Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label ada apa dengan cinta. Show all posts
Showing posts with label ada apa dengan cinta. Show all posts

Thursday, July 14, 2011

Dunia Cinta : 76 Petua Menawan Hati Wanita

"Berikut adalah petua-petua yang dikemukakan oleh para

bijak pandai yang mengkaji mengenai kesukaan wanita

yang sentiasa mahu diberi perhatian .

1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu

sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.

2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu

menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk

lakukan hari ini.

3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya

soalan kepadanya

4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan

masalahnya,tapi tunjukkan sifat memahami anda.

5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa

menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap

hari.

6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada

bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau

perayaan yang bermakna.

7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari

sebelum itu, jangan menunggu hingga malam Jumaat

kemudian bertanya pula apakah yang dia hendak buat.

8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau

terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk

memasak pula.

9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan

keanggunan rupa parasnya.

10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.

11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih

dan penat.

12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia

tidak kelam kabut membuat persediaan.

13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk

menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.

14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya

mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak.Jangan

jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.

15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya

rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan

awak tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat

merasakan bahawa anda memahami yang dia

tersinggung.Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa

tersinggungnya itu bukan salah anda.

16. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat

gusar, katakan padanya anda akan pulang dan anda

perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.

17. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang

ke rumah, bercakaplah dengannya apakah dia yang

menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak

menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak

menyangka yang bukan-bukan.

18. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda

kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat

menghangatkan jiwanya.

19. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda,letakkan

buku, majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan

tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.

20. Sekiranya selalunya dia yang membasuh

pinggan,sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan

pula,terutamanya jika dia letih. Bantulah dia

menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang

sukar.

21. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa

yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan

melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.

22. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah

barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula

membelinya.

23. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu

keluar.

24. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu

waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika

tidak berkesempatan, himpunkan dua atau tiga pelukan

pada waktu yang terluang.

25. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya

khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya

katakan 'Aku cinta padamu'.

26. Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya

sekali sehari.

27. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan

bilik tidur.

28. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke

bakul yang dikhaskan.

29. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh

dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan

plastik sampah dalam tong itu.

30. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar

dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor

telefon tempat itu.

31. Basuhkan kereta yang dipakainya.

32. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian

sebelum jima' jika itu yang dia suka.

33. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah

anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak

bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan

kemudian.

34. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut

belakang, tengkuk dan kakinya.

35. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang

bukan bertujuan untuk jima'

36. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan

anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada

bendalain, atau melihat jam.

37. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya

walau di khalayak ramai.

38. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan

tangan anda kaku dan lumpuh.

39. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia

suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia

memang gemar.

40. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan

bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak

makan.

41. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke

tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu

adalah tempat yang baik atau diharuskan.

42. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian

bersama-sama

43. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu

menukar pakaiannya

44. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada

orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.

45. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak

anda.Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri

mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih

awal sebagai contoh kepada mereka.

46. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

47. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz

tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih

digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk

dijahit kemudiannya.

48. Ambillah gambarya pada waktu-waktu keramaian atau

di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.

49. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk

melakukan sesuatu yang romantik

50. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam

dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru

bila sudah sampai masanya.

51. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan

jauh.Pandulah dengan selamat, tidak terialu laju

hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu

perlahan sedangkan anda boleh laju.

52. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan

berikankomen yang menunjukkan anda ambil berat seperti

'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak

letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu

apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

53. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah

tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan

memandu arah kepada anda.

54. Solat bersama dan berdoa bersama.

55. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.

56. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa

awal-awal dahulu.

57. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di

rumah.nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan

pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu

anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau. Gunakan

gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah

pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.

58. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang

menarik minatnya.

59. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya

yang anda terima melalui telefon.

60. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda

sudah mandi.

61. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk

membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk

bawakan barangan yang berat. Jika hendak

berjalan,letak dan barangan yang hendak dibawa di

kereta.

62. Bila dia memasak, pujilah masakannya

63. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke

matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan

menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang

sesuai,pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata

kepadanya.

64. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari

ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang

dia hubungi.

65. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan

masuklahke kamar seiring dengannya.

66. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata

selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.

67. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

68. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk

anda.

69. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

70. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan

kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia

kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda

kehendaki.Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.

71. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya

bahawa anda rindu padanya.

72. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.

73. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai

pandangannya.

74. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama

wanita ialah melakukan perkara-perkara besar

sajatetapi sebenarnya yang akanmemenangi hati wanita

ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untu

membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya.

75. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya

dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta

pada anda tanpa berdolak-dalik.

76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja

kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia

gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa

lebih berguna dan berjasakerana isteri anda telah

memperolehi perhatian yangdia perlukan.

Friday, December 17, 2010

Dunia Cinta : Keindahan Dan Kecantikan Seorang Wanita

KEINDAHAN DAN KECANTIKAN SEORANG WANITA


Malu pada seorang wanita itu sebenarnya…
di situlah letaknya keindahan dan kecantikannya
Bersopan santun, berakhlak mulia,
maruahnya dijaga kerana ia adalah harga dirinya
Pandai bergaul tapi tidak bebas dan terbabas
Pakaiannya kemas tapi tidak menampakkan
terlalu mewah atau menunjuk-nunjuk dan tidak pula terlalu rendah mutunya kecuali tidak ada

Berbudi bahasa, peramah dan mesra, tapi tidak mengada-ngada
Auratnya dijaga tidak didedahkan kepada yang bukan muhramnya
Matanya selalu ditundukkan terutama kepada laki-laki ajnabi kecuali perlu sahaja

Bahasa bersahaja, mengikut fitrah semulajadinya,
tidak dibuat-buat atau mengada-ngada
Percakapannya dijaga, tidak menyindir-nyindir
atau mengata-ngata orang
atau memuji-muji diri dan keturunannya
Suaminya dihormati dan ditaatinya,
keluarga suaminya dimuliakannya

Berkasih sayang dan berlemah lembut dengan anak-anaknya
tetapi tidak terlalu dimanja dan dimewah-mewahkan
Rajin bekerja dan mengemaskan rumahtangga budaya hidupnya
Beribadah dengan Tuhan tidak diabaikan bahkan istiqamah ibadahnya
Jiran dan kehormatan jiran sangat dijaga,
macam menjaga keluarganya

Ketika berjalan jauh bersama muhramnya atau bersama 3 orang wanita
yang boleh dipercayai
Tidak tamak, tidak bakhil, sentiasa baik sangka dengan suaminya
Apatah lagi cemburu dan prejudis dengan suaminya
tidak ada di benak kepalanya

Jika suaminya susah, sanggup bersama-sama susah dengan suaminya
Tidak suka meminta-minta dengan suaminya kecuali terlalu perlu sahaja
Tidak suka bertanya-tanya suaminya ketika balik,

?Abang ke mana? Dari mana?
Buat apa di sana? Mengapa lambat balik??
Suaminya balik disambut dan dilayan dengan baik
Di waktu itu dia tahu dan faham apa keperluan suaminya
Hingga sikapnya itu suaminya senang,
tenang, terhibur dan lapang fikirannya
Tidak meninggikan suara dengan suaminya,

kalau dia bersalah cepat meminta maaf dengan suaminya
Kesalahan dan kesilapan suaminya dilupa-lupakan sahaja
Tidak mengungkit-ungkit suaminya,
sekalipun di waktu dia tidak senang dengan suaminya
Itulah kecantikan dan keindahan seorang wanita
Manalah hendak kita cari wanita semacam ini sekarang?


Tuesday, October 26, 2010

Dunia Cinta : 141 InfoTentang Cinta




Ada Apa Dengan Cinta




  1. Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi

  2. Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

  3. Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi," Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu," Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja."

  4. Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

  5. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

  6. Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

  7. Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

  8. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

  9. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

  10. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

  11. Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

  12. Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

  13. Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

  14. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

  15. Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

  16. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

  17. Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.
    Dan hanya dengan mendengar kata "Hai" darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

  18. Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya.

  19. Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

    Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

  20. Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.

  21. Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.

  22. Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

  23. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.

  24. Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir

  25. Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.

  26. Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja kamu berada.

  27. Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu

  28. Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta.

  29. Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

  30. Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.

  31. Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

  32. Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.

  33. Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami

  34. Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.

  35. Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

  36. Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

  37. Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka

  38. Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.

  39. Cinta dan kasih sayang adalah jawapan yang dapat menyembuhkan segala penyakit, dan jalan yang menuju kepada rasa cinta dan kasih sayang hanyalah melalui kemaafan.

  40. Cinta umpama bunga di taman yang sedang mekar, hiasilah, jagalah taman kamu untuk kelihatan cantik dan ceria dan seandainya kamu tidak berbuat demikian, layulah bunga di taman dan rosaklah cinta yang sejati.

  41. Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

  42. Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

  43. Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

  44. Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

  45. Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

  46. Cinta itu membuatkan kamu gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yang bertuah.

  47. Cinta ibarat pasu antik, ia sukar ditemui, sukar diperolehi tapi mudah untuk jatuh berderai

  48. Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

  49. Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta.

  50. Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu.

  51. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.
    Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.

  52. Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan. Tangisan juga bukanlah pengubat cinta kerana ia tidak mengerti perjalananan hati naluri.

  53. Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir

  54. Di suatu hari kau datang dan bertanya padaku apa yang lebih penting : Dirimu atau nyawaku. Dan aku menjawab nyawaku lebih penting dan kau pun berlalu dengan penuh kekecewaan tanpa pernah kau sedari bahawa kaulah nyawaku itu. Sesungguhnya kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup ini.

  55. Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri

  56. Cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi pengajaran. Dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Lantaran itu bajailah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya. Agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.

  57. Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa kekecewaan itu.

  58. Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

  59. Ada cinta yang agung antara hamba dan Tuhannya. Cinta kudus antara bonda dan anaknya. Ada cinta rafik yang setia. Ada cinta berahi antara kekasih teruna dara. Ada cinta persaudaraan yang tiada bandingnya. Ada cinta sesama makhluk yang begitu mulia dan cinta dikatakan hampir tidak memilih usia. Ia juga tidak mengira rona bangsa. Tidak ada miskin kaya dalam catatan kamus cinta. Justeru, cinta dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam cakerawala hidup setia jiwa.

  60. Setiap orang punya rasa cinta. Tapi tak semua orang dapat merasai cinta. Setiap orang pernah bercinta. Tapi tak semua mampu mengecapi bahagia.

  61. Keikhlasan bererti tidak mengharapkan balasan atas perbuatan kita. Keikhlasan dalam bercinta bererti tidak mengharapkan balasan cinta atas kasih yang kita curahkan padanya.

  62. Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat

  63. Ketika sebuah cinta mengungkapkan suatu kejujuran, dia tidak akan berbohong. Tidak akan ada sebuah konspirasi untuk mendahulukan sebuah nafsu untuk memiliki. Tidak akan ada sebuah harapan untuk mendapatkan sebuah kebahagiaan. Tetapi hanya akan mendambakan untuk bisa mendapatkan kesempatan untuk memberikan sesuatu yang lebih berharga.

  64. Cinta laki-laki seumpama gunung, ia besar tapi konstan dan (sayangnya) rentan, ada waktu ia meletus memuntahkan lahar, menghanguskan apa saja yang ditemuinya. Cinta perempuan seumpama kuku, ia hanya sehujung jari, tapi tumbuh perlahan-lahan, diam-diam dan terus menerus bertambah. Jika dipotong, ia tumbuh dan tumbuh lagi.

  65. Manusia tidak jatuh 'ke dalam' cinta, dan tidak juga keluar 'dari cinta'. Tapi manusia tumbuh dan besar dalam cinta

  66. Cinta yang wujud dalam sebuah tindakan agung : "Memaafkan".

  67. Cinta kurniaan Ilahi mengapa mesti dibenci? Yang harus dibenci dan dihindari ialah kepalsuan, bukan cinta.

  68. Hidup tanpa cinta seperti makanan tanpa garam. Oleh itu, kejarlah cinta seperti kau mengejar masa, dan apabila kau sudah mendapat cinta itu, jagailah ia seperti kau menjaga dirimu, sesungguhnya cinta itu kurniaan Tuhan Yang Maha Agung.

  69. “Aku mencintaimu”, sukarkah untuk dilafazkan?

  70. Tidak ada cinta yang tidak cemburu -Pepatah Perancis

  71. Sesuatu percintaan yang terjalin di antara dua insan itu tiada ada kemesraan atau kemanisannya sekiranya sentiasa membayangi akan kemusnahan, kekecewaan dan kehancuran.

  72. Cintailah orang yang engkau kasihi itu sekadarnya belaka, barangkali dia akan menjadi orang yang kau benci pada suatu hari kelak. Juga bencilah terhadap orang yang kau benci itu sekadarnya belaka barangkali dia akan menjadi orang yang engkau kasihi pada suatu hari nanti.

  73. Menerima cinta dari seseorang secara terburu-buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun.

  74. Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNya jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yg tersembunyi. Pernahkah kau terfikir kebesaranNya itu?

  75. Cinta itu adalah api yang dingin. Sesiapa yang mendekatinya tidak akan terbakar tetapi tertangkap ke dalamnya.

  76. Jika kasih sayang telah mencapai batasnya, maka ia dinamakan Cinta. "Cinta adalah kasih sayang yang melimpah". Cinta juga lebih istimewa dibanding kasih sayang, sebab setiap cinta sama dengan kasih sayang, tetapi tidak semua kasih sayang sama dengan cinta.

  77. Bercintalah dengan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dengan kejayaan.

  78. Cinta adalah suatu bentuk ungkapan keabadian yg tidak mampu dijelaskan melalui untaian kata-kata indah tapi melalui kenyataan pahit yang hidup dan sakit.

  79. Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai, tetapi penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumahtangga. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan. Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumahtangga.

  80. Janganlah mengigil kedinginan kerana hilangnya cinta .Tetapi mengigillah dengan kedinginan kerana tiada lagi ada rasa.

  81. Jangan pernah bermimpi tentang cinta tanpa mampu memperjuangkannya.

  82. Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu.

  83. Berkasih sayang adalah suatu akhlak yang mulia. Oleh itu semai dan bajailah rasa kasih sayang dan cinta terhadap sesama insan, lebih-lebih lagi kepada Allah SWT kerana Allah terlalu kasihkan hambaNya lebih daripada seorang ibu mengasihi anaknya.

  84. Cinta ia tetap hadir,ia datang bukan dengan nafsu atau keinginan tetapi kepasrahan tentang yang mutlak, itulah cinta terulung.

  85. Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan.

  86. Usah gembira pada kelahiran cinta pertama. Jua usahlah menangis di awal kegagalan kerana kekeliruan seimbang pertemuan dan perpisahan. Kebahagiaan tidak semestinya kekal abadi.

  87. Pergaulan dan cinta di antara lelaki dan perempuan pada hari ini diibaratkan seperti minyak dengan api, apabila tersentuh maka maraklah ia.

  88. Cinta adalah sebuah telaga yang tiada dasarnya

  89. Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita -cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita dan sebelum mengenal cinta, kenallah dahulu cita-cita.

  90. Cinta yang terselit pendustaan ibarat kehidupan yang bercampur gaul dengan penghinaan.

  91. Cinta adalah jika kamu kehilangan rasa, ghairah, romantika dan masih tetap menghargainya.

  92. Cinta lebih mudah mekar di hati yang sedang dilanda kecewa. Cinta seperti ini adalah cinta yang mengharapkan belas kasihan, sebab itu bila sepi telah punah maka selalunya cinta juga akan turut terbang.

  93. Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata untuk memiliki sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran serta perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda.

  94. Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati kamu kerana akibatnya, hanya kamu yang akan sengsara; bukan orang lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri kamu, tetapi dia masih sangup menyayangi dan mencintai kamu dengan sepenuh hatinya.

  95. Hanya ada satu pelita yang dapat kita pegang dan sentiasa menyala di mana-mana jua pun, yang tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh seperti menerangi tempat kita sendiri, iaitu rasa cinta dan kasih sayang pada segala yang bernyawa- Innayan Khan

  96. Manusia merasa kesepian dari cinta kerana mereka kerap hanya membangun dinding, bukannya jambatan kasih sayang.

  97. Mereka yang cintanya selalu dibalas,kurang mengerti perasaan cinta yang sebenar..~ Khan ~

  98. Cinta yang dikaitkan dengan kepentingan peribadi akan berubah menjadi putus asa.

  99. Dalam percintaan kamu janganlah kamu kesali perpisahan tetapi kesalilah pertemuan kerana tanpa pertemuan tidak ada perpisahan.

  100. Kamu tidak akan mati kerana cinta, tetapi cinta cukup meracuni hidup kamu

  101. Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.

  102. Hiduplah dengan cinta! Tetapi bukan bererti cinta buta. Kita dapat mencintai hidup dengan lebih baik, yaitu cintailah sekelilingmu, baik yang ada diluar dirimu atau didalam dirimu.

  103. Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang, bukanlah dari pemberian semata-mata.

  104. Rasa cinta itu jika dipupuk ke arah dan sinar yang lurus akan membawa pengekalan abadi.
    Selagi usia di kandung badan .Selagi jiwa merantai hati

  105. Bibir tidak perlu berkata , bila hati sudah bersuara nada cinta dan rindu.

  106. Cinta membuatkan orang bersemangat untuk hidup, rasa cinta adalah satu rangsangan indah dalam kehidupan. Cinta adalah sesuatu yang subjektif, susah untuk ditafsirkan. Kadangkala kita merasakan apa yang kita alami itu cinta tapi sebenarnya bukan.

  107. Cinta adalah penyakit manakala perasaan adalah kumannya. Perkahwinan pula merupakan ubat penawarnya.

  108. Ibaratkanlah kehilangan cinta itu umpama hilangnya cincin permata di lautan luas yang tiada bertepi dan harus dilupakan.

  109. Pabila cinta tidak diajarkan di rumah, hampir tidak masuk akal untuk mempelajarinya di mana pun.

  110. Cinta yang tak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya.

  111. Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya jelas sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus mengendalikan tindakan kita sehingga kadangkala kita melakukan hal terbodoh tanpa sedari.

  112. Mencintai itu umpama bermain piano. Pertama, kita bermain ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati.

  113. Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.

  114. Cinta menakluk segala-galanya. Cinta dapat mengubah pondok kayu menjadi istana emas

  115. Hidup kalau tak memakai cinta tak ubahnya seperti bumi kehilangan matahari -Aswir

  116. Kamu tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayangi. Anda cuma kalah jika anda bertangguh.

  117. Cinta dimulai dengan senyuman, tumbuh dengan dakapan dan seringkali berakhir dengan air mata.

  118. Cinta menekan pertimbangan, memandang ringan bahaya dan cinta memandang enteng akan kematian

  119. Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta. Tiada kasih yang lebih ngeri dari putus cinta

  120. Cinta monyet ialah cinta keanak-anakan. Cinta palsu adalah sekadar basa-basi. Cinta materialistik merosakkan jiwa. Cinta sejati ialah cinta yang akan menghasilkan cita-cita yang luhur dan abadi.

  121. Cinta adalah penyakit dan perkahwinan ialah sihat. Sakit dan sihat tidak bertemu.

  122. Seseorang yang pernah mengalami kegagalan dalam percintaan, maka dia akan melihat kebahagiaan itu laksana melihat pelangi. Tidak pernah pelangi itu berada di atas kepalanya. Selamanya dia melihat pelangi itu berada di atas kepala orang lain.

  123. Hanya hati yang dapat menilai erti Cinta sejati. Dengarkan kata hati dan Cinta sejati tidak berlandaskan nafsu kerana ia adalah suci, lahir dari kasih dan sayang.

  124. Cinta akan hidup bersama dengan waktu, pabila waktu itu mati, maka matilah cinta suci itu

  125. Seorang wanita akan memandang rendah terhadap lelaki yang menyatakan cinta kepadanya, terkecuali kalau memang lelaki itu yang diharapkannya.~ Elizabeth Stoddard ~

  126. Lelaki itu prosa alam, perempuan sajaknya. Cinta itu lagu dan perkahwinan orkestranya -Pepatah Denmark

  127. Cinta boleh tumbuh dalam madu dan racun

  128. Cinta tidak selalu bersama jodoh tapi jodoh selalu bersama cinta.

  129. Kehidupan ini seumpama bunga, maka cinta adalah madunya -Hamka

  130. Manusia yang dibakar api cinta dapat melihat di dalam gelap -Peribahasa Mexico

  131. Hidup tanpa cinta ibarat taman tidak berbunga -Pepatah Inggeris

  132. Cinta tidak mempunyai umur, ia sentiasa memudakan dirinya

  133. Cinta itu tidak buta tetapi ia tidak melihat -Pepatah Jerman

  134. Barangsiapa yang belum pernah jatuh cinta, ia telah membangunkan langit di atas bumi -Pujangga Barat

  135. Orang yang menulis surat cinta itu kurus dan orang yang membacanya gemuk -Pepatah Belanda

  136. Keburukan dapat disembunyikan apabila timbulnya rasa cinta -Pepatah Greek

  137. Cinta tidak mempunyai undang-undang

  138. Cinta pandang pertama adalah cinta yang akan kekal abadi

  139. Cinta lebih tua daripada alam ini kerana alam ini dijadikan Allah atas dasar cinta -Muttanabi

  140. Cinta ialah penyakit -Taufiq Al-Hakim

  141. Yang termanis daripada yang manis di dunia ini ialah pujian kekasih yang terlontar daripada rasa cintanya.


p/s : Cinta itu memang indah, tapi lebih indah jika kita pandai menghiasinya:)