10. Phantom’s Revenge, Lokasi: Kennywood, West Mifflin, Pennsylvania, USA
Top Speed: 82 mph / 131.9 km/hTahun 2001, Phantom’s Revenge yang dibuat untuk menggantikan Steel Phantom, selalu disenaraikan dalam ranking 5 rollercoaster terbesar paling top di dunia. Phantom’s Revenge memiliki laluan turun kecuraman trek setinggi 228 kaki, dan dapat mencapai kelajuan 82 batu per jam.
9. Goliath, Lokasi: Six Flags Magic Mountain, Valencia, California, USA
Top Speed: 85 mph / 136.7 km/hSelain mendapat pengiktirafan sebagai rollercoaster terpantas ke 9, Goliath juga merupakan sebagai rollercoaster ke-3 tercuram, dan senarai ke 7 sebagai rollercoaster tertinggi di dunia. Mempunyai alur turun kecuraman trek setinggi 255 kaki, dan dapat mencapai kelajuan 85 batu per jam. Mempunyai terowongl berasap, dan alur trek seperti punggung unta, dan bunny-hop mengagumkan yang mampu membuat penumpang sedikit melompat dari kerusi ketika bunny-hop terjadi.
8. Titan, Lokasi: Six Flags Over Texas, Arlington, Texas, USA
Top Speed: 85 mph / 136.7 km/hTitan direkacipta oleh pereka dari Swiss, yang juga membuat Goliath. Mempunyai trek sepanjang 5,280 kaki, dan alur kecuraman trek setinggi 255 kaki, dan mampu mencapai kepantasan 85 batu per jam.
7. Millennium Force, Lokasi: Cedar Point, Sandusky, Ohio, USA
Top Speed: 93 mph / 149.7 km/hDilancarkan pada bulan Mei 2000, M-Force merupakan salah satu roller coaster tertinggi di dunia, mempunyai alur turun kecuraman trek stinggi 300 kaki, dengan sudut kecuraman 80 darjah dari titik tertinggi.
6. Steel Dragon 2000, Lokasi: Nagashima Spa Land, Mie Prefecture, Japan
Top Speed: 95 mph / 152.9 km/hSteel Dragon 2000 merupakan rollercoaster tertinggi di dunia untuk kategori rollercoaster yang masih menggunakan rantai penarik tradisional. Selain itu Steel Dragon 2000 juga dinobatkan sebagai Rollercoaster yg memiliki trek terpanjang di dunia iaitu 8133 kaki.
5. Superman: The Escape, Lokasi: Six Flags Magic Mountain, Valencia, California, USA
Top Speed: 100 mph / 161 km/hSuperman: The Escape mungkin adalah rollercoaster yang akan membuatkan bulu roma anda berdiri, kerana memilik alur pusingan dan putaran yang sangat mengagumkan.
4. Tower of Terror, Lokasi: Dreamworld, Coomera, Queensland, Australia
Top Speed: 100 mph / 161 km/hTower of Terror merupakan rollercoaster yg memiliki trek dimana para penumpang akan merasakan alur jatuh secara terbalik dalam posisi kecuraman 90 darjah, benar-benar spektakuler. Mampu mencapai kepantasan 160.9 km per jam dalam waktu kurang dari 7 saat.
3. Dodonpa, Lokasi: Fuji-Q Highland, Fujiyoshida, Yamanashi, Japan
Top Speed: 106.9 mph / 172 km/hDodonpa dilancarkan tahun 2001, mempunyai ketinggian 170 kaki, dan mempunyai tarikan berkelajuan 172 km per jam yang dapat dicapai hanya dalam masa 2 saat, sehingga mampu membuat para penumpangnya menahan nafas mereka disebabkan kepantasannyai.
2. Top Thrill Dragster, Lokasi: Cedar Point, Sandusky, Ohio, USA
Top Speed: 120 mph / 193 km/hTop Thrills mampu mencapai kelajuan 193 km per jam hanya dalam waktu kurang dari 4 saat saja. Walaupun bukan rollercoaster tertinggi di dunia, tetapi Top Thrill mempunyai alur turun kecuraman tertinggi di dunia iaitu 499 kaki. Mempunyai trek mengagumkan dengan beberapa trek yang memiliki sudut kecuraman 90 darjah, serta mempunyai trek dimana membuatkan penumpang akan merasakan kehilangan graviti, sehingga menyebabkan tubuh sedikit melayang.
1. Kingda Ka, Lokasi: Six Flags Great Adventure, Jackson Township, New Jersey, USA
Top Speed: 128 mph / 206 km/hKingda Ka bukan hanya rollercoaster terpantas di dunia, tetapi juga merupakan yang tertinggi di dunia. Sistem Hidraulik mampu membuatkan kereta mencapai kelajuan 206 km per jam hanya dalam waktu 3,5 saat saja. Kingda Ka juga mempunyai trek mendaki setinggi 456 kaki, lalu menurun dengan ketinggian 418 kaki dan diikuti dengan alur uli 270 darjah. Terletak di kawasan terbuka, Kingda Ka ini hanya dioperasikan pada waktu cuaca cerah. pada waktu hujan gerimis kecil pun, rollercoaster ini tidak diizinkan beroperasi demi keselamatan, diingatkan bahawa kepantasan yang dimilikinya akan membahayakan nyawa penumpang jika dioperasikan pada waktucuaca tidak cerah.
credit terselubung