Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label lawak paling kelakar. Show all posts
Showing posts with label lawak paling kelakar. Show all posts

Saturday, January 1, 2011

Dunia Lawak : Motosikal Tok Batin

MOTOSIKAL TOK BATIN


Tersebutlah kisah, apabila seorang Tok Batin di Bukit Ibam telah membeli sebuah motosikal terpakai. Seperti biasa motorsikal terpakai tidak mempunyai mud-guard, side-mirror malah plate nombor.

Suatu hari Tok Batin ingin pergi ke Pekan. Dengan semangat yang berkobar-kobar Tok Batin mengunggang motor kapcainya melalui denai yang berbengkang-bengkok. Tiba di pertengahan jalan dia ditahan oleh seorang anak buahnya.

"Tok, tumpang ke Pekan?!"
" Boleh, naik di belakang" jawab Tok Batin sambil menunjuk ke belakang.

Sampai di suatu tempat , ada seorang anak buahnya lagi menahan Tok Batin.
"Tok, boleh tumpang? Kite nak ke Pekan ni.."
"Apa salahnye, naiklah di belakang" Tok Batin mengarah.

Tak lama selepas tu, motosikal pun sampailah ke jalan besar. Ada le kira-kira 5 kilometer lagi baru sampai ke Pekan. Tok Batin pun memecut motosikalnya dengan membawa dua orang anak buahnya itu di belakang.

Hembusan angin yang meniup tiga biji kepala tanpa topi keledar itu membuatkan perjalanan mereka sangat mengasyikkan. Tiba di kilometer 2, sekatan jalanraya sedang diadakan. Seorang polis trafik menghulur tangan menahan mereka.

Tok Batin dengan muka selamba memecut motosikalnya dengan bertambah laju melepasi sekatan tersebut. Melihat kesalahan yang dilakukan oleh Tok Batin, polis trafik terus mengejarnya dan dapat memintas. Tok Batin dengan serta merta membrek motosikalnya.

"Oii, ape ni! Nak bunuh kite ke?! Berhenti depan kite macam ni! Tengok belakang kite ade due orang anak buah kite. Kamu takpe la pakai topi keras, yang kite ni kepala togel, kalau jatuh tak ke kite mati?!" marah Tok Batin.

"Pak Cik, kenapa bila saya tahan Pak Cik tak berhenti tadi?" tanya polis trafik tu.
Lantas Tok Batin menjawab "Oi, tak ade otak ke? Tak nampak Belakang motor kite dah penuh dua orang, mane boleh tumpang lagi!!"

Thursday, December 9, 2010

Dunia Lawak : Lawak 18sx

Lawak 18sx

Orang terlalu ramai dalam bas mini. Naiklah seorang wanita muda yang sedang
mengandung. Lalu dengan sopan dia berkata kepada seorang lelaki yang sedang
duduk di sebuah kerusi. "Encik, bolehkan bagi saya d uduk? Saya berdiri tak
apa, tetapi budak di dalam ni..". Lelaki tu pun memberikan tempat duduknya
kepada wanita tersebut.

Kemudian lelaki itu pun mengeluar rokok lalu menghisap
rokok, lalu wanita itu berkata, "Encik, b oleh ke encik berhenti merokok. Saya
tak apa, tapi budak di dalam ni..". Lelaki itu pun dgn tersipu2 membuang putung
rokok tersebut. Tetapi di dalam hati membara, geram betul pada wanita itu. Dah
lah aku terpaksa beri tempa t duduk aku, ni dia boleh tegur aku yang sedang
merokok.

Macam mana aku nak pekena dia pula? Tiba2 angin bertiup, dan
terselaklah kain wanita itu, dan nampaklah pahanya yang putih melepak, maka dgn
spotan lelaki itu be rkata "Cik puan, boleh tak cik puan tutup kain cik puan.
Saya tak apa, tetapi budak di dalam (seluar) ni tak boleh ...."

Wednesday, December 8, 2010

Dunia Lawak : Fatwa Baru?

Fatwa Baru?


Majlis Ugama Islam(MUI) jakarta mengeluarkan fatwa baru.Setelah diadakan rapat dan diskusi
diantarapara pemimpin MUI dan dewan pakarnya, memberikan fatwa pada
tanggal 3 oktober tahun 2003:

"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK
MENIKAH DENGAN GADIS SEKAMPUNG"

Fatwa MUI ini telah menimbulkan perdebatan yang sangat
sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak
yang menyatakan bahwa MUI telah gegabah mengambil
keputusan tersebut.
Untuk mencari tahu alasan MUI mengeluarkan fatwa
tersebut, maka wartawan republika mewancari sekretaris
umum MUI Prof.Dr. Din syamsudin

Inilah isi wawancara tersebut:

Wartawan: Pak syamsudin, bagaimana MUI bisa
mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis sekampung?

Prof.Dr.Din Syamsudin: Bagaimana enggak haram,
menikahi empat orang gadis aja berat, apalagi
satu kampung, kan itu banyak jumlahnya.....

Tuesday, December 7, 2010

Dunia Lawak : Lawak Teh

Lawak Teh



Pada suatu hari.. seorang lelaki pergi kesebuah restoran untuk minum petang...
Disebabkan wang yang dibawanya cuma 70 sen saja... dia cuba bertanya harga segelas
teh panas dan teh sejuk... lalu pelayan restoran menjawab..

"Teh Panas 70 Sen & Teh Sejuk RM 1.20"

Lelaki itu terus meminta teh panas dan apabila pelayan menghantar segelas teh panas
mendidih itu lelaki itu tanpa teragak-agak terus meneguk teh panas itu sampai habis
dengan lajunya....

Pelayan itu melihat dengan penuh kehairanan.. kerana teh panas mendidih itu boleh
habis dalam sekelip mata sahaja...

Lalu lelaki itu memberi wang 70 sen dan berkata
"Kalau lambat diminum... air ini jadi sejuk... kalau sejuk tak pasal2 saya kena
bayar RM 1.20.. lebih baik cepat-cepat diminum kerana wang yang aku ada cume 70
sen je!!

Monday, November 29, 2010

Dunia Lawak : Ipoh


Suatu hari si ibu menghantar anaknya yang berusia 5 tahun untuk
menaiki bas express Kuala Lumpur-Kangar dan si ibu berpesan pada
si pemandu supaya memberitahu pada si anak jikalau sampai di Ipoh.
Namun si anak tu tadi asyik bertanya kepada si pemandu setiap minit
dan membuatkan si pemandu itu merasa bosan....katanya...

"Cik-cik kalau sampai Ipoh jangan lupa bagi tahu ya...." jawab si pemandu
"Ya, ya...pergi lah tidur dulu nanti achik kejutkan" Akhirnya si
anak tadi tu tertidurlah kerana keletihan..... Namun si pemandu itu
sudah terlajak hingga sampai ke Alor Setar dan sampai di sana barulah
dia teringat untuk mengejutkan si anak tadi.

Si pemandu itu merasa bersalah dan katanya pada penumpang-penumpang...."Encik-encik dan puan-puan saya rasa kita perlu berpatah balik ke Ipoh dan menghantar budak ni ke Ipoh semula" Semuanya merasa serba-salah dan si pemandu itu pun terpaksalah menghantar semula si anak ke Ipoh.

Sesampai di Ipoh si pemandu itu pun mengejutkan si anak....lalu si anak pun membuka
beg pakaiannya dan membuka bungkusan makanannya. Lalu si pemandu pun berkata... "Kenapa tak turun di Ipoh dan sampai ni?" Lalu si anak pun berkata...."Mama pesan sampai di Ipoh bukalah bungkusan ni" masing-masing terpinga-pinga dan ada juga yang ketawa walaupun dalam hati marah.....

photo from google

Saturday, November 27, 2010

Dunia Lawak : Lawak Ayam

Lawak Ayam



Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan kenduri untuk anaknya. Untuk itu dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak Romee.

Lelaki kaya: "Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok, ini alamat saya (seraya memberikan kadnya)." Pak Romee: "Baik tuan,saya akan suruh anak buah saya untuk menghantarkannya ke rumah tuan." Selepas itu, Pak Romee memanggil anak buahnya yang bernama Ehwan Afendi dan memberikan arahan...

Pak Romee: "Wan, tolong hantar 100 ekor ayam esok ke alamat ini (sambil memberikan kad lelaki kaya tadi)."

Ehwan : "hantar ayam? Beres Tuan !"

Esoknya dengan menunggang motor si Ehwan pergi menghantar 100 ekor ayam tersebut. 50 ekor diletakkan di sebelah kanan dan 50 ekor lagi diletakkan di sebelah kiri. Akan tetapi malangnya, di tengah perjalanan dia terjatuh dari motornya..., ayam-ayam yang dia bawa langsung terlepas dan lari bertempiaran. Orang ramai datang untuk mengetahui keadaan si Ehwan. Tetapi si Ehwan tidak apa2 malah ketawa terbahak-bahak. Seseorang diantara meraka datang bertanya, mungkin dia merasa khuatir kerana melihat si Ehwan ketawa ...

Orang yg bertanya : "Bang, abang tak apa-apa kan... ? Kepalanya tak
sakit kan?"

Ehwan : "Ha... ha... ha... !"

Orang yang bertanya : "Bang, kenapa bang ?"

Ehwan: "Ha... ha... ha..., dasar ayam-ayam bodoh, mereka nak lari ke mana? alamatnya kan ada pada aku... Hua.. ha.. ha..
ha....."