Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label roller coaster tertinggi. Show all posts
Showing posts with label roller coaster tertinggi. Show all posts

Friday, January 14, 2011

Dunia Info : 10 Roller Coaster Paling Laju Di Dunia

10. Phantom’s Revenge, Lokasi: Kennywood, West Mifflin, Pennsylvania, USA
Top Speed: 82 mph / 131.9 km/h
Tahun 2001, Phantom’s Revenge yang dibuat untuk menggantikan Steel Phantom, selalu disenaraikan dalam ranking 5 rollercoaster terbesar paling top di dunia. Phantom’s Revenge memiliki laluan turun kecuraman trek setinggi 228 kaki, dan dapat mencapai kelajuan 82 batu per jam.

9. Goliath, Lokasi: Six Flags Magic Mountain, Valencia, California, USA
Top Speed: 85 mph / 136.7 km/h
Selain mendapat pengiktirafan sebagai rollercoaster terpantas ke 9, Goliath juga merupakan sebagai rollercoaster ke-3 tercuram, dan senarai ke 7 sebagai rollercoaster tertinggi di dunia. Mempunyai alur turun kecuraman trek setinggi 255 kaki, dan dapat mencapai kelajuan 85 batu per jam. Mempunyai terowongl berasap, dan alur trek seperti punggung unta, dan bunny-hop mengagumkan yang mampu membuat penumpang sedikit melompat dari kerusi ketika bunny-hop terjadi.

8. Titan, Lokasi: Six Flags Over Texas, Arlington, Texas, USA
Top Speed: 85 mph / 136.7 km/h
Titan direkacipta oleh pereka dari Swiss, yang juga membuat Goliath. Mempunyai trek sepanjang 5,280 kaki, dan alur kecuraman trek setinggi 255 kaki, dan mampu mencapai kepantasan 85 batu per jam.

7. Millennium Force, Lokasi: Cedar Point, Sandusky, Ohio, USA
Top Speed: 93 mph / 149.7 km/h
Dilancarkan pada bulan Mei 2000, M-Force merupakan salah satu roller coaster tertinggi di dunia, mempunyai alur turun kecuraman trek stinggi 300 kaki, dengan sudut kecuraman 80 darjah dari titik tertinggi.

6. Steel Dragon 2000, Lokasi: Nagashima Spa Land, Mie Prefecture, Japan
Top Speed: 95 mph / 152.9 km/h
Steel Dragon 2000 merupakan rollercoaster tertinggi di dunia untuk kategori rollercoaster yang masih menggunakan rantai penarik tradisional. Selain itu Steel Dragon 2000 juga dinobatkan sebagai Rollercoaster yg memiliki trek terpanjang di dunia iaitu 8133 kaki.

5. Superman: The Escape, Lokasi: Six Flags Magic Mountain, Valencia, California, USA
Top Speed: 100 mph / 161 km/h
Superman: The Escape mungkin adalah rollercoaster yang akan membuatkan bulu roma anda berdiri, kerana memilik alur pusingan dan putaran yang sangat mengagumkan.

4. Tower of Terror, Lokasi: Dreamworld, Coomera, Queensland, Australia
Top Speed: 100 mph / 161 km/h
Tower of Terror merupakan rollercoaster yg memiliki trek dimana para penumpang akan merasakan alur jatuh secara terbalik dalam posisi kecuraman 90 darjah, benar-benar spektakuler. Mampu mencapai kepantasan 160.9 km per jam dalam waktu kurang dari 7 saat.

3. Dodonpa, Lokasi: Fuji-Q Highland, Fujiyoshida, Yamanashi, Japan
Top Speed: 106.9 mph / 172 km/h
Dodonpa dilancarkan tahun 2001, mempunyai ketinggian 170 kaki, dan mempunyai tarikan berkelajuan 172 km per jam yang dapat dicapai hanya dalam masa 2 saat, sehingga mampu membuat para penumpangnya menahan nafas mereka disebabkan kepantasannyai.

2. Top Thrill Dragster, Lokasi: Cedar Point, Sandusky, Ohio, USA
Top Speed: 120 mph / 193 km/h
Top Thrills mampu mencapai kelajuan 193 km per jam hanya dalam waktu kurang dari 4 saat saja. Walaupun bukan rollercoaster tertinggi di dunia, tetapi Top Thrill mempunyai alur turun kecuraman tertinggi di dunia iaitu 499 kaki. Mempunyai trek mengagumkan dengan beberapa trek yang memiliki sudut kecuraman 90 darjah, serta mempunyai trek dimana membuatkan penumpang akan merasakan kehilangan graviti, sehingga menyebabkan tubuh sedikit melayang.

1. Kingda Ka, Lokasi: Six Flags Great Adventure, Jackson Township, New Jersey, USA
Top Speed: 128 mph / 206 km/h
Kingda Ka bukan hanya rollercoaster terpantas di dunia, tetapi juga merupakan yang tertinggi di dunia. Sistem Hidraulik mampu membuatkan kereta mencapai kelajuan 206 km per jam hanya dalam waktu 3,5 saat saja. Kingda Ka juga mempunyai trek mendaki setinggi 456 kaki, lalu menurun dengan ketinggian 418 kaki dan diikuti dengan alur uli 270 darjah. Terletak di kawasan terbuka, Kingda Ka ini hanya dioperasikan pada waktu cuaca cerah. pada waktu hujan gerimis kecil pun, rollercoaster ini tidak diizinkan beroperasi demi keselamatan, diingatkan bahawa kepantasan yang dimilikinya akan membahayakan nyawa penumpang jika dioperasikan pada waktucuaca tidak cerah.

credit terselubung

Thursday, January 13, 2011

Dunia Info : Roller Coaster Yang Paling Gila Di Dunia


1. Roller Coaster Kingda Ka
Kingda Ka adalah roller coaster paling tinggi dan terpantas di dunia. Lokasinya di taman Six Flags Great Adventure di New Jersey. Kepantasannya adalah 206 km/jam dalam 3,5 saat dan menaranya memiliki tinggi 139 meter.


2. Roller Coaster Top Thrill Dragster
Satu lagi yang hampir sama adalah Roller Coaster Top Thrill Dragster di Cedar Point di Sandusky, Ohio:



3. Roller Coaster 4 Dimensi
Roller Coaster 4 Dimensi ketika ini mula menghiasi taman-taman hiburan di dunia, dari Six Flags Magic Mountain, dan Eejanaika di Jepun, hingga yang paling baru Galaxy Orbiter di West Edmonton Mall, Kanada. Roller coaster ini tidak hanya berputar membentuk pusingan, tapi setiap bahagiannya berpusing 360 darjah, dijamin membuatkan penggila roller coaster cemas. Eejanaika merupakan yang paling pantas dan terpanjang dengan lajur terbalik terbanyak.

X - the World's First "Xtreme" Coaster, di Six Flags Magic Mountain:

Efek spin tambahan ini diperkenalkan pada prototipe "Arrow Dynamics" tahun 2002, menjadikannya roller coaster tergila yang pernah dicipta.

Galaxy Orbiter (West Edmonton Mall, Canada):
Eejanaika, Jepun - paling banyak terbalik, mungkin di sini pula merupakan tempat jeritan-jeritan histeria paling lama.

4. Expedition Everest
Roller coaster ini dinamakan "Expedition Everest" Ride di Orlando's Animal Kingdom. Pembinaannya masih boleh dilakukan (dibuka tahun 2005), tapi yang ada sekarang cukup membuatkan sebuah pengalaman ber-roller coaster yang tidak dapat dillupakan.

Lihat roller coasternya yg unik:
Meskipun bukan yang terpantas, tapi cukup membuat histeria-histeria kecil ditambah pula dengan beberapa kejutan yang ditemui.

5. Rekod Lainnya di Jepun
Yang satu ini bukan yang ter-ekstrem, apalagi yang terpantas, tapi cukup membuatkan berdebar dan mual-mual buat yang tidak suka ketinggian. Justeru roller coaster unik yang satu ini adalah pemegang rekod yang terlambat di dunia. "The Skycycle" atau orang menyebutnya "Walking Roller Coaster" dan memiliki "fear factor" tersendiri iaitu, ketinggian dan terutama cara mengendalikannya.

"The Skycycle" di Washuzan Highland Park di Okayama:

Yang terakhir ini tidak banyak diketahui maklumatnya, tapi cukup membuat kejutan. Boleh ditemui di Yokohama, Jepun, 30 minit sebelah selatan Tokyo.
credit aneh-tapi-nyata.blogspot