Disebabkan Rumah
Seorang lelaki baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis bertengkar,secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.
"Kenapa ?" lelaki itu bertanya.
Isterinya terhenti sebentar. Dia merenung lelaki itu lalu berkata,
"Kita sudahberkahwin lebih lima belas tahun. Dalam masa itu,rumah ini
tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya nak
tinggalkan rumah ini!"
Lelaki itu berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan
membawa keluar sebuah beg pakaian.
"Betul juga kata awak. Abang juga dah tak tahan dengan rumah ini. Abang nak
ikut awak keluar dari rumah ini!"