Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label dunia lawak. Show all posts
Showing posts with label dunia lawak. Show all posts

Thursday, January 13, 2011

Dunia Lawak : Bila Pesakit Jiwa Naik Kapal Terbang

Bila Pesakit Jiwa Naik Kapal Terbang

Satu hari, seorang pilot telah di tugaskan untuk membawa 30 pesakit jiwa
berpindah ke satu kawasan yang baru dengan menaiki kapal terbang yang akan
di pandunya.Pada keesokan hari, seperti yang dijanjikan juruterbang itu pun
membawa 30 pesakit jiwa tersebut.29 pesakit tersebut terlalu gembira dapat
menaiki kapal terbang itu.Mereka semua melompat-lompat di dalam kapal terbang
itu.

Bagaimanapun cuma seorang pesakit sahaja yang hanya mendiamkan diri.
Tiba-tiba kapal terbang yang mereka semua naiki bergegar akibat 29 pesakit
yang melompat-lompat itu.Pilot menjadi geram akibat perbuatan 29 pesakit itu.
Dia tidak dapat mengawal kapal terbang yang bergegar itu. Pilot tersebut
memanggil pesakit jiwa yang pendiam itu dan menyuruh supaya dia memberitahu
kawan-kawannyasupaya berhenti bermain.

Lima minit kemudian, pilot itu mendapati kapal terbang kembali stabil. Pilot
memangggil sekali lagi pesakit jiwa yang pendiam itu dan bertanya

"kenapa semuanya boleh menjadi senyap dalam sekelip mata.apa yang kau bagi
tau sama kawan-kawan kau itu". Pesakit itu pun menjawab " Saya bagitau kat
kawan-kawan saya ..... kalau nak melompat lompat..........................
pergi main kat luar !!!!!

Monday, January 3, 2011

Saturday, January 1, 2011

Dunia Lawak : Isteri Kesayangan

ISTERI KESAYANGAN


Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.

Pak Mat yang berusia menjangkau 40an telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang sudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangatcintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu."

Pak Mat menjawab, "Sebenarnya sebelum Maznah hendak hembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu. Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh."

Dunia Lawak : Motosikal Tok Batin

MOTOSIKAL TOK BATIN


Tersebutlah kisah, apabila seorang Tok Batin di Bukit Ibam telah membeli sebuah motosikal terpakai. Seperti biasa motorsikal terpakai tidak mempunyai mud-guard, side-mirror malah plate nombor.

Suatu hari Tok Batin ingin pergi ke Pekan. Dengan semangat yang berkobar-kobar Tok Batin mengunggang motor kapcainya melalui denai yang berbengkang-bengkok. Tiba di pertengahan jalan dia ditahan oleh seorang anak buahnya.

"Tok, tumpang ke Pekan?!"
" Boleh, naik di belakang" jawab Tok Batin sambil menunjuk ke belakang.

Sampai di suatu tempat , ada seorang anak buahnya lagi menahan Tok Batin.
"Tok, boleh tumpang? Kite nak ke Pekan ni.."
"Apa salahnye, naiklah di belakang" Tok Batin mengarah.

Tak lama selepas tu, motosikal pun sampailah ke jalan besar. Ada le kira-kira 5 kilometer lagi baru sampai ke Pekan. Tok Batin pun memecut motosikalnya dengan membawa dua orang anak buahnya itu di belakang.

Hembusan angin yang meniup tiga biji kepala tanpa topi keledar itu membuatkan perjalanan mereka sangat mengasyikkan. Tiba di kilometer 2, sekatan jalanraya sedang diadakan. Seorang polis trafik menghulur tangan menahan mereka.

Tok Batin dengan muka selamba memecut motosikalnya dengan bertambah laju melepasi sekatan tersebut. Melihat kesalahan yang dilakukan oleh Tok Batin, polis trafik terus mengejarnya dan dapat memintas. Tok Batin dengan serta merta membrek motosikalnya.

"Oii, ape ni! Nak bunuh kite ke?! Berhenti depan kite macam ni! Tengok belakang kite ade due orang anak buah kite. Kamu takpe la pakai topi keras, yang kite ni kepala togel, kalau jatuh tak ke kite mati?!" marah Tok Batin.

"Pak Cik, kenapa bila saya tahan Pak Cik tak berhenti tadi?" tanya polis trafik tu.
Lantas Tok Batin menjawab "Oi, tak ade otak ke? Tak nampak Belakang motor kite dah penuh dua orang, mane boleh tumpang lagi!!"

Monday, December 20, 2010

Dunia Lawak : Punca Kematian Sebenar

Bob pegi le melawat Pak Ali yang sakit tenat kat hospital.
Pak Ali dah tenat terpaksa guna tiub oksigen untuk bernafas.
Bob berdiri di sebelah katil Pak Ali.

Lepas tu Pak Ali terketar ketar ambik pen dan kertas lalu menulis sesuatu.
Lepas habis tulis Pak Ali pun bagi nota tu pada Bob lalu terus meninggal.
Selepas tamat upacara pengkebumian Pak Ali, Bob pun teringat akan nota Pak Ali yang belum dibacanye.

Bob pun berkata pada para hadirin sekalian
"Tuan tuan sekelian, sebelum meninggal Pak Ali ada meninggalkan nota untuk kita semua."
Bob pun membaca nota itu depan hadirin.
Nota itu berbunyi...
"Ketepi, kau pijak tiub oksigen aku".

Wednesday, December 15, 2010

Dunia Lawak : Kisah Pak Pandir Yang Pandir

Kisah Pak Pandir Yang Pandir


Pak Pandir nak masuk ke bandar utk membeli barang2 keperluan yang diingini oleh
mak andih...

Sesampainyer di perhentian... termangu-mangu pak pandir kerna terlupa utk
bertanyakan pada mak andih tentang bas kesana... kebetulan lalu seorang polis
menaiki motorsikal.. lalu ditahannya ..

"Ya, pak cik.. bleh saya tolong?"

"ya..ya.. pak cik nak ker bando... tapi tak tau plak basnya.. Anak boleh tolong
ker" tanya pak pandir

"ohhh..nak kebandar... senang ajer pakcik.. pak cik tunggu jer kat sini..sampai
bas nombor 54 datang... pak cik naik la.. bas tu akan bawak pak cik ke bando... "

"oooo bas nombor 54 ya.. ya..ya..tima kasih yer nak.. "..ujar pak pandir...
maka berlalulah polis tadi...

Pak pandir pun duduk la menunggu.. dan tunggu...

Polis yang sama kebetulan lalu semula disitu... Agak kehairanan dia ..bila
ternampak pak pandir tadi.masih ada disitu.. lalu menghampirinya...

"Errrrr Pak Cik.. pak cik tak pegi lagi ka" tanya nya..

Dengan selamba Pak Pandir menjawab... . "Nak pegi la nie.. "...

"... Eh... bas tu tak lalu lagi ker.. patutnyer dah lalu dah nie pak cik...
"kata polis tu lagi..

"Belum lagi nak.. baru bas nombor 45.. kejap lagi bas nombor 46.. tak lama lagi
sampai la yang nombor 54... . " jawab pak pandir...

Tuesday, December 14, 2010

Dunia Lawak : Kembar 7 atau 11?

Kembar 7 atau 11?


4 orang bakal ayah sedang menunggu di bilik menunggu di hospital sementara isteri masing-masing sedang berjuang untuk melahirkan anak. Kemudian keluar jururawat dan memberitahu kepada ayah pertama, "Tahniah, kamu sekarang telah menjadi ayah kepada kembar dua!". "Mungkin satu kebetulan" kata ayah pertama. " Saya bekerja di Menara Berkembar Petronas"

Kemudian keluar pula jururawat lain dan memberitahu kepada ayah kedua, "Tahniah! awak mendapat anak kembar tiga!" "Wooow!, mungkin satu kebetulan" jawab ayah kedua."Saya kerja di 3M Corporation" Keluar pula jururawat lain dan memberitahu ayah ke ketiga,"Congratulation! isteri you dapat kembar empat," "Alhamdulillah! Mungkin juga satu kebetulan". Saya kerja di Four Season Hotel!"

Pada masa ini ayah yang ke empat kelihatan amat tidak menentu dan gelisah. Kesemua ayah-ayah yang menunggu pun bertanya, "Kenapa risau sangat??" Jawab ayah keempat,"Saya bekerja di Seven-Eleven!"

Monday, December 13, 2010

Dunia Lawak : Menantu vs Mentua

Menantu vs Mentua


Samat baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, dia terpaksa menumpang di rumah bapa mertuanya. Malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. Samat ni kuat sangat makan. Bapa mertuanya selalu merungut. Beras 20kg, tak sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini. Sejak Samat duduk di rumahnya... cepat sangat barang-barang dapur habis. Samat betul-betul 'menghabiskan borehhh...'

Kebaikan Samat pula ialah, dia ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang. Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu... Waktu maghrib seronok depan tv tengok roda impian... lepas tu sambung tengok berita... lepas tu makan... lepas tu tidur.. esok bangun pukul 8... pergi kedai kopi... bersembang, sampai tengahari. Balik makan, kemudian tidur... petang pergi kedai kopi lagi... main dam, berborak mengalahkan orang politik.

Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah yang menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan. Tetapi dia terus mencari idea... macam mana nak kenakan si Samat ni.. Bengang betul dia... dah lah tak kerja... melantak kuat pulak tu...

Suatu hari dia dapat idea... nak kenakan Samat.. "Samat, mari kita main dam haji..." katanya kepada Samat... "Boleh juga..." kata Samat tanpa mengesyaki sesuatu.
Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh Samat... Dia hulur, Samat makan, hulur lagi... Samat makan lagi... hulur lagi makan lagi, dan lagi... dan lagi...
"Eh ko ni Samat... kuat betul makan laa... agak-agak laa..." katanya tersenyum..
"Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni... mentang-mentang aku kuat makan.." fikirnya dalam hati... tapi tak apa...

Mereka bermain set kedua... bapa mertuanya hulur... dia tak makan... hulur lagi, tak makan juga... kena tangkap... tak macam set pertama... dia dah bijak sikit...
Bila tak makan, mestilah kena tangkap...(sesiapa tak tahu main dam haji tentu tak faham cerita ini...) kemudian bapa mertuanya dapat melangkah hingga ke haji...

Apa lagi....
"Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke...?"
Merah padam muka bapa mertuanya... dia nak perli anak menantunya, tetapi dia yang terkena....

Selepas dari itu, Samat tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah jadi alim... tak tinggal sembahyang lagi... sekarang ni ada kat Mekah kerjakan umrah... Nak pergi haji belum sampai seru... katanya laa...

Moral cerita : Jangan malu nak menegur kesilapan orang lain, jika untuk kebaikan(photo from Google)

Sunday, December 12, 2010

Dunia Lawak : Lawak Kura-Kura


Lawak Kura-Kura
Crazy Turtle Cartoon Comic
Pada suatu hari, ada 3 ekor kekura (kura kura) nak gi
bekelah bersama sama.

Kekura pertama membawa makanan, Kekura kedua membawa
minuman,sedangkan kekura ketiga tidak membawa apa-apa pun selamber jek
lenggang perut. Didalam perjalanan tiba-tiba ujan pun turun dengan lebatnya
deras, sehingga mereka tak boleh meneruskan perjalanan.

Kemudian timbul perbualan di antara mereka.....

Kekura I : "Ermmm..... salah sekor dari kita mesti balik untuk amik payung.

Siapa yang nak pegi ni?" Kekura II dan I saling pandang memandang, dan sepakat
menuding Kekura III.

Kekura III : "Tak nak ahhh. Aku jalan lambat dan nanti aku nak sampai sini
lagilah terlambat. Sure nkorang akan bedal makanan ni semua."

Kekura I & II : "Taklah. Kita orang tunggu sampai engko datang."


Kekura III : "Betul? Kalau aku lambat 1 jam?"

Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "Kalau 3 jam ??"

Kekura I & II "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "Kalau 1 hari ?? "

Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "3 hari "

Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "1 minggu? "

Kura I & II : ""Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "2 minggu?"

Kekura I & II : ""Kita orang akan tetap tunggu!!!!!!! Enko pegi jek lah"

Dengan berat hati, akhirnya Kekura III pun berangkat. Kekura I & II menunggu
dengan setia. Sehari, dua hari dan seminggu telah berlalu. Kekura III tak jugak
balik balik. Setelah dua minggu berlalu, Kekura I & II sudah tidak dapat menahan
lapar.

Kekura I : "Aku dah tak tahan lapar ni . Kita makan,jek lah "

Kekura II : "Aku pun dah nak pengsan nih. Jom ahh kiter perabih makanan nih."

Tiba-tiba Kekura III muncul dari semak-semak dan berseru

"Hoii!!!!!!!!!!!!!!!
Nasib baik aku belom pegi lagi... kalau tak sure engkorang abiskan makanan ni
kan?!! kan?!!"

Friday, December 10, 2010

Dunia Lawak : Malu Giler


Malu Giler

Ada seorang lelaki, dapat untung dalam bisnes. Jadi dengan bangganya
di masuk ke pejabat baru. Almaklum lah.. dah jadi bos! Dia pun mulalah
berangan, konon-konon macam orang V.I.P. Tengah syok berangan,
tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Dia terus panik, dan ambil telefon.
Dia suruh orang tadi masuk.

Sebaik sahaja pintu dibuka, dia pun mula
la lakonan hebatnya. "Aa.. macam ni la Dato'. Ni ada orang datang, I
confirm dengan you lepas ni ye," Dengan muka yang penuh riak dia pun
berkata, "Maaf la ye, saya sibuk sikit. Nak kena selesaikan masalah
tu la, masalah ni. Appointment lagi. Jadi, encik ni, apa yang boleh
saya bantu?" Tetamu tadi menjawab dengan selamba, "Saya dari Telekom,
nak repair telefon encik yang rosak."

Wednesday, December 8, 2010

Dunia Lawak : Fatwa Baru?

Fatwa Baru?


Majlis Ugama Islam(MUI) jakarta mengeluarkan fatwa baru.Setelah diadakan rapat dan diskusi
diantarapara pemimpin MUI dan dewan pakarnya, memberikan fatwa pada
tanggal 3 oktober tahun 2003:

"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK
MENIKAH DENGAN GADIS SEKAMPUNG"

Fatwa MUI ini telah menimbulkan perdebatan yang sangat
sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak
yang menyatakan bahwa MUI telah gegabah mengambil
keputusan tersebut.
Untuk mencari tahu alasan MUI mengeluarkan fatwa
tersebut, maka wartawan republika mewancari sekretaris
umum MUI Prof.Dr. Din syamsudin

Inilah isi wawancara tersebut:

Wartawan: Pak syamsudin, bagaimana MUI bisa
mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis sekampung?

Prof.Dr.Din Syamsudin: Bagaimana enggak haram,
menikahi empat orang gadis aja berat, apalagi
satu kampung, kan itu banyak jumlahnya.....

Tuesday, December 7, 2010

Dunia Lawak : Lawak Teh

Lawak Teh



Pada suatu hari.. seorang lelaki pergi kesebuah restoran untuk minum petang...
Disebabkan wang yang dibawanya cuma 70 sen saja... dia cuba bertanya harga segelas
teh panas dan teh sejuk... lalu pelayan restoran menjawab..

"Teh Panas 70 Sen & Teh Sejuk RM 1.20"

Lelaki itu terus meminta teh panas dan apabila pelayan menghantar segelas teh panas
mendidih itu lelaki itu tanpa teragak-agak terus meneguk teh panas itu sampai habis
dengan lajunya....

Pelayan itu melihat dengan penuh kehairanan.. kerana teh panas mendidih itu boleh
habis dalam sekelip mata sahaja...

Lalu lelaki itu memberi wang 70 sen dan berkata
"Kalau lambat diminum... air ini jadi sejuk... kalau sejuk tak pasal2 saya kena
bayar RM 1.20.. lebih baik cepat-cepat diminum kerana wang yang aku ada cume 70
sen je!!

Monday, December 6, 2010

Dunia Lawak : Alahai Pengemis

Alahai Pengemis

http://www.toonpool.com/user/587/files/beggar_414605.jpg

Seorang mahasiswa sedang asyik berbicara dengan seorang pengemis tua di
depan kampus UITM.

Mahasiswa : Sudah lama mengemis di sini pakcik?
Pengemis : Ya... lebih kurang sudah 8 tahun , nak
Mahasiswa : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya
dapat berapa pakcik?
Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak ..
Mahasiswa : Banyak juga ya pakcik
Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga...
Mahasiswa : Ehhhh.....keluarga ada di mana?
Pengemis : Anak pakcik semuanya ada 3 orang, yang pertama
ada di Universiti Putra Malaysia di Selangor, yang kedua ada di
Universiti Utara Malaysia di Kedah dan yang ketiga di Universiti
Sains Malaysia di Penang...
Mahasiswa : Subhanallah, hebat-hebat keluarga pakcik
ni...boleh tahan juga yerrr.. Eh..Anak pakcik tu semuanya
masih kuliah?
Pengemis : tak arrrrrr....semuanya mengemis seperti pakcik....

photo from Google

Sunday, December 5, 2010

Dunia Lawak : Atan Satu Kaki

"ATAN SATU KAKI!!!"

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhVS6zNKgCI7_mCYshzK4pwL6EHozmBISyIIa9JOsp4ZiTAmaVoUbpCCkw48wPSOpkpsjY-UTr3AhqLUq-tyyByRthd85R5CRFa4kww_C4GV_YaxN5AXna6eCNmHgSVTHQJtnDoiepRKRU/s1600/fake+leg.jpg

"Tersebutlah satu kisah yang mana si atan atau di kenali lagi dengan nama
jolokan si rambo di kampung.

Atan : Mak, Atan ni dah lama membujang, teringin juga nak beristeri.

Mak : Besar hajatmu ni tan, siapakah anak gadis kampung ni yang kau berkenan tu
Atan.

Atan : Alaaa, si Ani sebelah rumah tu.

Keesokkan harinya...................................

mak Atan pun menyampaikanlah hajat anaknya si Atan, dan memberitahu kepada ibu
bapa si Ani.

Pada minggu berikutnya, si Atan dan si ani pun di tunangkan dahulu, kerana
memandangkan si atan ada operasi peperangan yang belum di selesaikannya lagi di
Vietnam.

Semenjak Atan berada di vietnam dia telah tercedera kerana terkena jerangkap
samar. Dengan itu atan telah kehilangan sebelah kakinya. Dalam hal yang
demikian atan telah bernekad yang dia akan merahsiakan perkara ini dari
kelurganya,lebih-le! bih lagi tunangnya si ani. Kerana atan takut yang dia akan
kehilangan ani buat selamanya. Dengan itu atan pun memasang kaki palsu untuk
menggantikan kakinya yang telah kudung itu.

Dua bulan selepas operasi itu tamat atan pun pulang kekampung untuk
melangsungkan perkahwinannya.

Pada hari isnin bersamaan 06 april 2001, Atan pun telah diijab qabulkan dengan
si ani orang yang disayanginya itu. Majlis itu sangat meriah sekali sehingga
atan terlupa akan rahsianya itu.

Malam pun bertandang, si atan kini hanya tinggal berdua di dalam bilik bersama
isterinya si ani.

Atan : Yaaang...nampaknya operasi kita dah nak mula ni, janganlah menjerit
sangat kalau kesakitan, takut nanti mak ani terdengar dekat sebelah bilik.

Ani : Baiklah bang.

Malam yang sunyi tu hanya kedengaran suara cengkerik yang bermain_main di
segenap rumah si atan. Pada masa itu terdengar satu suara orang mengerang
kesakitan, tetapi kesakitan yang nikm! at. Tiba-tiba terdengar satu jeritan yang
memecah kesunyian malam itu.

Ani menjeri "Maaaaaaaaak abang Atan satu kaki"

Ani mengulangnya beberapa kali, sehingga mak atan terjaga dan mendengar apa
yang ani katakan itu. Dalam mak Atan berada dalam keadaan terkejut dia terfikir
sejenak "panjang juga tu" lantas mak atan berkata dengan nada yang sangat kuat,
"baguslah tu ni, bapa kau tu dulu tiga inci saja".

Saturday, December 4, 2010

Dunia Lawak : Disebabkan Rumah

Disebabkan Rumah

how to draw a cartoon house

Seorang lelaki baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis bertengkar,
secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.

"Kenapa ?" lelaki itu bertanya.

Isterinya terhenti sebentar. Dia merenung lelaki itu lalu berkata,

"Kita sudahberkahwin lebih lima belas tahun. Dalam masa itu,rumah ini
tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya nak
tinggalkan rumah ini!"

Lelaki itu berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan
membawa keluar sebuah beg pakaian.

"Betul juga kata awak. Abang juga dah tak tahan dengan rumah ini. Abang nak
ikut awak keluar dari rumah ini!"

Friday, December 3, 2010

Dunia Lawak : Curang Terpaksa?

Dunia Lawak : Curang Terpaksa?


Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan
romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun.

Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang
nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah
dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria.

"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh,
abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di
benak abang ni dan abang selau bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang
pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?

Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata
dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi
hanya 3 kali sahaja selama ni"

"3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang
berniat utk memaafkan isterinya,"bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?"

Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "abang ingatkan
masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita
susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak di rampas oleh bank"

"ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami"

si isteri menyambung cerita, "abang pasti ingat yg pada satu petang tu maria
pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita,
malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan.."

"emmmm..sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria
kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si suami,
"kali ke 2 pulak?"

"abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak abang
tu, dan kita tak dapat buat apa apa sebab tak mampu biaya duit pembedahan?" si
isteri menyambung cerita

"ya, abang ingat" jawab si suami

"kalau macam tu, abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doktor pakar tu
dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa apa pun.."

"oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria
sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan
abang jugak..yang kali ke 3 macam mana pulak? ", kata si Tan Sri

si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah," abang, ingat tak
masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi
lagi...."

Tan Sri pingsan kat situ jugak dgn nyawa2 ikan...

Monday, November 29, 2010

Dunia Lawak : Ipoh


Suatu hari si ibu menghantar anaknya yang berusia 5 tahun untuk
menaiki bas express Kuala Lumpur-Kangar dan si ibu berpesan pada
si pemandu supaya memberitahu pada si anak jikalau sampai di Ipoh.
Namun si anak tu tadi asyik bertanya kepada si pemandu setiap minit
dan membuatkan si pemandu itu merasa bosan....katanya...

"Cik-cik kalau sampai Ipoh jangan lupa bagi tahu ya...." jawab si pemandu
"Ya, ya...pergi lah tidur dulu nanti achik kejutkan" Akhirnya si
anak tadi tu tertidurlah kerana keletihan..... Namun si pemandu itu
sudah terlajak hingga sampai ke Alor Setar dan sampai di sana barulah
dia teringat untuk mengejutkan si anak tadi.

Si pemandu itu merasa bersalah dan katanya pada penumpang-penumpang...."Encik-encik dan puan-puan saya rasa kita perlu berpatah balik ke Ipoh dan menghantar budak ni ke Ipoh semula" Semuanya merasa serba-salah dan si pemandu itu pun terpaksalah menghantar semula si anak ke Ipoh.

Sesampai di Ipoh si pemandu itu pun mengejutkan si anak....lalu si anak pun membuka
beg pakaiannya dan membuka bungkusan makanannya. Lalu si pemandu pun berkata... "Kenapa tak turun di Ipoh dan sampai ni?" Lalu si anak pun berkata...."Mama pesan sampai di Ipoh bukalah bungkusan ni" masing-masing terpinga-pinga dan ada juga yang ketawa walaupun dalam hati marah.....

photo from google

Saturday, November 27, 2010

Dunia Lawak : Lawak Ayam

Lawak Ayam



Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan kenduri untuk anaknya. Untuk itu dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak Romee.

Lelaki kaya: "Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok, ini alamat saya (seraya memberikan kadnya)." Pak Romee: "Baik tuan,saya akan suruh anak buah saya untuk menghantarkannya ke rumah tuan." Selepas itu, Pak Romee memanggil anak buahnya yang bernama Ehwan Afendi dan memberikan arahan...

Pak Romee: "Wan, tolong hantar 100 ekor ayam esok ke alamat ini (sambil memberikan kad lelaki kaya tadi)."

Ehwan : "hantar ayam? Beres Tuan !"

Esoknya dengan menunggang motor si Ehwan pergi menghantar 100 ekor ayam tersebut. 50 ekor diletakkan di sebelah kanan dan 50 ekor lagi diletakkan di sebelah kiri. Akan tetapi malangnya, di tengah perjalanan dia terjatuh dari motornya..., ayam-ayam yang dia bawa langsung terlepas dan lari bertempiaran. Orang ramai datang untuk mengetahui keadaan si Ehwan. Tetapi si Ehwan tidak apa2 malah ketawa terbahak-bahak. Seseorang diantara meraka datang bertanya, mungkin dia merasa khuatir kerana melihat si Ehwan ketawa ...

Orang yg bertanya : "Bang, abang tak apa-apa kan... ? Kepalanya tak
sakit kan?"

Ehwan : "Ha... ha... ha... !"

Orang yang bertanya : "Bang, kenapa bang ?"

Ehwan: "Ha... ha... ha..., dasar ayam-ayam bodoh, mereka nak lari ke mana? alamatnya kan ada pada aku... Hua.. ha.. ha..
ha....."