sentiasa berpuasa sepanjang tahun.

4. Barangsiapa solat Isyak dan solat subuh berjemaah, maka sesungguhnya dia telah mengerjakan
solat malam ketika orang lain sedang tidur.

Sabda Rasulullah saw:”Barang siapa yang berbicara sebelum memberi salam, maka janganlah
kamu jawab.”

Ibnu Abbas ra berkata: “Sesungguhnya Iblis yang terkutuk itu menangis,
sewaktu seseorang mukmin itu bersalam dan dia mengeluh:
“Aduh celaka, kedua mukmin itu tidak berpisah keduanya melainkan
diampuni dosanya”.

Dunia Renungan : Ya Allah, Syukurlah Engkau Ciptakannya Kecil

Ya Allah. Engkau Maha Mengetahui kemampuan dan batasan hamba-hambaMu. Aku bersyukur dengan ciptaanMu ya Allah. Syukur engkau ciptakan setiap sesuatu sesuai dengan keadaannya.
Syukur Engkau ciptakan ulat itu kecil.

Kerana jika ia dilihat menggunakan mikroskop berkuasa tinggi, tak siapa mahu memandangnya. Malah mengerikan rupanya wajah seekor ulat!!!

Syukur engkau menjadikan semut itu kecil Nampak comel. Tak siapa peduli. Takut apakan pula!

Tetapi rupanya bila dibesarkan, rupanya agak menggerunkan. Mujur engkau kecik semut!

Syukur dapat lihat burung menghisap madu dengan penyedutnya yang kita tak nampak.
Rupanya penyedutnya itu membuatkan kita terasa jelik.

Maha Suci Engkau Ya Allah. Jadikanlah kami hambaMu yang mensyukuri nikmat kerniaanMu.
credit abgnua.blogspot