Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label dunia aku. Show all posts
Showing posts with label dunia aku. Show all posts

Wednesday, December 8, 2010

Dunia Aku : Most Popular Entry In 24 Hours

Most Popular Entry In 24 Hours

Salah satu entry Dunia telah tersenarai di Malaysian Blogger Community sebagai salah satu Most Popular Entry In 24 Hours

Klik sini Untuk baca entry tersebut..
Klik gambar untuk lebih jelas..


p/s: tujuan blog diwujudkan hanya sekadar untuk menambah info kepada para pembaca

Friday, November 12, 2010

Dunia Aku : Taktik Terbaru Penipuan Sms Yang Agak Bangang

Biasanya kita selalu dengar taktik penipuan sms yang agak2 profesional seperti dapat baucar wang dari Petronas, Shell, Celcom dan lain2 lagi..aku kadang2 rasa macam betul je menang, tapi aku masih waras untuk berfikir secara logik, sebab bagi aku, menda tu semua takkan datang bergolek tanpa usaha..tapi yela nama pun manusia, bila dengar je pasal duit, mata pun jadi gelap, nak2 kalau beribu2..hehe..kat bawah ni antara contoh2 sms yang pernah aku terima..

" Tahniah, simcard anda telah memenangi baucar RM50000 dari Petronas, sila hubungi no XXXXXXXXXX untuk tuntutan hadiah".

Aku pun pernah juga dapat sms macam yang kat bawah ni,

“”TAHNIAH” Simcard Anda Berjaya memenangi RM30.000 dari “COCA-COLA” Nampak di TV3 semalam pkl.11.30 No.PIN :012547 Sila_hub Office: 017-8906857 Terima Kasih.”

Pernah sorang member aku dapat panggilan kononnya simcard dia memenangi cabutan bertuah tempat ketiga untuk caller ringtone dari Celcom sebanyak RM5000, and perlu datang ke pejabat 'Celcom' di K.L untuk tuntutan hadiah..padahal member aku ni seumur hidup tak pernah pula buat caller ringtone..nak topup RM5 seminggu pun kadang2 sen takde, inikan pula nak buat caller ringtone..

Teruja juga member aku sebenarnya, sebab dari gaya percakapan wakil 'Celcom' tu nampak teratur dan perfect..hampir2 juga dia terpedaya, waktu itulah aku sebagai seorang member yang prihatin lagi bijaksana memainkan peranan yang agak2 penting, aku telefon sendiri Celcom and tanya betul ke semua ni, sudah terang lagi bersuluh, pihak Celcom menafikan sekeras2nya yang diorang ada buat contest sebegitu.

And after beberapa minit, wakil 'Celcom' tersebut call member aku beriya2 suruh member aku tuntut hadiah, dengan lagak coolnya member aku menjawab

"Takpela, bagi je la hadiah tu kat orang lain, duit saya dah berkepuk2 dalam wallet ni, tu belum lagi dalam bank,setakat RM5000 tu saya tak heran pun..",

aku dah tak boleh tahan dah, gelak sakan aku..mana taknye, jangan kata berkepuk2, entah2 sehelai wang pun takde dalam wallet tu..MyEm0.Com

Ok,back to the title, pagi tadi aku dapat sms yang aku rasa penipuan yang agak2 bangang,

ini ayah lagi meminjam hp kawan, sila beli keredit RM20 ke No baru ayah 0178907102, ayah lg ada masalah di pejabat polis, jgn dulu talipon nanti ayah yg talipon.cepat from +6285213762134

mana tak bangangya, dah terang2 bapak aku ada je kat rumah, pastu aku panggil bapak aku 'abah', ..and lagi satu, sms yag dihantar kat no maxis aku ni, aku sorang je tau no maxis aku sebab tak sampai sebulan aku pakai no maxis ni..mungkin korang akan pikir yang diorang ni tersalah hantar ke apa, tapi tadi aku search2 kat google jumpa pula sms sebiji camni tapi version Indon nye..

So aku rasa sekarang ni pun dah jarang kita dengar penipuan2 sms ni, lagipun rata2 orang sekarang dah boleh berfikir secara rasional and waras..ok, so aku pun dah ngantuk giler2, sekarang ni aku pergi gym malam2, exercise skit..hehe..pesanan aku korang semua berhati2 la dengan sms2 camni..selamat beramal dan renungkan..

p/s : harap2 tidur malam ni boleh mimpi Gadis Comel

Friday, November 5, 2010

Dunia Aku : Video Game Dulu Dan Sekarang

Dengar2 cite harga ps3 dah nak turun, teringin juga aku nak rembat ps3 ni, tapi bila difikir2kan poket yang sentiasa nipis, baik aku tangguhkan hasrat aku 3 4 tahun lagi,hahaha..lagipun bukannya pe, aku kalau beli pun aku takkan main game lain, except Pro Evolution Soccer(PES)..Itu je game yang akan aku main, dulu, kini dan selamanya..korang cakap la game apa2pun yang best, PES tetap dihatiku, lagipun aku sebenarnya tak reti nak main2 game yang complicated ni, macam game Metal Gear Solid, Call Of Duty, tu semua game2 yang ada mission and nak kena berfikir sikit kalau nak main(otak aku ni berfikir time study je)MyEm0.Com..Pastu, nak kena ambil masa yang lama pula tu nak complete semua mission, baik aku main PES je, tak payah pening2 kepala, main satu game, pastu dah boleh tau sapa menang kalah..sebut pasal PES ni kira aku tergolong dalam golongan expert la gak, dah hari2 menghadap PES, takkan tak expert kot, budak tadika pun kalau hari2 korang ajar subjek Add Math silap2 diorang lagi pandai(Add Math subjek killer aku)..So sape2 otai2 PES sana nak ajk aku main PES boleh la deal time, aku 24 hours on je..MyEm0.Com



Boleh kata 90% games PS aku games Winning Eleven and Pes ..

Bila bercerita balik pasal game ni teringat aku waktu kecik2 dulu, time tadika waktu tu, time tu game tape la yang paling feymes, korang semua sure pernah dengar game Contra, Mario, Load Runner and Donkey Kong semua tu, kalau tak pernah dengar, korang tanya mak bapak korang, silap2 diorang pun tahu game tu..Waktu tu sapa2 ada game tape dah kira dalam golongan kaya la gak, aku pun tak sure berapa harga game tape time zaman aku dulu, tapi mau makan dua ke tiga ratus gak..time tu jiran sebelah rumah aku dah ada game tape, tapi bukannya untuk anak dia, dia sendiri yang main, anak dia baby lagi, aku ni tinggal kat rumah teres je, so kalau dia tengah main game, boleh la dengar bunyi game, aku kalau dengar je bunyi game, terus dengan muka aku yang kurang rasa malu ni mengintai ikut tingkap rumah dia..


Nampak la sikit2 dari celah2 tingkap tu, kadang2 aku fikir2, jiran aku ni tak perasan ke yang aku tengah mengintai dia main game, bukannye apa, kot ye pun jemput la aku masuk join main sekali, takpun setakat pekena biskut kosong cecah teh pun jadi la, tak kasi main pun takpe, bagi tengok pun aku dah suka..tapi aku rasa dia buat tak tahu je, bak kata orang, kura2 dalam perahu,pura2 tak tahu..kedekut punya jiranMyEm0.Com

(photo from Google)

Satu hari tu tengah asyik aku skodeng jiran aku main game, bapak aku panggil aku, dia ajak aku teman dia ikut pergi beli barang, tanpa banyak membantah follow je la, anak mithali katakan..Aku sebenarnya tengah flashback balik ni situasi waktu tu, mana taknya, time tu aku baru tadika, nak kena refresh banyak kali ni..Ok,ingat dah, sambung balik, tup2 bapak aku bawa aku pergi kedai game, aku ingat lagi nama kedai tu, Micro Genius, sekarang dah jadi kedai handset dah..

Teruja giler waktu tu tengok banyak giler games2 dalam tu, budak kecik, nampak2 mende2 camtu confirm la melompat2 suka..Nak dijadikan cerita, bapak aku belikan aku satu console game tape brand Micro Genius, ada dua joystick and satu tape game, happy giler aku time tu, selama ni duk skodeng jiran main je, sekarang dah boleh skodeng diri sendiri pula main..satu tape game tu ada 10 game dalam tu, macam2 game aku main,


(Photo from Google)
Penat aku google camne rupa sebenar video game yang bapak aku belikan tu, and tak salah lagi memang sebiji pic atas ni, warna je yang lain, akunye warna hitam..

Tapi yang tak bestnya game tape ni, tape game dia mahal, kadang2 ada satu game je dalam tu, harga mau cecah RM30-RM50..aku pernah beli satu tape game ni, tak silap aku ada 5 jenis game dalam tu, cecah dekat RM70 gak, time tu beli pakai duit raya..time ada game tape ni, memang seronok giler la, balik je tadika terus main, kadang2 ajak member main sekali, sampai mak aku pun bising pasal ramai sangat budak datang rumah..

(photo from Google)
Game contra ni memang aku minat habis, game perang2, ada banyak stage, kat salji, kat hutan, pastu boleh menyorok2 dalam air, lompat2, memang best giler la..dah banyak kali tamat pun still main balik, and yang bestnya, orang lain main ada sikit je nyawa, aku main nyawa tak abis2, tapi dah lupa trick nyawa tu..hehe..

(photo from Google)
Game paling faymous sekali time tu, Super Mario, tapi yang tak bestnya, selama hampir 25 tahun game ni wujud kat muka bumi, tak pernah aku tamat, banyak sangat stage, so ada sapa2 boleh bagitau aku ending dia camne tak??

(photo from Google)
Game load runner, misi utama game ni nak kena lari daripada penjahat, pasir tu boleh amik buat lubang, tapi nak kena orang jahat tu ada dekat2 baru diorang terperangkap dalam lubang tu nanti,kalau wat lubang awal2 nanti diorang perasan..

(photo from Google)
Sapa2 tak pernah dengar game Street Fighter boleh la rajin2 search kat Google tu, even kalau korang tanya budak kecik pun diorang boleh jawab..game ni yang bestnya kalau korang reti wat kuasa diorang masing2, waktu aku main dulu, habis jahanam joystick tu aku kerjakan nak wat kuasanye pasal, giler susah nak wat kuasa diorang, game ni aku dah pernah tamat dah, last sekali lawan Mr Bison, giler susah nak menang..

(photo from Google)
Game road fighter, yang dalam bulatan tu kereta yang kita kawal, game kereta yang paling best aku main time tu, kena elak lori and kereta lain semua, kalau terlanggar minyak, kereta berpusing2 pastu dah rugi masa..kena sampai finish line before masa tamat..

(photo from Google)
Game adventures yang paling best time tu, sebab boleh main dua player sekali, pastu boleh ambik botol,pisau, pistol tembak orang jahat..tapi tak pernah habis main, member bagi pinjam tape game ni dua hari je, pastu dah mintak balik,..game tape dulu bukan macam PS, ada memory card boleh save game sume..

Lepas je zaman game tape ni, famous pula konsol PS1 by Sony, PS1 ni dah tak pakai tape dah, pakai cd je, yang bestnya PS1 ni, walaupun harga dia mahal, tapi cd game dia murah je, RM5 dah boleh dapat satu cd game,PS 1 ni famous time aku sekolah rendah dulu, waktu tu aku main kat kedai je, RM2.50 sejam kalau tak silap aku..

Waktu sekolah rendah dulu, aku sekolah pagi, so bila petang ada la kokurikulum and latihan sukan semua, yang bestnya, mintak kat mak duit cakap ada kokurikulum padahal melencong pergi main game, nasib baik tak pernah kantoi..kalau tak mau kena hambat dengan paip getah..MyEm0.ComPS1 ni time tu kira gempak habis la, gambar macam real sikit, nak2 time tu main Winning Eleven ngan WWF..zaman kegemilangan PS1 ni lama la gak, walaupun time aku form 2, Sony dah keluarkan PS2, namun bagi aku PS1 tetap dihati..lagipun time tu, PS2 ni kira macam barang rare la sebab harga dia mahal, mau makan seribu tak silap..


Nak dijadikan cerita, time kuar result PMR, aku dapat 6A walaupun time nak PMR tu, aku cuti 5 bulan before PMR..Yang ni nanti kita story entry lain,panjang citernye..hehe..time ni aku pun apalagi, result dah gempak, mintak PS1 confirm bapak aku tak boleh nak kata tidak, time tu aku rasa happy giler sebab PS1 akhrinya berada dalam genggaman tanganku..pasni tak payah nak main2 kat kedai dah..walaupun ada orang yang dah ada PS2, tapi aku tetap bersyukur sebab itu je yang aku termampu waktu tu..


PS1 slim,condition still ok lagi,agak2 kalau simpan 20
tahun lagi boleh jadi rare tak??hehe..


Dah menjadi hukum alam, kalau dah ada mende baru, yang lama akan dilupakan, sama juga macam PS1 ni, disebabkan Sony dah keluarkan PS2, so automatic diorang stopkan keluaran game untuk PS1..Dats mean yang PS1 ni memang dah takde game2 terbaru, semua game2 yang ketinggalan zaman..

So aku pun taknak ketinggalan juga memiliki PS2 ni, after je SPM aku dah start kumpul duit nak sambar PS2 ni, and after berbulan2 menabung sehari singgit, PS2 slim warna putih seperti gambar dibawah berada dalam genggaman..

Aku pun tak expect nak beli warna putih ni, tapi sebab waktu aku nak beli, tinggal warna putih je, hitam dah sold out, bila tampal sticker transformers tu nampak cun pula..hehe..

Siap beli menatang ni sekali, tapi sekali pakai macam hampeh, try main, tak sampai sejam sumbat balik dalam kotak, sampai sekarang tak buka2 dah..

Seperti berlalunya zaman kegemilangan PS1, PS2 juga tak terkecuali mengalami nasib yang serupa, lagipun sekarang ni pengeluar game lebih fokuskan pada PS3, pernah aku pergi usha2 cd game kat Times, kononnya nak cari game PES PS2 yang terbaru, tokey tu dengan coolnye berkata,

"PS2 punya games tada jual, sikalang sume olang main PS3, Xbox 360..u pigi mane2 kedai pun same lol..",berkata tokey tersebut dengan nada serius..dengan cool juga aku pun blah dari situ, takut silap2 dia racun aku suruh beli PS3..hahaha..

After PS3 ni, agak2 korang Sony nak keluarkan pula ke PS4??kalau ada baik aku menabung RM1 sehari dari sekarang..



Sekarang ni semua sumbat masuk balik dalam kotak, buat jadi artifak bersejarah, mana la tau kot2 20-30 tahun lagi aku je satu2nya manusia yang ada lagi menatang ni semua,
boleh jadi jutawan kalau lelong..

Ok, tangan dah krem menaip, so sapa2 nak mintak aku ajar korang cara2 main PES jangan segan silu dapatkan ebook free dibawah karya aku sendiriMyEm0.Com..hehehe..

p/s : teringat kata2 seorang rakan..susah kalau nak mengejar teknologi ni..


Saturday, October 30, 2010

Dunia Aku : Paul 'octopus' Dah Ada Pengganti Baru


Selamat malam readers semua, akhirnya berakhir sudah Final Piala Malaysia antara Kelantan vs Negeri Sembilan, permainan yang menarik antara kedua-dua pasukan..Tahniah diucapkan kepada pasukan Kelantan apabila mencatat sejarah tersendiri memenangi Piala Malaysia buat kali pertama..


Cerita sedikit mengenai final tadi, kedua2 pasukan mempamerkan permainan yang menarik dimana kedua2 pasukan boleh dikatakan mempunyai peluang yang seimbang, N. Sembilan mendahului seawal minit ke-15 melalui penalti yang disempurnakan oleh pemain muda Shahurain Abu Samah melalui sepakan penalti..Keputusan kekal 1-0 sehingga tamat separuh masa pertama, bersambung sahaja babak kedua permainan, Kelantan mula mempamerkan aksi2 yang lebih menarik, gol yang dicari2 akhrinya tiba melalui tandukan Hairuddin Omar pada minit ke 58 dan hasil rembatan Badhri Radzi kalau tak silap pada minit ke 65..








Ok,kita berbalik pada tajuk entry malam ni, sepertimana yang kita tahu Paul si sotong yang meramal tepat pada perlawanan Piala Dunia telah pun mati, dan penggantinya masih belum dijumpai, tapi sekarang rasanya diorang tak payah susah2 nak cari pengganti sebab aku rasa aku boleh ramal lagi tepat daripada Paul si sotong tu..siap dengan bape biji gol skali..sama macam yang aku ramalkan waktu World Cup Holland vs Brazil..kalau tak percaya tengok gambar dibawah, before perlawanan akhirt tadi lagi aku dah post status kat Facebook awal2 yang Kelantan akan menang 2 : 1..usha2 sikit gambar bawah ni..


Tengok waktu post tu yang penting,klik gambar untuk lebih jelas


Hehe, suatu kebetulan atau ketepatan, itu masih lagi menjadi tanda tanya:p,papepun, tahniah diucapkan kepada pasukan Kelantan atas kejayaan merangkul Piala Malaysia buat kali pertama dan tahniah juga kepada kedua2 penyokong pasukan kerana tiada insiden2 yang tidak diigini berlaku setakat artikel ini ditulis..

p/s : gambar from Google, entry diatas hanya suka2,lagipun haram percaya pada ramalan2 ni:)

Sunday, October 24, 2010

Dunia Aku : Beli Blackberry Hanya RM1

Hello to all my readers..hope semuanya happy this week..by the way, Sabtu semalam aku pergi K.L jumpa and lepak2 dengan member, dah lama tak menyeronokkan diri sendiri so this timela masa untuk aku relaks and lepaskan tension..aku kalau ke K.L tempat pertama dan terakhir yang aku akan pergi adalah Times Square, masuk je Times, pastu agak2 dah petang baru balik..lagipun bagi aku kat Times tu semuanya complete, mean kalau aku nak cari barang ke apa semuanya ada..anyway tujuan aku sebenarnya pergi Times aku nak cari sport shoes, banyak sikit choice yang kalau kat Times tu..

Nak dijadikan cerita, waktu aku sampai je Times tu, aku tengok kat ground floor ramai gila orang beratur, ada yang siap baring sekali, kebetulan ada mamat cleaner tengah lap cermin kat situ, so aku pun tanya la mamat tu, "bang, bawah tu asal ramai giler orang beratur??",mamat tu pun jawab,"Blackberry,RM1,Smartphones,RM1,"..ceh,bangla rupanya..aku ingatkan Melayu tadi..die cakap lagi, ada yang beratur dari semalam semata2 nak beli Blackberry RM1 tu, aku tak tahu la kot2 die kelentong aku..tapi mungkin logik juga sebab ada yang siap baring2 sekali..aku pun baru teringat waktu aku turun dari monorail tu, nak masuk Times ada orang bagi pamplet, after aku cek balik pamplet tu, baca balik terms2 dia, rupa2nya bukanla boleh senang2 nak beli Blackberry RM1, mengikut apa yang ditulis kat situ,




BUY THE LATEST SMARTPHONE IN TOWN FOR ONLY RM1
Be the 1st 100 customers to queue at the IT Centre (Ground Floor Entrance) on 23 October and you 'll stand a chance to buy the latest Smartphone or other IT products for only RM1!
Queue starts at 10:am.
*T&C applies

So ada la kena mengena juga tajuk entry ni..hehe..so tamat tajuk Blacberry,hehe..aku kalau pegi K.L tak tengok wayang memang tak sah sebab aku ni jenis kaki wayang..so sementara tunggu member aku datang, aku beli tiket wayang awal2, so kalau beli awal,takdela aku nak kena beratur panjang nanti..



Reign of Assasins, itu tajuk movie yang aku pilih..So bagi aku, movie ni memang best gila, storyline and sinematografi movie ni memang best..dari segi aksi pertarungan, amat menarik sebab aksi pertarungan lain dari yang lain.memang tak rugi kalau korang tengok..Aku nak review lebih2 tak reti pula aku, so korang klik sini kalau nak review Reign of Assasins





After tengok wayang, berbalik balik kepada misi utama aku pergi Times, cari sport shoes..penatla juga aku pusing satu Times tu nak cari kasutnye pasal..dah penat sangat aku cari, last2 aku usha satu kedai ni, aku nampak je kasut tu terus aku ambik, tanya saiz, try pakai ngam, bayar terus blah..hehe..



Lotto pilihanku


Putih itu suci




Aku pun tak sure asal aku terus sambar je kasut ni, maybe design yang simple kot..dahla warna putih, kena la rajin sikit basuh kasut after ni, takut silap2 dari warna putih terus tukar warna hitam..hehe..so after ni bolehla aku jogging and main tennis pakai kasut ni..baru ada semangat nak main..huhu..ok,stop sampai sini..tangan penat nak menaip dah..semenjak 2menjak ni tangan mudah krem, main laptop je keje..MyEm0.Com

p/s: rugi sapa tak tengok Reign of Assasins, memang best giler..

Saturday, October 16, 2010

Dunia Aku : Di Saat Aku Mencintaimu

Salam my bloggers, hope kalian semua happy2 and ceria2 belaka..hehe..hari ni hari Ahad and esok hari Isnin, esok bertebaran kembali manusia mencari rezeki..so wekend2 aku seperti hari2 lain, macam biasa takde apa2 yang menarik untuk dilakukan, entah bila la aku nak kembali ceria pun aku tak tahu, takpela, bak kata bapa aku, yang berlalu pergi biarkan pergi, we need to looks for coming future..

Anyway, hari ni just melawat kazen bapa aku di Shah Alam before diorang berangkat pergi ke Mekah..So waktu dalam kereta, aku ada terdengar satu lagu ni(aku dengar radio waktu dalam kereta je) Di Saat Aku Mencintaimu song by Dadali, band Indon rasanya bila aku dengar je lagu ni, terus aku rasa macam best giler2 la lagu ni, dari segi lirik and nyanyian dia, kalau tengok video klip dia pun memang sedih gila, and lagu ni memang sesuai untuk sapa2 yang nak layan perasaan..Serius dengar banyak kali pun tak bosan..





Lirik Lagu Dadali - Disaat Aku Mencintaimu

Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Semoga engkau kan mengerti, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta


So kalau korang nak download lagi ni just klik link di bawah
Donwload Dadali Di Saat Aku Mencintaimu

p/s: gambar from Google

Saturday, October 9, 2010

Dunia Aku : Kalau Berpacaran

Harini seperti hari2 yang lain, just rutin harian, takda perkara2 yang menarik untuk dilakukan, so just teman my sis pergi Temerloh teman beli barang..So apa kaitan antara entry hari ini dengan pergi Temerloh??Memang takda kaitan apa pun, just waktu on the way pergi Temerloh, ada terdengar satu lagu ni kat radio, tajuk dia "Kalau Berpacaran"..Tak tahu la samada lagu ni lagu baru atau lama coz aku memang dah lama gila tak dengar radio,kalau naik kereta je baru dengar..hehe..

Apa yang menarik nya mengenai lagu ni adalah gabungan artis yang menyanyikan lagu ni iaitu penyanyi lama Sohaimi Mior Hassan, penyanyi yang suka berbaju kurung, Anna Raffali dan penyayi rap, Altimet.. Apa yang bestnya lagu ni adalah dari segi susunan muzik and lirik lagu ni..

Lirik lagu ni memang penuh maksud tersirat and tersurat, memang mendalam gila la lagu ni,sesuai untuk sapa2 yang sedang berpacaran..Jom usha2 lirik2 lagu ni..



[Sohaimi Mior Hassan]
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibubapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Chorus:
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

[Ana Raffali]
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarlah rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasih mu disambar buaya

ulang chorus

[Altimet]
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Aku lah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

ulang chorus 2 kali


credit to Ashraff

So kalau korang berminat nak download lagu ni, just clik sini untuk dowload

Thursday, October 7, 2010

Dunia Aku : Mp3 Yang Ke 5 (Sony B Series)


Mp3 ku yang ke 5..hehe..Hari ini aku agak2 berasa gembira sikit sebab aku baru je beli Mp3 Sony B Series kelmarin..Tujuan aku beli mp3 ni bukannya apa sangat pun, just untuk jadi peneman aku waktu aku jogging or waktu aku tengah duduk sorang2, terutamanya ketika dalam bas or lrt..Bosan gak kadang2 kalau duduk sorang2 takde mende nak buat..So kalau dengar lagu tu boleh la juga aku layan perasaan sorang2..hehe..MyEm0.Commengikut pada pandangan aku sendiri, kebanyakan orang lebih suka menggunakan handset diorang sendiri sebagai mp3, lagi banyak function and advantage yang ada compare guna Mp3 player..handset sekarang pun canggih2 semua, boleh dikatakan hampir semua handset sekarang confirm ada fungsi mp3 player..lagi banyak lagu boleh sumbat kalau pakai handset, tapi kalah la kalau nak compare ngan ipod..mahal dowh ipod..

Aku pun actually dah ada handset yang memang jenis walkmannye,Sony W910i..tapi yang tak bestnye guna handset ni bagi aku, ia akan menggangu kelancaran lagu tersebut, ye la, nak2 time tu tengah mesej dengan awek ke, member ke, dengan bunyi mesej masuk, delivery report lagi, kan dah tersangkut2 bunyi tu..Lagipun masalah utama yang aku paling tak suka kalau pakai handset ni ialah bateri, kalau dengar je lagu, confirm tak sampai sehari bateri dah kong, nak2 handset aku yang memang ada masalah bateri, bayangkan kalau biar standby tak buat papepun, belum sampai 24 jam bateri dah nak empty, inikan dengar lagu..lagi la sekejap je boleh tahan..tu antara faktor utama yang mendorong aku sambar Mp3 player ni..MyEm0.Com

Bila aku imbas balik dulu2, sebelum wujudnya mp3 ni, walkman yang pakai kaset tu la yang paling hot sekali zaman aku..kat pasar2 malam pun berlambak2 jual, aku pun pernah beli yang pasar malam nye, pakai 2 or 3 bulan dah kondem..hehe..pastu aku upgrade sikit pakai brand Sony, baru gempak sikit..kalau tak silap aku waktu ni aku beli tahun 2004 camtu, walkman ni kalau bawa jalan memang tak muat la nak masuk poket, ada orang biasanya letak dalam beg, tapi aku sangkut kat seluar je, baru nampak bergaya sikit..hehe..lagipun tu tujuan diorang wat clip kat belakang walkman tu..MyEm0.Com

Yang masalahnya guna walkman ni, boleh dengar lagu pun sikit je, mana taknya, dalam satu kaset ada lebih kurang dalam 20 lagu je, kaset saja satu mau makan dekat rm20 yang ori, nak cari pirate dahla susah, bukan macam cd, senang je nak jumpa..pastu yang tak bestnya pakai walkman ni, nak tukar dari satu lagu ke satu lagu, terpaksa tekan butang forward and rewind..kadang2 boleh sampai terlajak ke lagu lain,mahu menangis kalau nak skip dari satu lagu ke satu laguMyEm0.Com susah nak bajet nye pasal..bateri pula nak kena pakai yang cas nye bateri, baru tak kopak duit, kalau tak nak kena beli bateri je..time walkman kaset ni sekali dengan zaman discman kalau tak silap, tapi discman ni mahal sangat bagi aku, tak mampu nak beli..huhu..yang bestnya pakai discman ni,senang nak tukar2 lagu and function dia cam best sikit, yang tak bestnya saiz die besar sikit dari walkman, betul2 bulat ikut cd..masuk poket confirm tak muat..

Tinggal kotak je, walkman hilang entah kemana
Sony Walkman WM-FX290


After keluar je mp3 player ni, dalam tahun 2005/2006 kalau tak silap aku baru aku kenal mp3 player ni..waktu tu, walkman and discman orang dah tak pakai dah, semua sibuk beli mp3 ni..mula2 keluar mp3 ni saiz storage die kecik2 je..First aku beli dulu saiz dia 128 mb, brand apa pun aku tak sure, tapi yang pasti, aku pakai tak sampai setahun, skrin die dah out, tapi stil boleh pakai gak..Da rosak dah pun sekarang, tapi still aku simpan lagi dengan kotak die skali..Aku sayang gila barang2 aku ni..hehe..

Teruja nak beli, main rembat je, tak amik tahu pasal brand pun

Pastu aku upgrade ke saiz 256 mb,brand Mwalker DELPHINUS B317 yang ini so far aku puas hati la pakai, cuma lagu berapa kerat je boleh simpan, mp3 ni ni aku dah tak pakai, so aku just buat jadi pendrive je, buat plug usb kat radio kereta, nak dijadikan cerita mp3 ni hilang waktu aku parking kereta aku pegi kelas..Ni semua gara2 kereta lupa nak lock..huhu..

Gambar ni diambil sebelum mp3 ni dicuri
Mwalker DELPHINUS B317

Pastu ada pula saiz 512 mb nye mp3, apa lagi, aku pun sambar and brand yang sama juga aku pilih..Mwalker JUPITERB328..But mp3 ni just bertahan tak sampai setahun juga sebab problem skrin tetiba gelap, kalau plug in kat laptop boleh pula..Last aku sumbat balik dalam kotak, simpan buat kenangan..


Problem skrin jadi gelap, terbakar rasanya
Mwalker JUPITERB328

Lame juga aku tak beli mp3 after semua mp3 yang aku beli confirm ada problem and semuanya tak cukup setahun dah tak boleh pakai, nak kata aku ganas, tak juga, maybe mp3 ni kot yang tak suka kat aku..hehe..Mp3 ni makin lama makin besar pula storage diorang buat, and one day aku ada ternampak satu mp3 ni, Mwalker B323 BEPTUNE, kecil je, 1gb and harga pun tak mahal sangat, aku pun tanpa berfikir panjang terus sambar..Aku pun tak tahu asal hampir kesemua mp3 yang aku beli brand Mwalker, maybe sebab harga dia tak mahal sangat kot jika dibandingkan dengan brand2 yang lebih gempak..

And masalah Mwalker ni, aku rasa brand ni memang ada problem pada skrin dia la, macam mp3 ni, tak sampai setahun juga aku pakai, last2 skrin tetiba gelap, yang tak bestnya, kalau cucuk usb boleh pula detect..And after that, memang confirm aku takkan pilih brand Mwalker ni lagi..

Problem yang sama, skrin tetiba jadi gelap
Mwalker B323 BEPTUNE



Bagai aur dengan tebing, umpama isi dan kulit, itulah agaknya perumpamaan yang sesuai untuk aku agaknya, mp3 dengan aku sukar untuk dipisahkan..hehe..After dah serik dengan mp3 yang asyik ada masalah skrin ni, aku pun bertekad untuk beli mp3 brand from Sony sebab bagi aku Sony ni brand dia berkualiti tinggi and warranty pun ada, kalau ada problem boleh juga hantar warranty, and mp3 Sony yang menjadi pilihan aku ialah Sony Mp3 B Series 2GB, 2gb je yang mampu sebab itu je bajet yang aku ada..

Sony Mp3 B Series 2GB

First thing benda yang buat after beli mp3 ni confirm la baca manual dia dulu, baru tahu overall function gune, baru senang sikit..


And daftar warranty, yang bestnya warranty boleh pakai sampai January 2012, agak lama disitu..


Before aku beli mp3 ni, aku buat review dulu kat internet, so that baru aku tahu apa kelebihan2 yang ada pada mp3 ni..Antara2 faktor yang membuatkan aku tertarik untuk merembat masuk gol..eh silap2, merembat dari kedai yang berhampiran..hehe..

  • Design dia sangatla simple and menarik
  • Jenis yang terus boleh plug in usb, tak perlu la aku nak guna kabel
  • Quick cas, cas 3 minit je dah boleh guna sampai 1 jam lebih
  • Ada fungsi Zappin, iaitu function yang memudahkan pemilihan lagu, bila korang tekan je button Zappin tu, automatik lagu akan dimainkan dalam masa yang pendek sampai kita dapat mencari lagu yang diinginkan.Serius aku memang tertarik giler dengan function Zappin ni..Cool gler..
  • Bateri dia boleh tahan berjam2 lamanya
  • Ada playlist so senang nak cari folder lagu
  • Cakap banyak pun tak guna, korang klik sini kalau nak tahu lebih..

So aku harap yang mp3 aku kali ni boleh bertahan lama sikit dari yang sebelum2nya..hehe..And kalau korang perasan, aku beli mp3 semua ikut turutan saiz storage, dari 128mb ke 256 mb, pastu upgrade 512mb, 1gb and last sekali 2gb..memang cun je turutan..hehe..maybe after ni kalau ada rezeki,sambar ipod pula, tapi mungkin bertahun2 lagi kot..haha..

Bila dah ada mp3 confirm la lagu pun dah sumbat masuk sekali..So sekarang ni aku suka betul dengar lagu Putus nyanyian Melda Ahmad, memang tepat dengan situasi aku sekarang..hehe,,..Best giler lagu ni..rating 5 bintang aku bagi,tapi lagu ni sekejap sangat..



Klik sini untuk download lagu Putus by Melda Ahmad
Putus-Melda Ahmad

Jari pun dah krem menaip tak henti2..So dats all untuk post hari ni..Kalau rajin aku post entry baru:)MyEm0.Com

p/s: kalau tengok gambar, kebanyakkan diambil tahun lepas, so just upload je, simpanan peribadi,klik tulisan ungu untuk link yang berkaitan..hehe..