Cinta lelaki memang pelik dan aneh, tetapi juga unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki, yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis; aneh apabila dia sudah lembut dan romantis mudah pula dia berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya. Semuanya ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami adakalanya lunak tetapi selalunya keras dan kurang simpati. Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisinya tetapi tatkala sudah memperolehinya, jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia. Lelaki yang benar-benar lelaki, adalah yang disenangi pasangannya, seorang wanita bernama kekasih mahupun sudah bergelar isteri. Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui :
Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih/isteri - tanpa sedikit keterpaksaan.
Semuanya dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.
Dia berasa puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.
Dia lebih banyak menasihati kerana dia amat menyayangi kekasih/isterinya.
Dia mencemburui kekasih/isteri - lantaran itu dia akan mengongkong kebebasan mereka. Konkongan semata-mata oleh perasaan sayang dan cemburu yg meluap-luap.
Dia akan kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih/isteri.
Dia akan mudah merajuk dan sensitf apabila anda tidak menumpukan perhatian penuh terhadapnya. Kadang-kadang dia seperti anak kecil utk mendapatkan layanan yang terbaik dari pasangan.
Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih/isteri.
Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut daripada kekasih/isteri. Merasa lega bila pasangan memujuknya.
Dia akan gelisah apabila berjauhan dengan kekasih/isteri. Dia akan kerap menelefon dan menghantar SMS.
Dia akan kerap bertanya apakah kekasih/isterinya mencintainya.
Lelaki yang jujur dan cukup 'mabuk' dalam percintaanya pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isterinya.
Oleh : Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj.
Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts
Saturday, July 2, 2011
Dunia Cinta : Cinta Seorang Lelaki
Friday, October 22, 2010
Dunia Video : Semoga Awak Bahagia
Semoga Awak Bahagia..another love story from Angah aka Limau Terbang
Video made by : Angah aka Limau Terbang
Video made by : Angah aka Limau Terbang
Thursday, October 21, 2010
Dunia Video : Apa Salah Saya
Mulai hari ni, aku akan postkan juga entry video2 cinta khas untuk anda semua, video2 cinta ini dihasilkan oleh Angah aka Limau Terbang, apa yang menariknya, video2 cinta yang dihasilkannya merupakan daripada kisah2 sebenar cinta yang diceritakan orang kepadanya..video2 yang dihasilkan beliau amat ditunggu2 segelintir orang kerana ilustrasi and penceritaan video tersebut adalah berdasarkan kisah sebenar..
Video made by : Angah aka Limau Terbang
Video made by : Angah aka Limau Terbang
Tuesday, October 5, 2010
Dunia Info : Mitos Lelaki Moden
Lelaki moden zaman sekarang sangat2 berbeza berbanding lelaki zaman dahulu..Banyak yang boleh diperkatakan mengenai lelaki moden zaman sekarang..Tak kurang juga lelaki moden kini menjadi bahan umpatan kaum hawa..Penyelidikan yang dijalankan oleh mereka yang berkenaan(keje diorang memang kaji mende2 camni kot) telah memberikan 10 mitos lelaki moden..Aku rasa aku ni antara lelaki moden agaknya coz banyak yang terkena kat aku..hehe..papepun jom kita share sama..
1. Lelaki takut berterus terang. Mereka takut untuk memberitahu bahawa mereka cintakan seseorang wanita itu. Manakala bagi lelaki yg sudah berumahtangga, jarang yg hendak mengakui yg mereka sudah berkeluarga.
Part ni aku rasa betul agaknya coz aku tengok sendiri ramai kawan2 aku yang takut untuk berterus terang, samada takut kena reject ataupun malu2..
2. Lelaki suka memerhatikan buah dada wanita. Buah dada adalah antara bahagian yg cepat menarik perhatian mereka.
Part ni no komen..ada unsur2 18sx..hehe..
3. Lelaki tidak mampu untuk setia dengan seorang wanita. Di dalam hubungan percintaan, lelaki sukar untuk setia.
Tak semua lelaki begitu sebab aku rasa ramai je lelaki yang setia, aku rasa sekarang perempuan dengan lelaki sama je dari konteks kesetiaan ni..Aku pencinta yang setia:P
4. Lelaki tidak mementingkan penampilan mereka berbanding wanita. Dari segi pakaian kadangkala lelaki memandang perkara itu agak remeh.
Memang betul pun, aku sarung je apa yang aku rasa lawa..
#5. Lelaki mudah mencari pengganti. Mudah jatuh cinta semula berbanding wanita.
Agaknya la kot..
6. Lelaki selalu rasa kesunyian. Walaupun dia rasa dia sentiasa gembira, tetapi hakikatnya mereka memang kesunyian.
Aku kalau duduk sorang2 tu baru rasa kesunyian, lelaki yang kesunyian maybe lelaki yang lebih kepada sifat pendiam..(pandangan peribadi)..
7. Bagi lelaki, kerja adalah lebih penting dari bercinta. Mereka tidak dapat membahagikan masa antara cinta dan kerja. Bagi mereka kerja adalah kerja.
Betul..time kerja adalah kerja, time cinta adalh waktu bercinta..sebab aku rasa lelaki sukar untuk membahagikan masa antara kerja dan cinta..
8. Lelaki tidak romantik. Mereka mudah dan sering jatuh cinta. Lelaki mudah mengucapkan kata-kata "Aku Cinta Padamu" tanpa ada apa-apa perasaan.
Lelaki macam ni boleh dikategorikan jenis playboy agaknya..
9. Cinta bagi lelaki adalah seks.
Yang ni pun aku no komen..aku tak kahwin lagi..hehe..
10. Lelaki tidak sesensitif wanita. Dalam apa-apa hal, lelaki tidak begitu mengambil berat.
Bagi aku lelaki yang sensitif antara lelaki yang mudah mengalirkan air mata..
So aku rasa ramai antara korang semua yang tergolong dalam lelaki moden..betul atau tidak itu terpulang pada korang semua..renung2kanla dan selamat beramal..

Monday, October 4, 2010
Dunia Cinta : Petua Menghadapi Suasana "Frust Bercinta" Daripada Al-Quran

Salam isnin..pasti ramai rakan yang pernah menghadapi suasana 'frust bercinta' walaupun pernah bercinta ataupun tidak, hehe.
Petua Menghadapi Suasana “Frust Bercinta” Daripada Al-Quran
Seseorang yang “putus cinta” biasanya akan menghadapi tekanan emosi yang mendalam. Ada yang termenung dan terkenang si dia yang telah pergi. Ada pula yang menangis kesedihan di tengah malam sunyi.
Hati pasti tidak akan tenteram, ingatan silam pasti akan kembali, kesedihan atau kemarahan akan datang membayangi. Sesetengah orang mengambil masa bertahun-tahun untuk melupakan kisah cinta bersama si dia, ada pula mungkin sekadar sebulan dua. Masing-masing mempunyai jangka waktu “recover” yang berbeza mengikut kekuatan jiwa masing-masing.
Yang pasti, hati akan resah gelisah. Pelajaran seorang pelajar akan mundur, produktiviti seorang pekerja akan menurun. Seluruh aktiviti kehidupan akan terganggu. Namun yang paling malang, apabila hati kecil mula mempersoal ketentuan tuhan kerana tidak dapat menerima kenyataan perpisahan. Semua ini akan terus menghantui diri selagi hati masih tidak tenteram.
Terdapat satu penawar yang mujarab untuk mententeramkan hati. Firman Allah di dalam surah Ar-R’ad ayat 28, “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”
Zikrullah bermaksud mengingati Allah. Membaca Al-Quran juga termasuk zikrullah kerana salah satu nama bagi Al-Quran adalah Adz-Zikr. Dengan membaca Al-Quran dan menghayati maksud-masud ayat, seseorang itu sedang berzikir kepada Allah.
Selain membaca Al-Quran, seseorang itu juga boleh mengucapkan tasbih, tahmid, tahlil atau takbir. Zikir-zikir ini lebih ringkas dan mudah dilakukan secara berterusan di kebanyakkan keadaan dan tempat, sama ada secara lisan atau di dalam hati. Namun menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar, zikir adalah lebih utama dilakukan dengan hati dan lisan, kedua-duanya sekali.
Jabir Bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah berkata, “zikir yang paling utama adalah
(tiada tuhan selain Allah) dan sebaik-baik doa adalah mengucapkan
(segala pujian bagi Allah).”[1] Menurut Imam Tirmizi hadith ini berstatus hassan gharib.
Menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah
dan
[2] Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca
100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan.[3]
Jika disenaraikan jenis-jenis zikir, artikel ini akan menjadi begitu panjang sehingga mungkin terbentuk laman web baru yang mengkhususkan tentang zikir. Namun, memadailah seperti apa yang telah dipaparkan sebagai amalan.
Subscribe to:
Posts (Atom)