Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label 10 rumah termahal dunia. Show all posts
Showing posts with label 10 rumah termahal dunia. Show all posts

Sunday, December 19, 2010

Dunia Info : 10 Rumah Selebriti Hollywood Terbaik

Membina rumah yang bagus dan indah tentu tidak sukar untuk selebriti Hollywood yang sememangnya kaya raya, dan disebabkan rumah merupakan syurga dunia maka tak hairan jika para selebriti hollywood berikut ini merekabentuk rumah mereka dengan begitu cantik dan indah. Memiliki rumah yang terbaik adalah suatu kewajipan bagi selebriti Hollywood, dan berikut ini adalah 10 Rumah Selebriti Hollywood terbaik, diantaranya:

1. Barbra Streisand
Rumah selebriti ini sungguh besar yang berlapiskan kayu yang sangat tua dan terletak di luar serta di dalamnya, dilengkapi dengan sebuah taman dengan jalan setapak dan dengan pemandangan air yang sangat indah.
10 Rumah Selebriti Hollywood Terbaik

2. Christina Onassis
Rumah Christina Onasis adalah sebuah kapal pesiaran peribadi, dilengkapi dengan 5 bilik tidur, 6 bilik mandi, serta terdapat kolam besar dan gelanggang tenis di dalam kapal.
10 Rumah Selebriti Hollywood Terbaik

3. Madonna
Tempat ketiga untuk 10 rumah selebriti hollywood terbaik adalah milik Madonna, rumah mewah dilengkapi dengan salon spa peribadi, kolam buatan, padang golf dan sentuhan rekaan yang indah pada interiornya termasuk sofa kulit dan cermin dinding akan membuat mata tak henti memandang.
10 Rumah Selebriti Hollywood Terbaik

4. Britney Spears
Selebriti yang satu ini juga memiliki rumah yang terbaik dengan kolam renang bergaya resort dan sebuah air terjun yang menakjubkan di halaman belakangnya.
10 Rumah Selebriti Hollywood Terbaik

5. George Clooney
Rumah dengan 8 bilik tidur, dilengkapi dengan taman yang sangat besar serta padang golf serta rekaan yang unik layaknya tinggal di hutan kerana terdapat banyak sekali pokok di rumah ini, semoga tidak tersesat jika berada didalamnya.
10 Rumah Selebriti Hollywood Terbaik

6. Paris Hilton
Gadis cantik dan seksi ini memiliki rumah layaknya real estate, dengan berhiaskan lampu kristal baccarat, serta bilik untuk beberapa haiwan peliharaan, ada juga danau buatan. Gambar dibawah hanyalah bilik untuk anjingnya, bayangkan pula bagaiman agaknya rupa bilik Paris Hilton!
10 Rumah Selebriti Hollywood Terbaik

7. Mel Gibson
Selebriti Hollywood berikut ini memiliki Villa seperti syurga, dilengkapi dengan gelanggang tenis, kolam renang, taman pengkaji astronomi serta bioskop peribadi. Memang suatu kewajipan untuk memiliki rumah yang indah untuk para selebriti Hollywood, dan Mel Gibson telah mendapatkannya.
10 Rumah Selebriti Hollywood Terbaik

8. Colin Farrell
Rumah selebriti Farrell adalah villa yang khas, dengan gudang anggur, langit-langit yang indah serta tempat main billiard di luarnya.
10 Rumah Selebriti Hollywood Terbaik

9. Denise Richard
Richards telah mendekorasi ruang rumah peribadinya menggunakan tema Jepun, dengan bonsai disekitar kolam renang, serta taman dan palet warna merah dan hitam untuk digabungkan dengan furniture kayu mahoni di sekitar rumah besarnya tersebut.
10 Rumah Selebriti Hollywood Terbaik

10. Marilyn Monroe
Posisi terakhir untuk 10 Rumah Selebriti Hollywood terbaik adalah milik Marilyn Monroe dengan sebuah vila elegan dengan koleksi lukisan yang menawan, tema dekorasi ’50-an dan kolam yang menampilkan filem-filem Marilyn yang terkenal.
10 Rumah Selebriti Hollywood Terbaik

credit sourceflame

Tuesday, November 9, 2010

Dunia Info : 10 Rumah Termahal Di Dunia



1. Antilla ($ 1.000.000.000)
Inilah rumah paling mahal di dunia, rumah dimiliki oleh Mukesh Ambani, pengusaha dan millionair terkemuka berasal dari India yang juga merupakan orang yang tersenarai didalam 10 orang terkaya di dunia. Rumah ini terdiri atas 27 tingkat dengan ruangan yang sangat luas, bahkan ruang garajnya boleh menampung sehingga 150 kenderaan pada satu2 masa.




2. William Randolph Hearst’s Mansion ($ 165.000.000)
Rumah mewah ini milik William Randolph Hearst, memiliki 3 kolam renang, 29 kamar tidur dan dengan dewan yang sangat luas. Di dalamnya juga terdapat sebuah diskotik dan sebuah wayang mini.



3. Elena Franchuk’s Victorian Villa ($ 161.000.000)
Rumah ini terletak di daerah Kensington di London.Rumah ini bertingkat 5 dan memiliki 10 kamar tidur , kolam renang dalam bilik, bilik sakit, wayang serta bilik sauna.



4. The Penthouses at One Hyde Park ($ 160.000.000)
Rumah ini memang masih sedang dalam proses pembinaan, namun begitu faciliti yang ada di dalam rumah ini sangat mewah, malah boleh disamakan seperti hotel. Terdapat khabar yang menyatakan bahawa,jik arumah ini telah siaap sepenuhnya, ia boleh melebihi harga rumah William Randolph Hearst’s Mansion.



5. Aaron Spelling’s Manor ($ 150.000.000)
Rumah ini didirikan di atas tanah yang membentang sepanjang 56.000 meter persegi tanah dan dibina pada tahun 1991. Memiliki 123 bilik tidur, gelanggan tenis, arena skating, pusat bowling dan beberapa kolam renang.



6. Hala Ranch ($ 135.000.000)
Dimiliki oleh Pangeran Bandar bin Sultan bin Abdulaziz dari Arab Saudi, memiliki 27 bilik mandi dan 15 bilik tidur bersama dengan kolam renang dalam bilik, jalan ski swasta, kilang pemprosesan sisa, gelanggan tenis, bangunan ini dibina di atas tanah yang membentang sepanjang 14.397 kaki persegi.



7. Fleur de Lys ($ 125.000.000)
Rumah ini dibina oleh Suzanne dan David Saperstein. Rumah tersebut memiliki 15 bilik tidur dan eksterior ditutupi dengan kapur Perancis sementara interior disiramkan dengan emas 24 karat. Rumah itu juga memiliki perabot seperti pola tirai Marie Antoinette dan kerusi kegemaran Napoleon.




8. Maison de l’Amitie ($ 125.000.000)
Dimiliki oleh Donald Trump, rumah ini dibina di atas tanah yang membentang sepanjang 80.000 kaki persegi, di dalamnya terdapat konservatori, ruangan dansa, 15 bilik tidur, 8 bilik mandi, sebuah dewan tenis dan paviliun mewah.



9. Updown Court ($ 116.000.000)
Rumah ini terletak di Inggeris, memiliki 103 bilik, bilik bowling, panggung wayang besar, lebih dari 3 kolam renang dan gelanggang squash. Khabar angin menyatakan rumah ini lebih luas dari istana buckingham.



10. Dracula’s Castle ($ 80.000.000)
Sebelumnya, bangunan ini adalah sebuah benteng, Si pemilik yaitu Archduke Dominic. Rumah ini memiliki 57 bilik, 17 bilik tidur dan banyak perabot antik yang indah dan tentunya memiliki nilai sejarah yang tinggi.


Credit to Serba Sepuluh