Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, July 14, 2010

Home » , , , , , , , » Dunia Renungan: 15 perkara yang anda tidak terfikir

Dunia Renungan: 15 perkara yang anda tidak terfikir

Sesuatu yang anda tidak perasan atau tidak terfikir langsung....

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
(betul ke??mungkin ahli keluarga atau orang yang kita sayang sahaja sanggup melakukannya)

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
(kawan2 saya menyanyangi saya dalam bentuk nasihat)

3.Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda. (alhamdulillah, rasanya tiada orang yang membenci saya)

4.Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.
(saya tidak pandai senyum..hehe)

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
(harap2 kekasih saya buat begitu)

6.Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
(dalam hidup keluarga saya yang dikasihi)


7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
(harap2 saya berjaya membahagiakan orang yang saya cintai)

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.
(saya hanyalah insan biasa je)

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
(ada ke??hehe..)

10 Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah
disebaliknya
(saya pernah membuat beberapa kesilapan yang besar, memang ada hikmah disebaliknya)


11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin muda yang meminggirkan mereka.
(setakat ni tidak berasa dipinggirkan)


12.Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.
(saya masih berusaha untuk mencapai cita2 saya)

13.Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela. (alhamdulillah, saya tidak pernah dimaki hamun)

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
(saya sudah meluahkannya hampir 6 tahun yang lalu, dan ianya sesuatu yang cukup indah)


15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.
(semua rakan2 saya merupakan sahabat saya)

Seminit

Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.

Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini. Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan-kawan anda

Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik