Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label dunia tips dan tricks. Show all posts
Showing posts with label dunia tips dan tricks. Show all posts

Thursday, January 13, 2011

Dunia Tips dan Tricks : Tips Bersahabat

1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda
mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.

2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain,orang lain akan menghormati anda juga.

3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai
sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.

4) Hargai pendapat satu sama lain.

5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam.Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.

6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda.Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.

7) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan
persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan ... dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.

8) Belajar daripada satu sama lain.

9) Jangan mengata di belakang kawan anda.

10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.

Wednesday, January 5, 2011

Dunia Tips dan Tricks : Cara Login Facebook Dalam Satu Browsers Dengan Dua Akaun Serentak


Apakah anda pernah terfikir bagaimana cara membuka dua account facebook secara bersamaan dalam satu browser? Setelah anda membaca artikel ini anda tidak perlu khuatir lagi kerana masalah anda akan diselesaikan dengan mudahnya. Saya sudah pernah mencuba dan hal ini insyallah akan berhasil. Mungkin hal ini tidak akan menjadi sesuatu yang sukar ketika anda mempunyai dua browser web sekaligus di komputer anda. Tetapi beza halnya ketika anda hanya mempunyai satu browser.

Untuk melakukannya anda haruslah melakukan ini:
Buka www.kproky.com (website ini adalah salah satu website yang memberikan kita proxy percuma online)
Setelah selesai, isi kolum link URL yang tersedia dengan url facebook.com (www.facebook.com)
Klik “surf”
“Selamat datang di facebook”
Silahkan log in dengan account anda yang berbeza.

credit bagalak.blogspot

Sunday, December 26, 2010

Dunia Tips dan Tricks : 50 Cara Utk Menghapuskan Teman On-Line

50 Cara Utk Menghapuskan Teman On-Line


Kadang-kala kita seronok berkawan dengan teman on-line sehingga menimbulkan kemesraan dan persahabatan maya yang begitu unik. Apatah lagi jika dia berlainan jantina. Ada yg berlanjutan begitu lama sehingga sehari tak online pun dah rasa rindu. Tak nafikan, persahabatan maya dirasakan begitu selamat kerana kita hanya bersua di alam siber tanpa bersua muka. Identiti sebenar kita juga tidak akan diketahui teman kita kecuali kita memberitahu. Itu pun ada yg masih nak menipu dan mereka cerita.

Namun ada yg jujur dan ikhlas utk berkawan dgn kita dan kita pun tak keberatan utk menerimanya sebagai teman on-line. Teman on-line ini menjadi tempat kita bertukar pendapat, berkongsi rahsia, pengalaman dan maklumat serta adakalanya sebagai tempat kita mengadu masalah dari hal kerja hingga ke hal peribadi. Kita berchit-chat berjam-jam lamanya dengannya, bergurau-senda, berbalas gambar dan berbalas e-mail.

Tidak mustahil hubungan maya yg dianggap persahabatan biasa oleh kita dianggap lain olehnya. Dia mula menganggap kita teman istimewanya dan berimpian utk menjadikan kita kekasih sebenarnya di alam realiti. Tapi kita tidak bersedia utk menerimanya sebagai kekasih, malah mungkin tak terfikir langsung ke arah itu. Selama ini kita melayannya kerana menganggap persahabatan ini hanya setakat keyboard dan monitor saja. Lagipun kita seronok berkongsi pendapat dengannya dan mempunyai teman siber... itu saja.

Tapi bila dia mula bercakap soal2 cinta dan bahasa pun dah lain macam, sudah tentu kita rasa tak selesa. Apatah lagi jika kita dah berpunya atau dah berkahwin. Atau dia yg dah berkahwin dan punya anak! Lagi teruk jika dia memang tak sesuai utk menjadi kekasih kita atas pelbagai sebab. Bila dia mula meluahkan perasaan, lagilah kita pening! Dia asyik melayangkan e-mails yg merayu-rayu dan cuba pelbagai cara utk menagih simpati atau cinta kita. Bila kita masuk chit-chat, nickname dia pasti terpacul di mesej box kita.

Kita mula mencari jalan utk menjauhinya. Ada pula yg baru kita kenal di Facebook, atau tempat lepak siber yg lain, dah mula mengajak bermain cinta. Semua ini tak masuk akal! Di sini di ajarkan 50 cara utk menghapuskan teman on-line yg ingin kita jauhi tersebut. Ia adalah berdasarkan pengalaman-pengalaman on-line sebenar yg pernah dilalui oleh kebanyakan orang. Ingat.. Mr Delete Key adalah sentiasa menjadi teman baik wanita.. begitu juga Mr Block Sender dan Mr Filter !

50 cara tersebut:

1. Jangan respon.

2. Jadi seorang yg menyakitkan hati sehingga dia hilang minat terhadap kita.

3. Buat-buat macam tak berminat sehingga dia bosan dan menjauhi diri.

4. Katakan anda memang tak berminat secara jujur dan diplomasi secepat yg mungkin.

5. Tunjukkan sesuatu yg spesifik pada dirinya yg tak sesuai dengan kita. Contohnya, "Saya tak keluar dengan org yg dah ada anak" , "Saya tak selesa berhubungan dengan duda" atau "Saya tak percaya pada hubungan jarak jauh!"

6. Beritahu perkara sebenar.

7. "Let’s just be friends."

8. "Terima kasih atas mesej awak. But, I am not available at present. Hope you find your real mate soon."

9. "Saya dah berkawan dengan ramai orang.. jadi terima kasih sajalah.."

10. "Saya betul-betul tak berminat, terima kasih."

11. "Awak tak memenuhi citarasa saya."

12. "Maaf.. saya masih tak boleh lupakan kekasih lama saya. Jadi, saya tak bersedia utk memulakan hubungan baru."

13. "Saya tak yakin awak boleh memenuhi semua kehendak saya."

14. "Saya sebenarnya tak begitu berminat dengan hal2 cinta.. but it was nice to meet you."

15. "Saya suka bertemu awak di Internet. Tapi saya rasa kita tak ada hubungan yg istimewa. Semoga awak bertemu dengan teman lain yg boleh awak menjalin hubungan.

16. "Seronok berjumpa awak.. tapi saya hanya menganggap awak teman on-line biasa. Semoga awak berjaya mencari teman di Internet"

17. "Maaf, saya begitu sibuk sejak kebelakangan ini.."

18. "Saya yakin awak seorang yg baik. Tetapi saya tak rasa kita akan bertemu secara bersemuka di realiti"

19. Puji niat baik mereka tetapi kemudian jelaskan " Saya sudah ada menjalin hubungan dgn seseorang yg saya kenal sebelum awak... jadi maaf ya!"

20. "Terima kasih kerana minat awak tu, saya suka dengan puji-pujian awak. tapi, saya tak berminat dgn sesiapa pun pada waktu ini. Saya ucapkan Good Luck pada awak utk mencari teman lain yg sesuai"

21. "Terima kasih kerana menulis kepada saya. Tetapi sekarang saya berdating dgn beberapa orang dan tak ada masa utk seorang lagi."

22. "Perbezaan budaya dan cara pemikiran menghalang kita. Terima kasih."

23. "Saya dah berjumpa orang lain."

24. "Saya bukan perempuan normal"

25. "Awak tak sesuai dengan saya. Saya mempunyai citarasa yg tinggi."

26. "Saya akan ke luar daerah utk jangka waktu yg lama"

27. "Terima kasih.. tapi saya sudah berhenti mencari cinta di Internet."

28. "Saya dah kahwin."

29. "Awak tinggal di London saya tinggal di Malaysia.. Hubungan ini tak akan menjadi!"

30. "Saya tak berminat utk menjalin hubungan serius. Perlahan-lahan laa dan tengok apa yg akan berlaku."

31. "Saya mencari seseorang yg lebih tua"

32. "Saya mencari seseorang yg lebih muda."

33. "Terima kasih tapi terima kasih sajalah.... Good luck."

34. Utk tidak mengecilkan hati mereka, cakaplah sesuatu pada diri anda yg pasti mereka tak akan suka seperti "Saya ni pemalas dan tak pandai memasak. Kat rumah semua mak buat." Pasti mereka pula menarik diri!

35. Hantar mereka gambar monyet!

36. Blok nama mereka dalam program instant messenger anda atau e-mail anda!

37. Tukar nama nick anda semasa on-line di chat room.

38. Hilangkan diri anda buat sementara atau terus hilang begitu saja!

39. Menolak pelawaan mereka utk bertemu dgn baik.

40. Bila dia ajak chat.. dc saja! Atau klik off pada ICQ atau instant messenger.

41. Beritahu mereka komputer anda asyik meragam. Jadi, tak boleh nak chat!

42. " Oh.. saya tak sangka awak menaruh minat pada saya.. tapi saya mencari seseorang yg sedikit berbeza.."

43. "Maaf... saya rasa kita tak secocok.. Good luck on your journey!"

44. Bila dia mula cakap merapu.. soal cinta.. perasaan dan sebagainya.. buat tak layan saja! Cakap topik lain.

45. "I’m sorry, you seem like a really nice person, but I’m not interested."

46. "Maaf.. hubungan kita pasti tak akan menjadi.. Saya ada firasat yg kuat. Saya beritahu awal2 kerana tak mahu awak terus mengharap.. Carilah orang lain.

47. "Tak berminat.. terima kasih. Harap awak tak tanya lagi!

48. "Tak! Jika awak berdegil, saya akan komplen pada Sys Admin."

49. "Maaf, saya ni sebenarnya lelaki!!

50. "Saya pendek, hitam, gemuk dan hodoh!"

Kaedah ini hanyalah sebagai pembacaan sahaja. Ambil mana yg baik dan buang mana yg buruk. Pasti anda punya cara tersendiri utk menolak cinta di Internet!

credit :- Ratuku eiFFa -

Dunia Tips dan Tricks : Tips Menjaga Kecantikan Diri

Boleh juga dijadikan petua untuk laki-laki (tak
nak diskriminasi )


Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty)

Dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari.

Menjaga suara

Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti 'tolong' serta 'minta maaf'. Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.

Menjaga kulit.
Kebersihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.

Menjaga muka.

Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.

Menjaga rambut.

Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.

Menjaga cara berberjalan.

Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu
membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit. Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.
Menjaga senyum.

Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.

Menjaga mata.

Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.

Menjaga kehormatan.

Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin.

Menjaga sikap.

Taat beragama. Jangan bohong. Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain

Sunday, October 10, 2010

Dunia Tips dan Tricks : Cara Login Yahoo Messenger Dengan Dua Akaun Serentak

Salam 10/10/10 guys..agak menarik tarikh harini, ramai juga yang melangsungkan perkahwinan pada tarikh ni, hantaran pun kalau boleh nak sama dengan tarikh..neway, sapa2 yang melangsungkan perkahwinan pada tarikh ni diucapkan semoga berbahagia sehingga ke anak cucu..tapi macam biasa, hidup aku still tiada perubahan apa2,terasa kosong je seminggu ni, tapi apa nak buat, life must go on..MyEm0.Comon9 24 hours je la keje aku,huhu.. neway, waktu tengah surf2 internet, aku ada terjumpa satu tricks yang menarik, korang mesti biasa guna Yahoo Messenger, and biasanya korang mesti ada lebih daripada satu email akaun, sepertimana yang kita tahu, kita hanya boleh login dengan hanya menggunakan satu akaun sahaja pada satu2 masa, biasanya kalau kita login balik dengan akaun yang lain, automatik akaun yang kita login mula2 akan log out.. by the way kita sebenarnya boleh login Yahoo Messenger dengan menggunakan dua akaun serentak pada masa yang sama.. MyEm0.Commean waktu tu korang tengah online Yahoo Messenger kat laptop korang guna akaun korang, pada masa yang sama juga korang boleh login Yahoo Messenger guna akaun yang berlainan..

Jom try buat step by step :

1. Clik start kat komputer
2. Clik Run
3. Taip regedit




4. Clik ok
5. Bila keluar window registry editor, cari HKEY_CURRENT_USER

6. Clik
HKEY_CURRENT_USER Software Yahoo ⇒ Pager Test.
7. Right clik pada folder
Test ⇒ New ⇒ DWORD Value


8.
Rename the New Value #1 jadikan ia : Plural
9. Pastu right clik pada Plural Modify



10. Tukar Value Data jadi 1, Base pilih decimal. Click OK



11. Tutup window registry editor
12. Siap..Kalau korang ikut step, confirm jadi..ni screenshot daripada laptop aku sendiri..


Sumber: Google

p/s: step ni hanya untuk pengguna window xp,window lain aku tak tahu,kalau jadi pape korang tanggung la sendiri..selamat mencuba..MyEm0.Com

Thursday, October 7, 2010

Dunia Tips dan Tricks : Customize Search Engine Carian Anda Sendiri

Hari ni nak share dengan korang semua mengenai cara2 nak customize kita nye google homepage, kita boleh tukar homepage google tu dengan kita nya citarasa sendiri, baru la ada feel bila nak surf internet..hehe....MyEm0.ComAku rasa ramai je yang dah tahu cara nak buat mende ni, aku je yang terlambat beberapa langkah kebelakang..hehe..And kita boleh juga tukar nama Google tu dengan nama kita sendiri..

Aku pun baru tahu pasal mende ni after aku guna laptop akak aku..Terkejut sebentar aku MyEm0.Combila tengok nama Google tu dah jadi nama dia, siap dengan layout pun tukar gak..Aku ingatkan Google kene hack ke(dats one is impossible la kot), rupa2nya bila aku tanya dia, dia cakap just guna Shinny Search je, takdala susah pun, even budak tadika pun boleh buat, tak sampai 5 minit dah siap..Kecuali la kalau internet pun korang tak tahu apa mende tu..tu mahu bertahun nak nak kena ajar..hehe..

First step yang korang perlu buat adalah klik website ni Shinny Search,


Bila korang semua dah masuk website tu, korang just perlu "clik to select layer style" untuk korang pilih sendiri design yang korang berminat and taip nama korang or nama papepun yang korang berkenan(korang punya laptop sendiri sukati korang la tulis papepun)

So bila korang dah pilih style and nama, automatik korang nye Google homepage akan berubah, macam aku nye kat gambar bawah ni,aku pilih style iPhone..So kalau korang semua dah berminat dengan style yang korang pilih, just clik "Set as homepage", then dia akan tunjuk cara2 nak set as homepage..Seminit dah boleh siap..


Bukan saja style korang yang akan berubah, kalau korang tengok gambar bawah ni, kat petak merah tu, korang akan perasan yang ada beberapa link shortcut seperti Yahoo Mail, Facebook, Youtube, News and lain2 yang diletakkan sekali, so senang korang nak shortcut link2 yang korang biasa surf..Mudah kan, so korang boleh la tryMyEm0.Com


Klik sini untuk customize search engine
Shinny Search

Tuesday, October 5, 2010

Dunia Tips dan Tricks : Cara Mudah Untuk Browser Web(Mozilla)





Salam semua, hari ni aku nak kongsi sikit dengan korang semua cara yang paling mudah untuk browser website dengan menggunakan add on FastestFox yang boleh dipasang pada Mozilla Firefox..Aku pun secara kebetulan terpasang add on ni..Apa yang menariknya, bila korang semua dah pasang add on ni, korang akan mendapati yang ianya akan memudahkan korang semua untuk buka dari satu page ke page yang lain..Cuba korang lihat gambar dibawah ni..Perhatikan pada anak tanda..



Bila korang scroll korang nye mouse ke bawah, automatik browser korang akan loading page untuk ke page yang berikutnya dalam masa yang begitu singkat..


So korang tak perlula nak 'open link in new tab' dimana korang masih boleh melihat kembali page2 yang telah korang lihat sebelumnya dengan hanya scroll mouse keatas and kebawah..Takdla korang berserabut dengan tab yang banyak2 nanti..Perhatikan pada gambar dibawah, pada bulatan merah menunjukkan bilangan page yang telah korang buka..



FastestFox ini juga membolehkan korang mendownload kesemua gambar2 dan link2 yang terdapat dalam website tersebut..Korang semua hanya perlu 'Right Clik' seperti dalam gambar dibawah..


So bagi aku, kerja aku and masa aku telah dapat dijimatkan dengan begitu banyak sekali setelah menggunakan add on ini..Sangat memudahkan and korang pun tak perlu nak berserabut dengan tab2 yang banyak nanti..

Klik sini untuk download FastestFox
(Download)

Saturday, June 19, 2010

Dunia Tips dan Tricks: Check Serial No Hp Anda

Rasenye rmi yg dh tau kot psl info ni,tp just nak share dgn anda sume,MyEm0.Com

> Adakah handphone anda sebelum ini selalu rosak? Ataupun sejak beli drpd 5 tahun lalu masih lagi berfungsi dgn baik??

> Sekarang, mari kita semak kualiti handphone masing2 agar sesuatu tindakan dpt diambil dgn segera...

> Langkah 1
> Sila taip *#06# pd kekunci handphone anda utk melihat Serial Number.

> Langkah 2
> Sila semak nombor apakah yg berada pada Serial Number yg bilangan ke tujuh dan lapan (XXXXXX??XXXXXX....)

> Langkah 3
> Berdasarkan perincian di bawah, sila semak dgn nombor yg ke tujuh dan ke lapan pd Serial Number handphone anda td.

> Perincian 1
> Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 02 atau 20, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Emirates & kualiti sgt teruk.MyEm0.Com

> Perincian 2
> Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 08 atau 80, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Germany & kualiti biasa.MyEm0.Com

> Perincian 3
> Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 01 atau 10, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Finland & kualiti agak baik.MyEm0.Com

> Perincian 4
> Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 00, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di negara pengeluar handphone tersebut & kualiti sangat baik.MyEm0.Com

> Perincian 5
> Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 13, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Azerbaijan & kualiti paling teruk.MyEm0.Com


Berdsrkn hsil kjian n slidikn dgn mmber2,trbkti info ni 80% bleh pki,papepun,selamat mencubaMyEm0.Com