Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label kisah cinta. Show all posts
Showing posts with label kisah cinta. Show all posts

Thursday, July 14, 2011

Dunia Cinta : Satu Kisah Cinta Biasa




Suami saya adalah seorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya. 3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. "Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut. "Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak. Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya. "Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan. "Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu. Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya. "Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti." "Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

Dunia Cinta : 76 Petua Menawan Hati Wanita

"Berikut adalah petua-petua yang dikemukakan oleh para

bijak pandai yang mengkaji mengenai kesukaan wanita

yang sentiasa mahu diberi perhatian .

1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu

sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.

2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu

menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk

lakukan hari ini.

3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya

soalan kepadanya

4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan

masalahnya,tapi tunjukkan sifat memahami anda.

5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa

menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap

hari.

6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada

bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau

perayaan yang bermakna.

7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari

sebelum itu, jangan menunggu hingga malam Jumaat

kemudian bertanya pula apakah yang dia hendak buat.

8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau

terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk

memasak pula.

9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan

keanggunan rupa parasnya.

10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.

11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih

dan penat.

12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia

tidak kelam kabut membuat persediaan.

13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk

menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.

14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya

mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak.Jangan

jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.

15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya

rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan

awak tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat

merasakan bahawa anda memahami yang dia

tersinggung.Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa

tersinggungnya itu bukan salah anda.

16. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat

gusar, katakan padanya anda akan pulang dan anda

perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.

17. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang

ke rumah, bercakaplah dengannya apakah dia yang

menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak

menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak

menyangka yang bukan-bukan.

18. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda

kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat

menghangatkan jiwanya.

19. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda,letakkan

buku, majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan

tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.

20. Sekiranya selalunya dia yang membasuh

pinggan,sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan

pula,terutamanya jika dia letih. Bantulah dia

menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang

sukar.

21. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa

yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan

melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.

22. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah

barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula

membelinya.

23. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu

keluar.

24. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu

waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika

tidak berkesempatan, himpunkan dua atau tiga pelukan

pada waktu yang terluang.

25. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya

khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya

katakan 'Aku cinta padamu'.

26. Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya

sekali sehari.

27. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan

bilik tidur.

28. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke

bakul yang dikhaskan.

29. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh

dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan

plastik sampah dalam tong itu.

30. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar

dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor

telefon tempat itu.

31. Basuhkan kereta yang dipakainya.

32. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian

sebelum jima' jika itu yang dia suka.

33. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah

anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak

bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan

kemudian.

34. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut

belakang, tengkuk dan kakinya.

35. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang

bukan bertujuan untuk jima'

36. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan

anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada

bendalain, atau melihat jam.

37. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya

walau di khalayak ramai.

38. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan

tangan anda kaku dan lumpuh.

39. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia

suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia

memang gemar.

40. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan

bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak

makan.

41. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke

tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu

adalah tempat yang baik atau diharuskan.

42. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian

bersama-sama

43. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu

menukar pakaiannya

44. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada

orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.

45. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak

anda.Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri

mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih

awal sebagai contoh kepada mereka.

46. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

47. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz

tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih

digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk

dijahit kemudiannya.

48. Ambillah gambarya pada waktu-waktu keramaian atau

di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.

49. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk

melakukan sesuatu yang romantik

50. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam

dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru

bila sudah sampai masanya.

51. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan

jauh.Pandulah dengan selamat, tidak terialu laju

hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu

perlahan sedangkan anda boleh laju.

52. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan

berikankomen yang menunjukkan anda ambil berat seperti

'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak

letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu

apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

53. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah

tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan

memandu arah kepada anda.

54. Solat bersama dan berdoa bersama.

55. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.

56. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa

awal-awal dahulu.

57. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di

rumah.nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan

pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu

anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau. Gunakan

gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah

pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.

58. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang

menarik minatnya.

59. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya

yang anda terima melalui telefon.

60. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda

sudah mandi.

61. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk

membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk

bawakan barangan yang berat. Jika hendak

berjalan,letak dan barangan yang hendak dibawa di

kereta.

62. Bila dia memasak, pujilah masakannya

63. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke

matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan

menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang

sesuai,pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata

kepadanya.

64. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari

ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang

dia hubungi.

65. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan

masuklahke kamar seiring dengannya.

66. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata

selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.

67. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

68. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk

anda.

69. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

70. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan

kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia

kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda

kehendaki.Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.

71. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya

bahawa anda rindu padanya.

72. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.

73. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai

pandangannya.

74. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama

wanita ialah melakukan perkara-perkara besar

sajatetapi sebenarnya yang akanmemenangi hati wanita

ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untu

membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya.

75. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya

dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta

pada anda tanpa berdolak-dalik.

76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja

kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia

gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa

lebih berguna dan berjasakerana isteri anda telah

memperolehi perhatian yangdia perlukan.

Wednesday, July 13, 2011

Dunia Cinta : 19 Tanda Lelaki Jatuh Cinta

tanda lelaki jatuh cinta 19 tanda lelaki jatuh cinta

Anda sepatutnya mampu untuk mengesan sekiranya seseorang lelaki jatuh cinta dengan sedikit pemerhatian terhadap tingkahlaku mereka. Ia kerana mereka akan meninggalkan tanda yang ketara untuk meluahkan perasaan mereka walaupun tanpa kata-kata. Antara tanda-tanda sekiranya lelaki jatuh cinta ialah……..

(1) Mereka senyum kepada anda. (terlalu banyak senyuman yang diberikan)

(2) Mereka gelak dengan lawak jenaka anda. (walaupun lawak yang anda sampaikan sebenarnya tidak lawak)

(3) Mereka pertahankan anda daripada orang lain.

(4) Mereka bertanyakan soalan mengenai kehidupan anda.

(5) Mereka merenung anda secara sembunyi.

(6) Mereka akan gagap apabila bercakap berhadapan dengan anda.

(7) Mereka gemar untuk menyebut nama anda.

(8) Mereka memanggil anda dengan nama gelaran yang manja.

(9) Mereka akan mengajak anda keluar.

(10) Mereka akan menelefon atau mesej anda setiap hari.

(11) Mereka akan berperwatakan lebih matang dan menghormati orang lain apabila anda berada dihadapan mereka.

(12) Mereka akan memuji penampilan anda.

(13) Apabila mereka berusaha melakukan lawak jenaka, reaksi anda adalah yang pertama mereka akan lihat.

(14) Mereka sentiasa berusaha untuk bersama dengan anda seperti didalam kumpulan, kelas atau sebagainya.

(15) Mereka bertanyakan rakan anda soalan mengenai diri anda.

(16) Mereka bertanyakan pandangan anda mengenai lelaki lain.

(17) Mereka meminta nasihat anda mengenai wanita lain.

(18) Mereka mengingati semua perkara mengenai diri anda.

(19) Mereka berjenaka untuk mengetahui status diri anda yang sebenar.

Tuesday, July 5, 2011

Dunia Cinta : 5 Tanda Anda Terlalu Lama Single


Menjadi seorang yang single memang sangat seronok. Kau bebas melakukan apa saja, pergi mana nak pergi, senang kata lantak kau lah nak buat apa-apa pun. Tetapi mempunyai kebebasan seumpama ini akan merubah lelaki, biasanya bukan perubahan yang baik. Tabiat buruk seorang bujang akan segera menjadi kebiasaan dan kau akan kehilangan motivasi atau lebih teruk lagi ketajaman akal kau. Menjadi single terlalu lama adalah kitaran menurun yang menjadikan seorang lelaki itu sedih, keseorangan dan gersang.

1. Perasan semua awek suka pada kau

– Bila awek lalu sebelah dan senyum kat kau mulalah perasan diri hensem, ego pon membuak-buak. Walaubagaimanapun, menjadi single untuk masa yang terlalu lama ini membuat kamu terlalu konfiden. Kau ingat awek tadi senyum sebab kau memang hensem, tapi cuma gelakkan gaya selekeh kau atau cebis cili yang terlekat dicelah digigi kau masa makan tengah hari.

2. Membina tabiat makan yang tidak elok

– Sangat susah untuk seseorang itu untuk memasak dan adalah sangat mudah untuk terikut gaya makan orang bujang yang kurang sihat dan kadang-kadang menjijikkan. Jika dapur kau penuh dengan Mee Maggi atau lain-lain makanan segera sahlah kau dah lama single. Ataupun kau asyik makan kat luar je.

3. Kau banyak sangat main games

– Counterstrike? DOTA (Dunia Orang Tiada Awek)? FIFA 2011? WOW? Semuanya termasuk dalam senarai. Mengisi masa lapang kau dengan bermain games adalah salah satu pilihan baik. Mungkin bila kau dah ada awek nanti kau dah tak mahu main games lagi. Tapi kalau main games berjam-jam sampai ke pagi adalah tak elok untuk tubuh badan dan minda kau dan rosakkan peluang kau nak berawek. Siang dah tidur, malam main games, bila nak usha girl?

4. Kau meluahkan perasaan dekat perempuan

– Apa lagi tanda yang kau telah terlalu lama single? Kau menjawab pertanyaan kecil kawan perempuan kau seperti “Camne life skang?” dengan bebelan emosi panjang mengenai hidup single kau yang keseorangan. Makcik tukang cuci pun tahu kesian kat kau yang sedang desperate nak berawek.

5. Kau mula stalk awek lama kau

– Terima kasih kepada internet, ringkasan hidup hampir setiap orang mudah dicari hanya dengan meng-google nama mereka. Disuatu lewat tengah malam kau sedang menaip nama ex-girlfriend’s kau di kotak pencarian demi nak usha-usha apa dia tengah buat dengan harapan bunga cinta berputik kembali. Terbaru, dengan adanya Facebook dan Twitter lagi senanglah kau nak buat kerja stalking nie. Hey hey sudahlah, pergilah lepak mana-mana usha perempuan lain.

Saturday, July 2, 2011

Dunia Cinta : Cinta Seorang Lelaki


Cinta lelaki memang pelik dan aneh, tetapi juga unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki, yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis; aneh apabila dia sudah lembut dan romantis mudah pula dia berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya. Semuanya ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami adakalanya lunak tetapi selalunya keras dan kurang simpati. Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisinya tetapi tatkala sudah memperolehinya, jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, adalah yang disenangi pasangannya, seorang wanita bernama kekasih mahupun sudah bergelar isteri. Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui :

Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih/isteri - tanpa sedikit keterpaksaan.

Semuanya dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.

Dia berasa puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.

Dia lebih banyak menasihati kerana dia amat menyayangi kekasih/isterinya.

Dia mencemburui kekasih/isteri - lantaran itu dia akan mengongkong kebebasan mereka. Konkongan semata-mata oleh perasaan sayang dan cemburu yg meluap-luap.

Dia akan kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih/isteri.

Dia akan mudah merajuk dan sensitf apabila anda tidak menumpukan perhatian penuh terhadapnya. Kadang-kadang dia seperti anak kecil utk mendapatkan layanan yang terbaik dari pasangan.

Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih/isteri.

Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut daripada kekasih/isteri. Merasa lega bila pasangan memujuknya.

Dia akan gelisah apabila berjauhan dengan kekasih/isteri. Dia akan kerap menelefon dan menghantar SMS.

Dia akan kerap bertanya apakah kekasih/isterinya mencintainya.

Lelaki yang jujur dan cukup 'mabuk' dalam percintaanya pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isterinya.


Oleh : Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj.