Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, January 14, 2011

Home » , , » Dunia Info : Siapa Dan Sejarah Muzium Madame Tussaud

Dunia Info : Siapa Dan Sejarah Muzium Madame Tussaud



180px-Madame_TussaudMARIE Tussaud atau lebih dikenali dengan nama Madame Tussaud (lahir 1761-1850), lahir sebagai Marie Grosholtz di Strasbourg, Perancis. Ibunya bekerja sebagai pembantu rumah tangga untuk Dr. Phillippe Curtius, seorang doktor yang mahir dalam pembuatan patung lilin. Curtius mendidik Tussaud dalam seni patung lilin. Pada tahun 1765, Curtius membuat patung lilin Marie-Jeanne du Barry, gundik dari Raja Louis XV dari Perancis. Cetakan dari patung tersebut adalah benda tertua yang masih ada dari sejarah muzium patung lilin ini.

Pameran pertama dari karya lilin Curtius diadakan tahun 1770 dan menarik perhatian ramai orang. Pameran tersebut pindah ke Palais Royal di Paris pada tahun 1776. Curtius membuka tempat kedua untuk karya-karyanya ini di Boulevard du Temple pada tahun 1782 dengan nama "Caverne des Frands Voleurs".

Tussaud menghasilkan patung lilin pertamanya, iaitu patung Francois Marie Arouet de Voltaire, atau yang lebih dikenali hanya dengan Voltaire, pada tahun 1777. Tokoh-tokoh terkenal lainnya yang dipatungkannya antara lain Jean Jacques Rousseau dan Benjamin Franklin. Sepanjang Revolusi Perancis ia membuat penutup wajah jenazah bagi para tokoh yang menjadi korban. Ia rela untuk mencari kepala-kepala yang telah terkorban yang terputus ini di tengah-tengah timbunan jenazah agar boleh menyelesaikan penutup wajah jenazah ini dengan sempurna.

Ketika Curtius meninggal pada tahun 1794, ia meninggalkan koleksi patung-patung lilinnya pada Tussaud. pada tahun 1802, Marie Tussaud pindah ke London. Sebagai akibat dari Perang Inggeris-Perancis, ia tidak dapat kembali ke Perancis sehinggakan untuk hidup ia harus mengelilingi Inggeris dan Ireland untuk memamerkan karya-karyanya. Pernah sekali karya-karyanya itu dipamerkan di Lyceum Theatre. Ia akhirnya memiliki tempat pameran kekal buat karya-karyanya di Baker Street, London, pada tahun 1835 (di tempat yang disebut "Baker Street Bazaar").

Salah satu tarikan utama muzium Tussaud adalah "The Chamber of Horrors". Bahagian acara ini menampilkan sebahagian korban Revolusi Perancis dan juga patung-patung para pembunuh dan penjahat lainnya. Nama ruangan ini diberikan oleh seseorang dalam majalah Punch di tahun 1845.

Tokoh-tokoh terkenal lain kemudian mula ditambahkan dalam ruang pameran, termasuk Horatio Nelson dan Sir Walter Scott. Beberapa patung lilin yang dibuat oleh Tussaud sendiri masih ada hingga hari ini. Pada tahun 1842, ia menghasilkan patung lilin dirinya sendiri yang sekarang dipamerkan di pintu masuk utama muziumnya.

Muzium Madame Tussaud berpindah ke alamatnya kini di Marylebone Road pada tahun 1884. Pada tahun 1925 kebakaran menghancurkan kebanyakkan dari patung-patung yang sedia ada, tapi cetakan-cetakan mereka berjaya diselamatkan sehingga patung-patung lilin bersejarah tersebut boleh dibuat lagi.

Kini, muzium lilin Madame Tussaud telah berkembang menjadi sebuah tujuan pelancongan di London, berdampingan (hingga baru-baru ini) dengan London Planetarium di sebelah baratnya. Muzium ini telah memiliki cabang di Amsterdam, Las Vegas, New York City, Hongkong, Shanghai, Hollywood-Los Angeles, dan Washington D.C. Ketika ini, patung-patung lilin Madame Tussauds terdiri daripada tokoh-tokoh sejarah, keluarga kerajaan, bintang filem, atlet terkenal dan tokoh-tokoh penjenayah yang terkenal. Muzium Madame Tussauds sekarang dimiliki oleh sebuah perusahaan pelancongan bernama Merlin Entertainments setelah memperoleh Tussauds Group pada bulan Mei 2007.

credit asal-usul.com