
Sunday, December 26, 2010
Dunia Cinta : 50 Tips Memikat Lelaki

Wednesday, December 22, 2010
Dunia Cinta : 8 Tanda Wanita Menyimpan Rahsia Daripada Anda
Gagap
Kebanyakan wanita lebih berekspresi dibandingkan dengan lelaki, apalagi menerima hadiah dari orang tersayang. Ketika anda memberinya hadiah, apakah reaksinya santai? Waktu beristirehat adalah waktu yang baik jika anda sedang membaca buku, tapi hal yang buruk jika anda mencari kebenaran. Gagap merupakan tanda yang pasti dia menyimpan rahasia.
Kaku
Dia bukannya bercakap dengan seorang menteri tetapi dengan anda iaitu kekasihnya.. Jadi, jika dia menggunakan bahasa yang terlalu formal, kaku, dan suaranya hampir seperti dia berlatih pidato, berhati-hatilah. Ia berbohong, sama seperti seorang ahli politik yang licik.
Benci ditanya
Jika dia marah hanya kerana anda bertanya mengenai hal yang kecil, pasti ada yang dia sembunyikan.
Bahasa tubuh
Bahasa tubuh pembohong yang perlu diwaspadai adalah gelisah dan kompulsif (gerakan berulang). Jika dia tidak mahu bertentang mata ketika berbual, itu boleh jadi satu pertanda.
Terlalu banyak detail
Jika dia bercerita dan tak menyebutkan detail dengan baik, tanyakan kembali maksudnya, juga lihat bahasa tubuhnya. Di sisi lain, jika dia menceritakan kisah terlalu panjang, kenapa ia jadi begitu gugup?
Tanda kunci
Bohong jika wanita tak pernah memikirkan bekas kekasihnya. Kalau ia berkeras menyangkal, anda tak perlu khuatir. Setiap wanita pasti memikirkan kekasihnya yang dulu, tapi bukan bererti wanita tidak berfikir bahawa apa yang dilakukannya bersama anda adalah lebih baik. Itulah kuncinya!
Bersifat pasif
Kalau anda sedang menceritakan sesuatu dan dia hanya bersifat pasif dan berkata “ya” atas apa yang anda katakan, ada sesuatu yang anda harus tahu. Seharusnya dia boleh mewarnai cerita, tidak hanya menyetujui apa yang sudah anda tahu.
Dengarkan kata hati
Kita biasa mendengarkan kata hati untuk memutuskan sesuatu. Jika anda berpikir ada sesuatu yang mencurigakan, luahkan padanya. Jika ternyata itu hanya perasaan anda semata-mata, minta galakan si dia agar anda menjadi lebih rileks.
Dunia Cinta : 6 Cara Menarik Perhatian Lelaki
1. Baju berwarna
Kecuali gaun hitam yang menampakkan kesan ramping, lebih baik mengenakan baju-baju berwarna cerah agar kehadiran anda kelihatan lebih menarik perhhatian..
Hindari memakai gaun dan berpakaian lengkap seperti pakaian rasmi pejabatr. Gunakan baju yang sedikit terbuka, tapi ingat jangan perlihatkan semua ‘aset’ indah tubuh anda.
Pemakaian anting dan rantai besar boleh memusatkan pandangan tertuju pada wajah anda.
Majoriti lelaki tidak ingin bertemu janji dengan wanita dengan solekan yang tebal bak topeng. Bagi mereka, keadaan itu seperti bertemujanji dengan badut.
Meskipun aroma tubuh tidak berbau, tampil wangi akan memberi nilai tambahan bagi anda. Perlu diingatkan gunakan perfume yang secukupnya, jangan sampai menimbulkan aroma yang melampau.
Apapun gaya pemakain anda, T-Shirt atau gaun, kasut bertumit tinggi dapat membuat anda kelihatan lebih seksi dan langsing.
Monday, December 20, 2010
Dunia Cinta : Petua Membelai Cinta

Sunday, December 19, 2010
Dunia Cinta : 10 Cara Memenangi Hati Mertua
"Sebaik sahaja selesai diijab kabul, secara rasmi kita menjadi miliknya.Kalau dulu hanya sebagai kekasih, tetapi kini sebagai isterinya yang sah.Namun kita sebenarnya bukanlah hanya berkahwin dengan dirinya, bahkan juga seluruh anggota keluarganya."
Bagi yang sudah biasa bertemu dengan mertua sebelum berkahwin, tentu tidak menjadi soal. Bagaimana bagi yang tidak pernah bertentang mata dengan keluarga mertua? Pasti diselubungi rasa bimbang, apatah lagi bila memikirkan
cara untuk menyesuaikan diri dengan mertua.
Bagi menangani masalah tersebut, pastikan anda menyiapkan diri dengan beberapa tips yang diberikan. Persediaan diri sebenarnya bukan hanya bermula selepas sah bergelar isteri, seeloknya sedari awal pertunangan lagi. Kalau kena gaya dan caranya, tidak mustahil anda akan jadi menantu kesayangan.
1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.
2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan.
3. Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.
4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.
5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.
6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat
dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.
7. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.
8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang yang 'mulut lepas', anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.
9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk,kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan
secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.
Friday, December 17, 2010
Dunia Cinta : Cantik Bukan Teras Untuk Dicintai

Wednesday, December 15, 2010
Dunia Cinta : Cinta Oh Cinta

Friday, December 3, 2010
Dunia Cinta : 76 Petua Menawan Hati Wanita

"Berikut adalah petua-petua yang dikemukakan oleh para
bijak pandai yang mengkaji mengenai kesukaan wanita
yang sentiasa mahu diberi perhatian .
1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu
sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.
2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu
menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk
lakukan hari ini.
3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya
soalan kepadanya
4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan
masalahnya,tapi tunjukkan sifat memahami anda.
5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa
menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap
hari.
6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada
bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau
perayaan yang bermakna.
7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari
sebelum itu, jangan menunggu hingga malam Jumaat
kemudian bertanya pula apakah yang dia hendak buat.
8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau
terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk
memasak pula.
9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan
keanggunan rupa parasnya.
10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.
11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih
dan penat.
12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia
tidak kelam kabut membuat persediaan.
13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk
menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.
14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya
mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak.Jangan
jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.
15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya
rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan
awak tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat
merasakan bahawa anda memahami yang dia
tersinggung.Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa
tersinggungnya itu bukan salah anda.
16. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat
gusar, katakan padanya anda akan pulang dan anda
perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.
17. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang
ke rumah, bercakaplah dengannya apakah dia yang
menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak
menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak
menyangka yang bukan-bukan.
18. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda
kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat
menghangatkan jiwanya.
19. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda,letakkan
buku, majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan
tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.
20. Sekiranya selalunya dia yang membasuh
pinggan,sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan
pula,terutamanya jika dia letih. Bantulah dia
menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang
sukar.
21. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa
yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan
melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.
22. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah
barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula
membelinya.
23. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu
keluar.
24. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu
waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika
tidak berkesempatan, himpunkan dua atau tiga pelukan
pada waktu yang terluang.
25. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya
khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya
katakan 'Aku cinta padamu'.
26. Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya
sekali sehari.
27. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan
bilik tidur.
28. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke
bakul yang dikhaskan.
29. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh
dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan
plastik sampah dalam tong itu.
30. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar
dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor
telefon tempat itu.
31. Basuhkan kereta yang dipakainya.
32. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian
sebelum jima' jika itu yang dia suka.
33. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah
anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak
bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan
kemudian.
34. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut
belakang, tengkuk dan kakinya.
35. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang
bukan bertujuan untuk jima'
36. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan
anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada
bendalain, atau melihat jam.
37. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya
walau di khalayak ramai.
38. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan
tangan anda kaku dan lumpuh.
39. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia
suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia
memang gemar.
40. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan
bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak
makan.
41. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke
tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu
adalah tempat yang baik atau diharuskan.
42. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian
bersama-sama
43. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu
menukar pakaiannya
44. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada
orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.
45. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak
anda.Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri
mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih
awal sebagai contoh kepada mereka.
46. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.
47. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz
tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih
digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk
dijahit kemudiannya.
48. Ambillah gambarya pada waktu-waktu keramaian atau
di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.
49. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk
melakukan sesuatu yang romantik
50. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam
dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru
bila sudah sampai masanya.
51. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan
jauh.Pandulah dengan selamat, tidak terialu laju
hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu
perlahan sedangkan anda boleh laju.
52. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan
berikankomen yang menunjukkan anda ambil berat seperti
'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak
letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu
apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.
53. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah
tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan
memandu arah kepada anda.
54. Solat bersama dan berdoa bersama.
55. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.
56. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa
awal-awal dahulu.
57. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di
rumah.nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan
pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu
anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau. Gunakan
gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah
pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.
58. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang
menarik minatnya.
59. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya
yang anda terima melalui telefon.
60. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda
sudah mandi.
61. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk
membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk
bawakan barangan yang berat. Jika hendak
berjalan,letak dan barangan yang hendak dibawa di
kereta.
62. Bila dia memasak, pujilah masakannya
63. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke
matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan
menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang
sesuai,pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata
kepadanya.
64. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari
ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang
dia hubungi.
65. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan
masuklahke kamar seiring dengannya.
66. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata
selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.
67. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.
68. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk
anda.
69. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.
70. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan
kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia
kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda
kehendaki.Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.
71. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya
bahawa anda rindu padanya.
72. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.
73. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai
pandangannya.
74. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama
wanita ialah melakukan perkara-perkara besar
sajatetapi sebenarnya yang akanmemenangi hati wanita
ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untu
membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya.
75. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya
dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta
pada anda tanpa berdolak-dalik.
76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja
kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia
gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa
lebih berguna dan berjasakerana isteri anda telah
memperolehi perhatian yangdia perlukan.