PERSONALITI IBU BAPA YANG CEMERLANG
Mempunyai matlamat yang jelas Ibu bapa yang cemerlang mestilah mempunyai matlamat
hidup berkeluarga yang jelas. Matlamat yang menjamin keutuhan rumah tangga dan
kesinambungan generasi yang berkekalan dan berilmu. Jika sesuatu perkahwinan
dilakukan kerana mengikut kebiasaan dan adat semata-mata, ia kana menjadikan
rumah tangga hambar dan tidak berhaluan. Matlamat yang jelas akan menyebabkan
ibu bapa membuat perancangan yang teratur untuk masa depan anak-anak dan dapat
menjalani kehidupan di dunia dan akhirat dengan lebih cemerlang. Sebenarnya apa
yang kita minta, itulah yang akan kita dapat.
Tegas
Ketegasan dalam segala tindakan ibu bapa akan dapat mendisplinkan anak dengan lebih
cemerlang. Ketegasan yang positif akan menyebabkan anak-anak lebih menghormati kedua-dua
orang tuanya dan memahami kehendak ibu bapanya.
Berakhlak mulia
Ibu bapa yang! cemerlang mestilah mempunyai akhlak yang mulia untuk membimbing
anak-anak supaya mereka juga mempunyai akhlak yang mulia. Sebagaimana hadis
Rasullullah S.A.W. yang bermaksud : "Paling sempurna seorang mukmin imannya
adalah yang paling luhur akhlaknya."
(Hadith Riwayat Tirmidzi)
Pepatah Melayu juga pernah menyebut :
"Bapa borek anak rintik". Kita tidak mahu menjadi seperti "Ketam yang mengajar anaknya
berjalan betul".
Mengambil berat terhadap keluarga
Suka sifat mengambil berat terhadap keluarga akan menyebabkan anak-anak rasa
disayangi dan diambil perhatian. Sifat ini dengan secara tidak langsung akan
menanamkan rasa kasih sayang di jiwa anak-anak
Komitmen yang tinggi
Apabila pasangan suami isteri bersedia untuk mempunyai keluarga, sudah tentulah
komitmen yang tinggi diperlukan untuk menjamin keharmonian rumah tangga. Sekiranya
pasangan suami isteri hanya menganggap bahawa berkeluarga hanyalah kitaran hidup yang
biasa bagi seorang manusia, ! maka janganlah hairan kalau rumah tangga tersebut hanya
berada di tahap yang sederhana sahaja
Berketrampilan dalam pelbagai bidang
Ibu bapa yang cemerlang harus mempunyai pengetahuan yang agak luas dalam pelbagai bidang.
Ini akan dapat mengukuhkan kefahaman mereka dalam mendidik anak-anak mengenai bidang-bidang
yang berkenaan
Yakin terhadap diri sendiri
Keyakinan yang tinggi menjadi pemimpin dalam rumah tangga adalah tunggak kepada
kekuatan seseorang suami dan keyakinan yang jitu dalam mendidik anak-anak adalah
tunggak kepada isteri yang solehah. Tanpa keyakinan yang tinggi terhadap diri sendiri,
kedua-dua ibu bapa tidak dapat memainkan peranan masing-masing dengan lebih berkesan.
Ingat "bagaimana acuan, begitulah kuihnya".
Konsisten dalam melakukan sesuatu
Sesuatu amalan yang dilakukan secara konsisten oleh kedua-dua ibu bapa seperti
sembahyang jemaah, melakukan aktiviti-aktiviti yang mulia, memberi arahan dan
mengenakan hukuman akan dapa! t menanamkan rasa hormat dalam diri anak-anak terhadap
kedua-dua orang tuanya
Pemikiran yang kreatif dan positif
Ibu bapa yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan positif akan dapat mewujudkan suasana
yang ceria dalam rumah tangga. Kreatif dalam mengemas rumah, memilih makanan, beriadah
dan sebagainya akan dapat mengubah selera dan suasana dalam rumah tangga
Boleh diharap
Ibu bapa adalah tempat bergantung oleh anak-anak. Oleh yang demikian, ibu bapa hendaklah
sentiasa bersedia untuk melayani dan melindungi ahli-ahli keluarga apabila diperlukan
Sentiasa bertenaga
Anak-anak memerlukan kemanjaan, kasih sayang dan perhatian pada bila-bila masa. Oleh
yang demikian ibu bapa harus sentiasa mempunyai tenaga yang banyak untuk melayani
kerenah anak-anak. Pastikan kesihatan diri sentiasa berada dalam keadaan terbaik
Sentiasa bersemangat
Ibu bapa tidak seharusnya berasa jemu untuk menjalankan aktiviti harian. Mereka
harus sentiasa bersema! ngat untuk mewujudkan suasana rumah tangga yang bahagia.
Semangat ini hanya datang dari komitmen yang tinggi dan pemikiran yang positif
Mudah mesra dan penyayang
Senyuman yang sentiasa terukir di wajah ibu bapa menjadi penawar kepada segala
penyakit dalam rumah tangga
Pandai mendengar dengan berkesan
Ibu bapa yang boleh mendengar dengan berkesan rintihan anak-anak akan dapat menyelesaikan segala masalah anak-anak. Mendengar merupakan satu kemahiran yang harus dipelajari untuk memahami dan mendidik dengan lebih berkesan
Sentiasa bekerja kuat dan smart
Sesuatu pekerjaan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan penuh keikhlasan akan
membuahkan hasil yang lumayan. Pekerjaan seumpama ini akan menjadi ikutan kepada anak-anak
Kejujuran dan keikhlasan
Ibu bapa yang cemerlang sentiasa menanamkan sifat kejujuran dan keikhlasan dalam segala
tindak-tanduk. Kejujuran dan keikhlasan dalam menghukum anak misalnya akan meninggalkan
kesan yang ! mendalam dalam diri anak berbanding dengan perasaan marah dan benci
Merendah diri
Sifat merendah diri ini bukanlah bermaksud sehingga anak-anak boleh memijak kepala kita.
Sekiranya ibu bapa merendah diri terhadap kedua-dua ibu bapanya, maka sudah tentulah anak
akan mengikuti jejak langkah tersebut
Sentiasa menjaga harga diri / maruah
Ibu bapa yang sentiasa menjaga maruah diri dan keluarga akan meningkatkan lagi maruah
keseluruhan keluarga tersebut. Dengan ini keluarga tersebut akan dihormati dan dipandang
tinggi oleh masyarakat
Bijaksana
Ibu bapa seharusnya mempunyai kebijaksanaan yang melebihi anak-anak. Ini sudah tentunya
melalui pengalaman dan pembacaan yang luas. Pergaulan yang luas juga menjadikan ibu bapa
lebih berpengetahuan
Pengasih dan penyayang
Anak-anak memerlukan ibu bapa yang pengasih dan penyayang. Semua anak tidak meminta untuk dilahirkan ke dunia ini. Oleh itu setiap kelahiran anak patutlah dibajai dengan kasih !
sayang yang tidak berbelah bagi
Bermotivasi tinggi
Ibu bapa harus sentiasa memupuk semangat motivasi yang tinggi dalam diri masing-masing.
Ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak. Motivasi hendaklah dipupuk dan dibaja
setiap masa dan ketika
Optimistik
Persediaan untuk menjadi ibu bapa yang cemerlang sebelum berkahwin lagi akan menjadikan
seseorang itu bersifat optimistik terhadap membina rumah tangga yang diidamkan
Mempunyai perancangan yang rapi
Merancang kehidupan harian adalah satu langkah yang paling baik untuk kesejahteraan semua
ahli keluarga. Perancangan yang teratur akan melicinkan perjalanan harian keluarga dan dapat
memastikan semua ahli dalam keadaan selesa
Gigih
Kesejahteraan sesebuah keluarga tidak dapat dibentuk dalam sekelip mata sahaja. Ia
memerlukan kegigihan dan kesabaran yang tinggi. Mereka yang berasa kecewa akan gagal.
Jadikan kegagalan sebagai kawan yang paling karib untuk mencapai kejayaan
Sikap! mental yang positif dan kreatif
Bagi mengelakkan kebosanan dalam rumah tangga, ibu bapa hendaklah sentiasa mempunyai
sikap mental yang positif dan kreatif dalam menangani segala masalah dalam rumah tangga
Kepantasan bertindak
Membuat keputusan yang adil dan bertindak cepat akan dapat mengelakkan perkara-perkara
yang tidak diingini daripada berlaku
Imej diri yang cemerlang
Imej diri yang cemerlang akan menambahkan keyakinan dalam diri ibu bapa. Imej diri bukan
sahaja dilihat dari perspektif luaran malah ia juga harus dilihat dari perspektif dalaman
Mempunyai kemahiran berkomunikasi
Ibu bapa yang mempunyai kemahiran komunikasi akan disukai oleh semua ahli keluarga.
Teknik menegur ahli keluarga yang berhemah akan menjadikan mereka orang yang disanjungi
dan dihormati
Pandai bergurau
Bergurau senda dalam rumah tangga akan menceriakan persekitaran sesebuah keluarga
Berdoa dan mendoakan
Ibu bapa yang cemerlang sentias! a berdoa untuk kecemerlangan diri dan ahli keluarga yang
lainnya.
Sifat personaliti yang tersemai di hati boleh dipelajari dan ia bukan sesuatu yang semula
jadi atau tumbuh dengan sendirinya dalam diri setiap individu