Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label jenaka paling lawak. Show all posts
Showing posts with label jenaka paling lawak. Show all posts

Saturday, January 1, 2011

Dunia Lawak : Isteri Kesayangan

ISTERI KESAYANGAN


Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.

Pak Mat yang berusia menjangkau 40an telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang sudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangatcintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu."

Pak Mat menjawab, "Sebenarnya sebelum Maznah hendak hembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu. Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh."

Monday, December 20, 2010

Dunia Lawak : Punca Kematian Sebenar

Bob pegi le melawat Pak Ali yang sakit tenat kat hospital.
Pak Ali dah tenat terpaksa guna tiub oksigen untuk bernafas.
Bob berdiri di sebelah katil Pak Ali.

Lepas tu Pak Ali terketar ketar ambik pen dan kertas lalu menulis sesuatu.
Lepas habis tulis Pak Ali pun bagi nota tu pada Bob lalu terus meninggal.
Selepas tamat upacara pengkebumian Pak Ali, Bob pun teringat akan nota Pak Ali yang belum dibacanye.

Bob pun berkata pada para hadirin sekalian
"Tuan tuan sekelian, sebelum meninggal Pak Ali ada meninggalkan nota untuk kita semua."
Bob pun membaca nota itu depan hadirin.
Nota itu berbunyi...
"Ketepi, kau pijak tiub oksigen aku".

Sunday, December 12, 2010

Dunia Lawak : Lawak Kura-Kura


Lawak Kura-Kura
Crazy Turtle Cartoon Comic
Pada suatu hari, ada 3 ekor kekura (kura kura) nak gi
bekelah bersama sama.

Kekura pertama membawa makanan, Kekura kedua membawa
minuman,sedangkan kekura ketiga tidak membawa apa-apa pun selamber jek
lenggang perut. Didalam perjalanan tiba-tiba ujan pun turun dengan lebatnya
deras, sehingga mereka tak boleh meneruskan perjalanan.

Kemudian timbul perbualan di antara mereka.....

Kekura I : "Ermmm..... salah sekor dari kita mesti balik untuk amik payung.

Siapa yang nak pegi ni?" Kekura II dan I saling pandang memandang, dan sepakat
menuding Kekura III.

Kekura III : "Tak nak ahhh. Aku jalan lambat dan nanti aku nak sampai sini
lagilah terlambat. Sure nkorang akan bedal makanan ni semua."

Kekura I & II : "Taklah. Kita orang tunggu sampai engko datang."


Kekura III : "Betul? Kalau aku lambat 1 jam?"

Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "Kalau 3 jam ??"

Kekura I & II "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "Kalau 1 hari ?? "

Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "3 hari "

Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "1 minggu? "

Kura I & II : ""Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "2 minggu?"

Kekura I & II : ""Kita orang akan tetap tunggu!!!!!!! Enko pegi jek lah"

Dengan berat hati, akhirnya Kekura III pun berangkat. Kekura I & II menunggu
dengan setia. Sehari, dua hari dan seminggu telah berlalu. Kekura III tak jugak
balik balik. Setelah dua minggu berlalu, Kekura I & II sudah tidak dapat menahan
lapar.

Kekura I : "Aku dah tak tahan lapar ni . Kita makan,jek lah "

Kekura II : "Aku pun dah nak pengsan nih. Jom ahh kiter perabih makanan nih."

Tiba-tiba Kekura III muncul dari semak-semak dan berseru

"Hoii!!!!!!!!!!!!!!!
Nasib baik aku belom pegi lagi... kalau tak sure engkorang abiskan makanan ni
kan?!! kan?!!"