Malu Sendiri
Seorang pemuda yang baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang
kaunseling telah membuka kedai pertamanya di pinggir bandar. Beliau telah
membuka kedai tersebut selama seminggu tetapi ia masih tidak mendapat
Memandangkan hari telah menjelang tengahari, pemuda tersebut
mula gelisah kerana tiada seorang pun pelanggan datang untuk mendapatkan
khidmatnya dalam bidang kaunseling.
Namun pada hari tersebut, nasib seakan menyebelahi dirinya apabila
seorang lelaki datang menghampiri kedainya dengan langkah yang penuh
Dalam hati pemuda tersebut, inilah pelanggan pertama aku dan aku perlu
menunjukkan reputasi yang baik padanya.
Lantas dia mencapai telefon dan bercakap dengan nada yang kuat
"HEllo Dato, takpa saya akan uruskan segala-galanya, Dato jangan
bimbang sebab syarikat saya memang terkenal dengan reputasi yang gemilang,
lagipun kami tak pernah mengecewakan sesiapapun. Yang penting ialah staff
syarikat Dato nanti akan lebih bersemangat dalam menjalankan tugasnya.
Ya....Ya....Lagipun fasilitator kami bukannya calang-calang orang,
memang hanya yang terbaik sahaja akan kami pilih bekerja di sini."Jelasnya
kagi dengan keyakinan yang tinggi.
"Ok, takpalah Dato jangan bimbang, saya akan bereskannya secepat yang
mungkin." Ujarnya pada akhir perbualan
Lelaki yang berjalan dengan penuh gaya tadi berdiri betul-betul di
hadapan pemuda tersebut sambil tersenyum dan dengan penuh hemah, dia
menegur
"Ya, ada apa yang boleh saya bantu Encik?"
"Saya datang nak pasang talian telefon" Ujarnya lagi dengan senyuman