Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, January 11, 2011

Home » , , , , » Dunia Renungan : Masalah Berpakaian Dan Menggunakan Hiasan

Dunia Renungan : Masalah Berpakaian Dan Menggunakan Hiasan

Masalah berpakaian dan menggunakan perhiasan.


Seluruh imam mazhab sekata mengharamkan penggunaan emas dan perak untuk lelaki dan perempuan sebagai belkas dan bejana atau alat tulisdan barang perhiasan.Dengan itu adalah tidak harus menggunakan emas dan perak sebagai bekas untuk makanan dan minuman ,minyak,celak, alat solek dan sebagainya juga untuk berwuduk.Menghiasi rumah tempat duduk dengan emas dan perak juga tidak harus.Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:

Terjemahan: Jangan kamu minum didalam bekas yang diperbuat daripada emas dan perak dan jangan kamu makan dalam dulang-dulang yang diperbuat dari emas dan perak.kerana ia adalah untuk mereka(orana-orang kafir) di dunia dan untuk kamu pula di akhirat.

Sabda Baginda lagi:

Terjemahan: Orang yang minum dalam bekas daripada emas sesungguhnya bergelegak api neraka dalam perutnya.

Penggunaan emas dan perak dalam beberapa perkara beerikut adalah dikecualikan daripada hukum haram, berasaskan darurat atau keperluan:

Menggunakan emas atau perak bagi menggantikan hidung yang terputus atau gigi yang tercabut.Ini adalah pendapat jumhur termasuk Muhammad Ibn Al Hasan dan salah satu pendapat Imam Abu Yusuf.Abu Hanifah sendiri berpendapat,gigi tidak boleh diikat menggunakan emas tetapi perak dibenarkan.Ulama’ Hanafi berpendapat tidak menjadi kesalahan menggunakan emas sebagai pengikat permata cincin kerana ia hanya sebahagian ataupun tempelan sahaja.Ulama’ Syafi’i pula berpendapat adalah haram menggunakan emas sebagai kuku pengikat permata cincin untuk kaum lelaki.

Menggunakan emas sebagai saduran alatan sekiranya ia sedikit dengan erti jika ia dibakar semula dengan api tidak menghasilkan apa-apa ataupun yang tidak boleh dipisahkan untuk dijadikan suatu benda lain.

Imam Abu Hanifah mengharuskan penggunaan bekas yang disumbi atau dihias dengan perak.


Adapun sebab diharamkan penggunaan emas dan perak dijelaskan oleh para fuqaha ialah pembaziran dan kemegahan. Pendapat yang lebih asaah ialah disebabkan kedua-duanya merupakan tukaran oleh matawang yang digunakan untuk membayar sesuatu yang beredar. Kalaulah penggunaannya diharuskan ia akan menjejaskan kedudukan dalam pasaran dan ini akan menimbulkan keadaan bimbang dan tidak stabil.

Semua jenis bekas yang diperbuat dari emas dan perak adalah harus digunakan.Rasulullah s.a.w sendiri pun berwudu’ menggunakan bekas daripada tembaga.

Memakai sutera,cincin emas atau perak.

Kaum lelaki diharamkan memakai sutera dan cincin emas. Kaum wanita pula diharuskan memakai semua jenis pakaian dan cincin secara mutlak dan mereka juga harus memakai perhiasan yang diperbuat daripada emas dan perak. Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad s.a.w.:

Terjemahan: emas dan sutera adalah halal untuk wanita umatku dan haram bagi kaum lelakinya.

Ali meriwayatkan bahawa:

Terjemahan: Rasulullah s.a.w melarang memakai cincin emas.

Ibn Abbas pula meriwayatkan:

Terjemahan: bahawa Rasulullah s.a.w melihat sebentuk cincin emas di tangan seorang lelaki. Baginda lalu mencabutnya dan membuangkannya sambil bersabda, “seorang kamu dengan sengaja mengambil api neraka dan meletakkan di tangannya.”

Baginda juga bersabda:

Terjemahan: Hanya orang yang tidak mendapat bahagian di akhirat sahaja yang memakai sutera di dunia ini.

Semua para imam mazhab memberikan pengecualian untuk kaum lelaki memakai cincin perak . mereka mengharuskan pemakainya jika sedikit.Kadar yang dibenarkan mengikut pendapat ulama’ hanafi ialah sebanyak tidak lebih daripada satu misqal (2.975gm). Mengikut ulama’ maliki pula tidak melebihi daripada 2 dirham dengan syarat ia dilakukan dengan maksud untuk mengikut amalan Rasulullah s.a.w.Apabila ia melebihi daripada kebiasaannya maka hukumnya adalah haram.

Cara memakainya pula hendaklah di jari manis tangan sebelah kiri. Jika dipakai dijari yang lain ulama syafi’I ia harus tetapi makruh. Ulama’ hanafi berpendapat bagi mereka yang lain daripada sultan,qadi dan mereka yang perlu lebih tidak memakai cincin. Keperluan seperti cincin adalah seperti untuk cap mohor.

Ulama’ hanafi juga berpendapat tidak menjadi kesalahan menggunakan tali pinggang dan hulu pedang yang diperbuat dari perak seperti cincin dengan syarat ia tidak di tempat pemegangnya. Ini kerana terdapat athar yang menunjukkan keharusannya.

Tentang memakai cincin: pengumpul hadis yang enam telah meriwayatkan Hadis dari Anas Bin Malik, bahawa Rasullullah s.a.w telah menggunakan cincin daripada perak berpermata daripada Habsyah dan berukir tulisannya perkataan ‘Muhammad Rasulullah’.

Untuk pedang pula terdapat hadith,antaranya yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Al-Tirmizi daripada Anas, katanya “hulu pedang Rasulullah adalah daripada perak’

Mengikut pendapat Abu Hanifah menggunakan bantal untuk tidur atau bersandar tidak dianggap salah kerana tindakan demikian menghina dan memperkecilkannya. Dengan itu kedudukan sama seperti gambar-gambar yang terdapat di hamparan kerana ia dijadikan lapik duduk. Dua sahabat abu Hanifah pula berpendapat adalah makruh hukumnya bersandar dan duduk di atas sutera kerana larangannya yang umum dan ia menjadi pakaian golongan ‘ajam yang tidak mrndapat bahagian kelebihan.

Mengikut pendapat dua sahabat Abu Hanifah,tidak menjadi kesalahan bagi mereka yang berada dalam medan perang memakai sutera yang terbaik al-dibaj kerana daruruat. Pemakaian ini amat diperlukan kerana ia dapat bertahan daripada dimakan senjata disebabkan keutuhannya. Ia pula menimbulkan kegerunan dihati musuh. Ia menampakkan kehebatan kepada musuh kerana kilauan dan sinarnya. Al-Hakam bin Umar telah meriwayatkan Hadith dengan katanya “Rasulullah s.a.w memberikan kelonggaran memakai sutera sewaktu dalam peperangan .Mengikut Abu Hanifah pula ia makruh dipakai kerana terdapat larangan yang umum.Keadaan yang darurat boleh diatasi dengan penggunaan sutera campuran.

Ulama’ Hanafi mengharuskan pemakaian sutera campuran yang mana benang asasnya bukan sutera dan benang jalinannya sutera, sama ada diwaktu perang atau diwaktu lain. Ini kerana para sahabat memakai sutera campuran (al-Khazz) yang benang jalinannya sutera. Selain itu sesuatu tenunan dikira berdasarkan benang asasnya (al-lahmah). Dengan sebab itu adalah berasaskannya. Jika campuran dalam bentuk sebaliknya iaitu benang asas kain tersebut merupakan sutera dan jalinannya bukan sutera,ia tidak halal dipakai dilur dari medan perang tetapi dimedan perang ia harus dipakai mengikut pendapat ulama’ Hanafi.

Ulama’ Hanafi juga mengharuskan pemakaian yang bercampur dengan sutera yang sedikit kerana kadar yang sedikit dimaafkan. Maksud sedikit adalah 3 atau 4 jari seperti jalur-jalur atau jahitan.
Ini berdasarkan hadith riwayat Umar yang menyebut :

Terjemahan: Rasulullah s.a.w melarang daripada memakai sutera kecuali sekadar dua,tiga atau empat jari.

Nabi Muhammad sendiri memakai jubah yang dijahit tepinya dengan sutera.

Jumhur fuqaha selain ulama’ Maliki mengharuskan pakaian sutera dipakai dengan tujuan mengelakkan daripada gigitan kutu dan sebagainyaatau untuk mengatasi kesakitan disebabkan penyakit seperti kudis dan sebagainya. Ini berdasarkan kebenaran yang telah diberikan oleh Rasulullah kepada Abdul Rahman bin Auf dan juga kepada al-Zubayr untuk memakai sutera disebabkan kedua mereka menghidapi penyakit gatal kulit. Ulama Maliki pula berpendapat memakainya tidak harus walaupun kerana tersebut. Ternyata pendapat mereka bercanggah dengan hadith yang tersebut.

Mengikut pendapat ulama’ hanafi seseorang wali makruh memakaikan emas, atau perak atau sutera kepada anak lelakinya kerana pengharaman bahan-bahan tersebut telah sabit kepada golongan lelaki. Apabila ia haram dipakai ia juga haram dipakaikan sebagaimana arak,haram diminum maka memberi minum juga haram.

Pendapat yang lebih tepat dikalangan Ulama’ Hanbali juga berpendapat adalah haram seseorang wali memakaikan kanak-kanak lelakinya dengan sutera, berdasarkan sabda Nabi telah menyebut:

Terjemahan: diharamkan pakaian sutera ke atas kaum lelaki umatku dan dihalalkan kaum wanita mereka.

Abu Daud pula meriwayatkan kepada Jabir, katanya” Kami melucutkannya daripada kanak-kanak lelaki dan kami biarkannya dipakai oleh kanak-kanak perempuan.”
gambar from Google