Mata merupakan pancaindera kurniaan Allah kepada manusia. Dengannya manusia berupaya melakukan inovasi untuk manfaat manusia itu sendiri. Menerus mata juga manusia dapat menggerakkan akal bagi menilai sesuatu sama ada baik mahupun buruk. Banyak pengalaman dan pembelajaran manusia berlangsung menerusi pancaindera ini.
Tahukah anda :
a) Saiz bola mata tidak sampai sebesar bola ping pong
b) Garis pusat bola mata dewasa kira-kira 2.5 cm sahaja
c) Mampu mengendalikan sehingga 1.5 juta maklumat serentak
d) Mempunyai puluhan juta hubungan elektrik untuk menghantar maklumat
d) Dari keseluruhan permukaan, hanya 1/6 terdedah
e) Bulu mata berperanan memerangkap habuk dari memasuki mata
f) Bulu kening berperanan menghalang peluh dari memasuki mat
g) Kanta mata terdiri daripada lapisan protein seperti lapisan bawang
h) Bahagian Retina mata mengandungi 130 juta sel
i) Air mata berfungsi membersihkan mata daripada habuk, bakteria & kotoran.
j) Air mata turut membekalkan oksigen kepada kornea
k) Ia juga mampu membunuh mikroorganisma dengan enzim lisozimnya
l) Kelopak mata berkelip 3 hingga 6 kali seminitm) Kelopak mata mengekalkan kornea agar sentiasa basah
Peliharalah kesihatan mata kita. Kawallah pandangan mata kita. Dengannya kita beroleh pahala. Menerusinya juga banyak dosa yang kita tanggung lantaran kegagalan menjaganya. Tanpa mata, hilanglah nikmat terbesar bagi manusia dan kita akan teraba-raba! Mari kita mensyukuri nikmat ini.
Sumber dipetik dari Pengenalan Sistem Tubuh Manusia dan Penyakitnya