Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Tuesday, October 26, 2010

Dunia Cinta : 141 InfoTentang Cinta




Ada Apa Dengan Cinta




  1. Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi

  2. Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

  3. Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi," Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu," Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja."

  4. Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

  5. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

  6. Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

  7. Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

  8. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

  9. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

  10. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

  11. Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

  12. Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

  13. Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

  14. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

  15. Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

  16. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

  17. Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.
    Dan hanya dengan mendengar kata "Hai" darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

  18. Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya.

  19. Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

    Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

  20. Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.

  21. Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.

  22. Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

  23. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.

  24. Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir

  25. Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.

  26. Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja kamu berada.

  27. Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu

  28. Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta.

  29. Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

  30. Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.

  31. Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

  32. Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.

  33. Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami

  34. Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.

  35. Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

  36. Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.

  37. Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka

  38. Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.

  39. Cinta dan kasih sayang adalah jawapan yang dapat menyembuhkan segala penyakit, dan jalan yang menuju kepada rasa cinta dan kasih sayang hanyalah melalui kemaafan.

  40. Cinta umpama bunga di taman yang sedang mekar, hiasilah, jagalah taman kamu untuk kelihatan cantik dan ceria dan seandainya kamu tidak berbuat demikian, layulah bunga di taman dan rosaklah cinta yang sejati.

  41. Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya

  42. Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

  43. Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

  44. Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

  45. Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

  46. Cinta itu membuatkan kamu gembira walaupun ia sering melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yang bertuah.

  47. Cinta ibarat pasu antik, ia sukar ditemui, sukar diperolehi tapi mudah untuk jatuh berderai

  48. Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

  49. Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita hilang kewarasan fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta.

  50. Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu.

  51. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.
    Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.

  52. Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan. Tangisan juga bukanlah pengubat cinta kerana ia tidak mengerti perjalananan hati naluri.

  53. Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir

  54. Di suatu hari kau datang dan bertanya padaku apa yang lebih penting : Dirimu atau nyawaku. Dan aku menjawab nyawaku lebih penting dan kau pun berlalu dengan penuh kekecewaan tanpa pernah kau sedari bahawa kaulah nyawaku itu. Sesungguhnya kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup ini.

  55. Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri

  56. Cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi pengajaran. Dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam. Lantaran itu bajailah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya. Agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.

  57. Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa kekecewaan itu.

  58. Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

  59. Ada cinta yang agung antara hamba dan Tuhannya. Cinta kudus antara bonda dan anaknya. Ada cinta rafik yang setia. Ada cinta berahi antara kekasih teruna dara. Ada cinta persaudaraan yang tiada bandingnya. Ada cinta sesama makhluk yang begitu mulia dan cinta dikatakan hampir tidak memilih usia. Ia juga tidak mengira rona bangsa. Tidak ada miskin kaya dalam catatan kamus cinta. Justeru, cinta dikatakan sesuatu yang cukup luar biasa dalam cakerawala hidup setia jiwa.

  60. Setiap orang punya rasa cinta. Tapi tak semua orang dapat merasai cinta. Setiap orang pernah bercinta. Tapi tak semua mampu mengecapi bahagia.

  61. Keikhlasan bererti tidak mengharapkan balasan atas perbuatan kita. Keikhlasan dalam bercinta bererti tidak mengharapkan balasan cinta atas kasih yang kita curahkan padanya.

  62. Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat

  63. Ketika sebuah cinta mengungkapkan suatu kejujuran, dia tidak akan berbohong. Tidak akan ada sebuah konspirasi untuk mendahulukan sebuah nafsu untuk memiliki. Tidak akan ada sebuah harapan untuk mendapatkan sebuah kebahagiaan. Tetapi hanya akan mendambakan untuk bisa mendapatkan kesempatan untuk memberikan sesuatu yang lebih berharga.

  64. Cinta laki-laki seumpama gunung, ia besar tapi konstan dan (sayangnya) rentan, ada waktu ia meletus memuntahkan lahar, menghanguskan apa saja yang ditemuinya. Cinta perempuan seumpama kuku, ia hanya sehujung jari, tapi tumbuh perlahan-lahan, diam-diam dan terus menerus bertambah. Jika dipotong, ia tumbuh dan tumbuh lagi.

  65. Manusia tidak jatuh 'ke dalam' cinta, dan tidak juga keluar 'dari cinta'. Tapi manusia tumbuh dan besar dalam cinta

  66. Cinta yang wujud dalam sebuah tindakan agung : "Memaafkan".

  67. Cinta kurniaan Ilahi mengapa mesti dibenci? Yang harus dibenci dan dihindari ialah kepalsuan, bukan cinta.

  68. Hidup tanpa cinta seperti makanan tanpa garam. Oleh itu, kejarlah cinta seperti kau mengejar masa, dan apabila kau sudah mendapat cinta itu, jagailah ia seperti kau menjaga dirimu, sesungguhnya cinta itu kurniaan Tuhan Yang Maha Agung.

  69. “Aku mencintaimu”, sukarkah untuk dilafazkan?

  70. Tidak ada cinta yang tidak cemburu -Pepatah Perancis

  71. Sesuatu percintaan yang terjalin di antara dua insan itu tiada ada kemesraan atau kemanisannya sekiranya sentiasa membayangi akan kemusnahan, kekecewaan dan kehancuran.

  72. Cintailah orang yang engkau kasihi itu sekadarnya belaka, barangkali dia akan menjadi orang yang kau benci pada suatu hari kelak. Juga bencilah terhadap orang yang kau benci itu sekadarnya belaka barangkali dia akan menjadi orang yang engkau kasihi pada suatu hari nanti.

  73. Menerima cinta dari seseorang secara terburu-buru tanpa usul periksa latar belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikhuatiri beracun.

  74. Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNya jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yg tersembunyi. Pernahkah kau terfikir kebesaranNya itu?

  75. Cinta itu adalah api yang dingin. Sesiapa yang mendekatinya tidak akan terbakar tetapi tertangkap ke dalamnya.

  76. Jika kasih sayang telah mencapai batasnya, maka ia dinamakan Cinta. "Cinta adalah kasih sayang yang melimpah". Cinta juga lebih istimewa dibanding kasih sayang, sebab setiap cinta sama dengan kasih sayang, tetapi tidak semua kasih sayang sama dengan cinta.

  77. Bercintalah dengan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dengan kejayaan.

  78. Cinta adalah suatu bentuk ungkapan keabadian yg tidak mampu dijelaskan melalui untaian kata-kata indah tapi melalui kenyataan pahit yang hidup dan sakit.

  79. Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai, tetapi penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumahtangga. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan. Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumahtangga.

  80. Janganlah mengigil kedinginan kerana hilangnya cinta .Tetapi mengigillah dengan kedinginan kerana tiada lagi ada rasa.

  81. Jangan pernah bermimpi tentang cinta tanpa mampu memperjuangkannya.

  82. Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu.

  83. Berkasih sayang adalah suatu akhlak yang mulia. Oleh itu semai dan bajailah rasa kasih sayang dan cinta terhadap sesama insan, lebih-lebih lagi kepada Allah SWT kerana Allah terlalu kasihkan hambaNya lebih daripada seorang ibu mengasihi anaknya.

  84. Cinta ia tetap hadir,ia datang bukan dengan nafsu atau keinginan tetapi kepasrahan tentang yang mutlak, itulah cinta terulung.

  85. Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan.

  86. Usah gembira pada kelahiran cinta pertama. Jua usahlah menangis di awal kegagalan kerana kekeliruan seimbang pertemuan dan perpisahan. Kebahagiaan tidak semestinya kekal abadi.

  87. Pergaulan dan cinta di antara lelaki dan perempuan pada hari ini diibaratkan seperti minyak dengan api, apabila tersentuh maka maraklah ia.

  88. Cinta adalah sebuah telaga yang tiada dasarnya

  89. Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan cita -cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti cita-cita dan sebelum mengenal cinta, kenallah dahulu cita-cita.

  90. Cinta yang terselit pendustaan ibarat kehidupan yang bercampur gaul dengan penghinaan.

  91. Cinta adalah jika kamu kehilangan rasa, ghairah, romantika dan masih tetap menghargainya.

  92. Cinta lebih mudah mekar di hati yang sedang dilanda kecewa. Cinta seperti ini adalah cinta yang mengharapkan belas kasihan, sebab itu bila sepi telah punah maka selalunya cinta juga akan turut terbang.

  93. Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata untuk memiliki sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran serta perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda.

  94. Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati kamu kerana akibatnya, hanya kamu yang akan sengsara; bukan orang lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri kamu, tetapi dia masih sangup menyayangi dan mencintai kamu dengan sepenuh hatinya.

  95. Hanya ada satu pelita yang dapat kita pegang dan sentiasa menyala di mana-mana jua pun, yang tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh seperti menerangi tempat kita sendiri, iaitu rasa cinta dan kasih sayang pada segala yang bernyawa- Innayan Khan

  96. Manusia merasa kesepian dari cinta kerana mereka kerap hanya membangun dinding, bukannya jambatan kasih sayang.

  97. Mereka yang cintanya selalu dibalas,kurang mengerti perasaan cinta yang sebenar..~ Khan ~

  98. Cinta yang dikaitkan dengan kepentingan peribadi akan berubah menjadi putus asa.

  99. Dalam percintaan kamu janganlah kamu kesali perpisahan tetapi kesalilah pertemuan kerana tanpa pertemuan tidak ada perpisahan.

  100. Kamu tidak akan mati kerana cinta, tetapi cinta cukup meracuni hidup kamu

  101. Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.

  102. Hiduplah dengan cinta! Tetapi bukan bererti cinta buta. Kita dapat mencintai hidup dengan lebih baik, yaitu cintailah sekelilingmu, baik yang ada diluar dirimu atau didalam dirimu.

  103. Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang, bukanlah dari pemberian semata-mata.

  104. Rasa cinta itu jika dipupuk ke arah dan sinar yang lurus akan membawa pengekalan abadi.
    Selagi usia di kandung badan .Selagi jiwa merantai hati

  105. Bibir tidak perlu berkata , bila hati sudah bersuara nada cinta dan rindu.

  106. Cinta membuatkan orang bersemangat untuk hidup, rasa cinta adalah satu rangsangan indah dalam kehidupan. Cinta adalah sesuatu yang subjektif, susah untuk ditafsirkan. Kadangkala kita merasakan apa yang kita alami itu cinta tapi sebenarnya bukan.

  107. Cinta adalah penyakit manakala perasaan adalah kumannya. Perkahwinan pula merupakan ubat penawarnya.

  108. Ibaratkanlah kehilangan cinta itu umpama hilangnya cincin permata di lautan luas yang tiada bertepi dan harus dilupakan.

  109. Pabila cinta tidak diajarkan di rumah, hampir tidak masuk akal untuk mempelajarinya di mana pun.

  110. Cinta yang tak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya.

  111. Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya jelas sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus mengendalikan tindakan kita sehingga kadangkala kita melakukan hal terbodoh tanpa sedari.

  112. Mencintai itu umpama bermain piano. Pertama, kita bermain ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati.

  113. Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.

  114. Cinta menakluk segala-galanya. Cinta dapat mengubah pondok kayu menjadi istana emas

  115. Hidup kalau tak memakai cinta tak ubahnya seperti bumi kehilangan matahari -Aswir

  116. Kamu tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayangi. Anda cuma kalah jika anda bertangguh.

  117. Cinta dimulai dengan senyuman, tumbuh dengan dakapan dan seringkali berakhir dengan air mata.

  118. Cinta menekan pertimbangan, memandang ringan bahaya dan cinta memandang enteng akan kematian

  119. Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta. Tiada kasih yang lebih ngeri dari putus cinta

  120. Cinta monyet ialah cinta keanak-anakan. Cinta palsu adalah sekadar basa-basi. Cinta materialistik merosakkan jiwa. Cinta sejati ialah cinta yang akan menghasilkan cita-cita yang luhur dan abadi.

  121. Cinta adalah penyakit dan perkahwinan ialah sihat. Sakit dan sihat tidak bertemu.

  122. Seseorang yang pernah mengalami kegagalan dalam percintaan, maka dia akan melihat kebahagiaan itu laksana melihat pelangi. Tidak pernah pelangi itu berada di atas kepalanya. Selamanya dia melihat pelangi itu berada di atas kepala orang lain.

  123. Hanya hati yang dapat menilai erti Cinta sejati. Dengarkan kata hati dan Cinta sejati tidak berlandaskan nafsu kerana ia adalah suci, lahir dari kasih dan sayang.

  124. Cinta akan hidup bersama dengan waktu, pabila waktu itu mati, maka matilah cinta suci itu

  125. Seorang wanita akan memandang rendah terhadap lelaki yang menyatakan cinta kepadanya, terkecuali kalau memang lelaki itu yang diharapkannya.~ Elizabeth Stoddard ~

  126. Lelaki itu prosa alam, perempuan sajaknya. Cinta itu lagu dan perkahwinan orkestranya -Pepatah Denmark

  127. Cinta boleh tumbuh dalam madu dan racun

  128. Cinta tidak selalu bersama jodoh tapi jodoh selalu bersama cinta.

  129. Kehidupan ini seumpama bunga, maka cinta adalah madunya -Hamka

  130. Manusia yang dibakar api cinta dapat melihat di dalam gelap -Peribahasa Mexico

  131. Hidup tanpa cinta ibarat taman tidak berbunga -Pepatah Inggeris

  132. Cinta tidak mempunyai umur, ia sentiasa memudakan dirinya

  133. Cinta itu tidak buta tetapi ia tidak melihat -Pepatah Jerman

  134. Barangsiapa yang belum pernah jatuh cinta, ia telah membangunkan langit di atas bumi -Pujangga Barat

  135. Orang yang menulis surat cinta itu kurus dan orang yang membacanya gemuk -Pepatah Belanda

  136. Keburukan dapat disembunyikan apabila timbulnya rasa cinta -Pepatah Greek

  137. Cinta tidak mempunyai undang-undang

  138. Cinta pandang pertama adalah cinta yang akan kekal abadi

  139. Cinta lebih tua daripada alam ini kerana alam ini dijadikan Allah atas dasar cinta -Muttanabi

  140. Cinta ialah penyakit -Taufiq Al-Hakim

  141. Yang termanis daripada yang manis di dunia ini ialah pujian kekasih yang terlontar daripada rasa cintanya.


p/s : Cinta itu memang indah, tapi lebih indah jika kita pandai menghiasinya:)

Saturday, October 16, 2010

Dunia Info : 20 Perkara Yang Membuatkan Wanita Benci Lelaki

Entry khas untuk para lelaki sekalian, kalau2 korang rasa pernah dibenci oleh wanita tak kira la waktu korang tengah bercinta ataupun baru nak try2 usha wanita, pe kata korang usha2 dulu entry ni supaya senang dijadikan rujukan pada masa akan datangMyEm0.Com


20 perkara yg membuatkan wanita benci lelaki




1. MENINGGIKAN SUARA

Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.



2. MAIN KAYU TIGA

Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.



3. SUKA 'CUCI MATA'

Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!



4. MENGONGKONG

Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka... macammana tu?


MyEm0.Com

5. EGO

Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.



6. MENIPU

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

MyEm0.Com

7. PERASAN

Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji... hahaha sedarlah!



8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

MyEm0.Com

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.



10. CEMBURU BUTA

Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!



11. MATA DUITAN

Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!



12. KOMITED TERHADAP KERJAYA

Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...



13. PANAS BARAN

Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!




14. KAKI MEROKOK

Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.



15. PENGOTOR

Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.



16. GELOJOH

Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?



17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN

Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

MyEm0.Com

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

MyEm0.Com

19. PUTAR BELIT

Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.




20. SUKA KONTROL MACHO

Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

p/s : gambar diambil dari Google dan hanyalah sekadar ilustrasi semata2..

Friday, October 15, 2010

Dunia Renungan : Apa Yang Perlu Anda Bimbang



Apa Yang Perlu Anda Bimbang.........

Jika anda bercinta
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda jemu dengannya
atau
Kekasih anda jemu dengan anda

Jika anda jemu dengannya, tak kisahlah Tapi jika dia
jemu dengan
anda
2 perkara yang anda perlu bimbang
Dia cuba sakitkan hati anda
atau
Dia cari kekasih baru

Jika dia cuba sakitkan hati anda, tak kisahlah Tapi
jika dia cari
kekasih baru
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda jadi benci padanya
atau
Anda tak dapat melupakannya

Jika anda benci padanya tak kisahlah.
Tapi jika anda tak dapat melupakannya
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda cuba melupakannya dengan bantuan bomoh atau Anda
cuba merebut
hatinya dengan bantuan bomoh

Jika anda cuba melupakannya dengan bantuan bomoh, tak
kisahlah Tapi
jika anda cuba merebut hatinya dengan bantuan bomoh 2
perkara yang
anda perlu bimbang Dia jadi bodoh atau Dia kembali
menjadi kekasih
anda

Jika dia jadi bodoh, tak kisahlah
Tapi jika dia kembali menjadi kekasih anda
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda jemu dengannya
atau
Kekasih anda jemu dengan anda....

p/s: gambar from Google

Thursday, October 7, 2010

Dunia Aku : Mp3 Yang Ke 5 (Sony B Series)


Mp3 ku yang ke 5..hehe..Hari ini aku agak2 berasa gembira sikit sebab aku baru je beli Mp3 Sony B Series kelmarin..Tujuan aku beli mp3 ni bukannya apa sangat pun, just untuk jadi peneman aku waktu aku jogging or waktu aku tengah duduk sorang2, terutamanya ketika dalam bas or lrt..Bosan gak kadang2 kalau duduk sorang2 takde mende nak buat..So kalau dengar lagu tu boleh la juga aku layan perasaan sorang2..hehe..MyEm0.Commengikut pada pandangan aku sendiri, kebanyakan orang lebih suka menggunakan handset diorang sendiri sebagai mp3, lagi banyak function and advantage yang ada compare guna Mp3 player..handset sekarang pun canggih2 semua, boleh dikatakan hampir semua handset sekarang confirm ada fungsi mp3 player..lagi banyak lagu boleh sumbat kalau pakai handset, tapi kalah la kalau nak compare ngan ipod..mahal dowh ipod..

Aku pun actually dah ada handset yang memang jenis walkmannye,Sony W910i..tapi yang tak bestnye guna handset ni bagi aku, ia akan menggangu kelancaran lagu tersebut, ye la, nak2 time tu tengah mesej dengan awek ke, member ke, dengan bunyi mesej masuk, delivery report lagi, kan dah tersangkut2 bunyi tu..Lagipun masalah utama yang aku paling tak suka kalau pakai handset ni ialah bateri, kalau dengar je lagu, confirm tak sampai sehari bateri dah kong, nak2 handset aku yang memang ada masalah bateri, bayangkan kalau biar standby tak buat papepun, belum sampai 24 jam bateri dah nak empty, inikan dengar lagu..lagi la sekejap je boleh tahan..tu antara faktor utama yang mendorong aku sambar Mp3 player ni..MyEm0.Com

Bila aku imbas balik dulu2, sebelum wujudnya mp3 ni, walkman yang pakai kaset tu la yang paling hot sekali zaman aku..kat pasar2 malam pun berlambak2 jual, aku pun pernah beli yang pasar malam nye, pakai 2 or 3 bulan dah kondem..hehe..pastu aku upgrade sikit pakai brand Sony, baru gempak sikit..kalau tak silap aku waktu ni aku beli tahun 2004 camtu, walkman ni kalau bawa jalan memang tak muat la nak masuk poket, ada orang biasanya letak dalam beg, tapi aku sangkut kat seluar je, baru nampak bergaya sikit..hehe..lagipun tu tujuan diorang wat clip kat belakang walkman tu..MyEm0.Com

Yang masalahnya guna walkman ni, boleh dengar lagu pun sikit je, mana taknya, dalam satu kaset ada lebih kurang dalam 20 lagu je, kaset saja satu mau makan dekat rm20 yang ori, nak cari pirate dahla susah, bukan macam cd, senang je nak jumpa..pastu yang tak bestnya pakai walkman ni, nak tukar dari satu lagu ke satu lagu, terpaksa tekan butang forward and rewind..kadang2 boleh sampai terlajak ke lagu lain,mahu menangis kalau nak skip dari satu lagu ke satu laguMyEm0.Com susah nak bajet nye pasal..bateri pula nak kena pakai yang cas nye bateri, baru tak kopak duit, kalau tak nak kena beli bateri je..time walkman kaset ni sekali dengan zaman discman kalau tak silap, tapi discman ni mahal sangat bagi aku, tak mampu nak beli..huhu..yang bestnya pakai discman ni,senang nak tukar2 lagu and function dia cam best sikit, yang tak bestnya saiz die besar sikit dari walkman, betul2 bulat ikut cd..masuk poket confirm tak muat..

Tinggal kotak je, walkman hilang entah kemana
Sony Walkman WM-FX290


After keluar je mp3 player ni, dalam tahun 2005/2006 kalau tak silap aku baru aku kenal mp3 player ni..waktu tu, walkman and discman orang dah tak pakai dah, semua sibuk beli mp3 ni..mula2 keluar mp3 ni saiz storage die kecik2 je..First aku beli dulu saiz dia 128 mb, brand apa pun aku tak sure, tapi yang pasti, aku pakai tak sampai setahun, skrin die dah out, tapi stil boleh pakai gak..Da rosak dah pun sekarang, tapi still aku simpan lagi dengan kotak die skali..Aku sayang gila barang2 aku ni..hehe..

Teruja nak beli, main rembat je, tak amik tahu pasal brand pun

Pastu aku upgrade ke saiz 256 mb,brand Mwalker DELPHINUS B317 yang ini so far aku puas hati la pakai, cuma lagu berapa kerat je boleh simpan, mp3 ni ni aku dah tak pakai, so aku just buat jadi pendrive je, buat plug usb kat radio kereta, nak dijadikan cerita mp3 ni hilang waktu aku parking kereta aku pegi kelas..Ni semua gara2 kereta lupa nak lock..huhu..

Gambar ni diambil sebelum mp3 ni dicuri
Mwalker DELPHINUS B317

Pastu ada pula saiz 512 mb nye mp3, apa lagi, aku pun sambar and brand yang sama juga aku pilih..Mwalker JUPITERB328..But mp3 ni just bertahan tak sampai setahun juga sebab problem skrin tetiba gelap, kalau plug in kat laptop boleh pula..Last aku sumbat balik dalam kotak, simpan buat kenangan..


Problem skrin jadi gelap, terbakar rasanya
Mwalker JUPITERB328

Lame juga aku tak beli mp3 after semua mp3 yang aku beli confirm ada problem and semuanya tak cukup setahun dah tak boleh pakai, nak kata aku ganas, tak juga, maybe mp3 ni kot yang tak suka kat aku..hehe..Mp3 ni makin lama makin besar pula storage diorang buat, and one day aku ada ternampak satu mp3 ni, Mwalker B323 BEPTUNE, kecil je, 1gb and harga pun tak mahal sangat, aku pun tanpa berfikir panjang terus sambar..Aku pun tak tahu asal hampir kesemua mp3 yang aku beli brand Mwalker, maybe sebab harga dia tak mahal sangat kot jika dibandingkan dengan brand2 yang lebih gempak..

And masalah Mwalker ni, aku rasa brand ni memang ada problem pada skrin dia la, macam mp3 ni, tak sampai setahun juga aku pakai, last2 skrin tetiba gelap, yang tak bestnya, kalau cucuk usb boleh pula detect..And after that, memang confirm aku takkan pilih brand Mwalker ni lagi..

Problem yang sama, skrin tetiba jadi gelap
Mwalker B323 BEPTUNE



Bagai aur dengan tebing, umpama isi dan kulit, itulah agaknya perumpamaan yang sesuai untuk aku agaknya, mp3 dengan aku sukar untuk dipisahkan..hehe..After dah serik dengan mp3 yang asyik ada masalah skrin ni, aku pun bertekad untuk beli mp3 brand from Sony sebab bagi aku Sony ni brand dia berkualiti tinggi and warranty pun ada, kalau ada problem boleh juga hantar warranty, and mp3 Sony yang menjadi pilihan aku ialah Sony Mp3 B Series 2GB, 2gb je yang mampu sebab itu je bajet yang aku ada..

Sony Mp3 B Series 2GB

First thing benda yang buat after beli mp3 ni confirm la baca manual dia dulu, baru tahu overall function gune, baru senang sikit..


And daftar warranty, yang bestnya warranty boleh pakai sampai January 2012, agak lama disitu..


Before aku beli mp3 ni, aku buat review dulu kat internet, so that baru aku tahu apa kelebihan2 yang ada pada mp3 ni..Antara2 faktor yang membuatkan aku tertarik untuk merembat masuk gol..eh silap2, merembat dari kedai yang berhampiran..hehe..

  • Design dia sangatla simple and menarik
  • Jenis yang terus boleh plug in usb, tak perlu la aku nak guna kabel
  • Quick cas, cas 3 minit je dah boleh guna sampai 1 jam lebih
  • Ada fungsi Zappin, iaitu function yang memudahkan pemilihan lagu, bila korang tekan je button Zappin tu, automatik lagu akan dimainkan dalam masa yang pendek sampai kita dapat mencari lagu yang diinginkan.Serius aku memang tertarik giler dengan function Zappin ni..Cool gler..
  • Bateri dia boleh tahan berjam2 lamanya
  • Ada playlist so senang nak cari folder lagu
  • Cakap banyak pun tak guna, korang klik sini kalau nak tahu lebih..

So aku harap yang mp3 aku kali ni boleh bertahan lama sikit dari yang sebelum2nya..hehe..And kalau korang perasan, aku beli mp3 semua ikut turutan saiz storage, dari 128mb ke 256 mb, pastu upgrade 512mb, 1gb and last sekali 2gb..memang cun je turutan..hehe..maybe after ni kalau ada rezeki,sambar ipod pula, tapi mungkin bertahun2 lagi kot..haha..

Bila dah ada mp3 confirm la lagu pun dah sumbat masuk sekali..So sekarang ni aku suka betul dengar lagu Putus nyanyian Melda Ahmad, memang tepat dengan situasi aku sekarang..hehe,,..Best giler lagu ni..rating 5 bintang aku bagi,tapi lagu ni sekejap sangat..



Klik sini untuk download lagu Putus by Melda Ahmad
Putus-Melda Ahmad

Jari pun dah krem menaip tak henti2..So dats all untuk post hari ni..Kalau rajin aku post entry baru:)MyEm0.Com

p/s: kalau tengok gambar, kebanyakkan diambil tahun lepas, so just upload je, simpanan peribadi,klik tulisan ungu untuk link yang berkaitan..hehe..

Tuesday, October 5, 2010

Dunia Info : Mitos Lelaki Moden

Lelaki moden zaman sekarang sangat2 berbeza berbanding lelaki zaman dahulu..Banyak yang boleh diperkatakan mengenai lelaki moden zaman sekarang..Tak kurang juga lelaki moden kini menjadi bahan umpatan kaum hawa..Penyelidikan yang dijalankan oleh mereka yang berkenaan(keje diorang memang kaji mende2 camni kot) telah memberikan 10 mitos lelaki moden..Aku rasa aku ni antara lelaki moden agaknya coz banyak yang terkena kat aku..hehe..papepun jom kita share sama..

1. Lelaki takut berterus terang. Mereka takut untuk memberitahu bahawa mereka cintakan seseorang wanita itu. Manakala bagi lelaki yg sudah berumahtangga, jarang yg hendak mengakui yg mereka sudah berkeluarga.

Part ni aku rasa betul agaknya coz aku tengok sendiri ramai kawan2 aku yang takut untuk berterus terang, samada takut kena reject ataupun malu2..

2. Lelaki suka memerhatikan buah dada wanita. Buah dada adalah antara bahagian yg cepat menarik perhatian mereka.

Part ni no komen..ada unsur2 18sx..hehe..

3. Lelaki tidak mampu untuk setia dengan seorang wanita. Di dalam hubungan percintaan, lelaki sukar untuk setia.

Tak semua lelaki begitu sebab aku rasa ramai je lelaki yang setia, aku rasa sekarang perempuan dengan lelaki sama je dari konteks kesetiaan ni..Aku pencinta yang setia:P

4. Lelaki tidak mementingkan penampilan mereka berbanding wanita. Dari segi pakaian kadangkala lelaki memandang perkara itu agak remeh.

Memang betul pun, aku sarung je apa yang aku rasa lawa..

#5. Lelaki mudah mencari pengganti. Mudah jatuh cinta semula berbanding wanita.

Agaknya la kot..

6. Lelaki selalu rasa kesunyian. Walaupun dia rasa dia sentiasa gembira, tetapi hakikatnya mereka memang kesunyian.

Aku kalau duduk sorang2 tu baru rasa kesunyian, lelaki yang kesunyian maybe lelaki yang lebih kepada sifat pendiam..(pandangan peribadi)..

7. Bagi lelaki, kerja adalah lebih penting dari bercinta. Mereka tidak dapat membahagikan masa antara cinta dan kerja. Bagi mereka kerja adalah kerja.

Betul..time kerja adalah kerja, time cinta adalh waktu bercinta..sebab aku rasa lelaki sukar untuk membahagikan masa antara kerja dan cinta..

8. Lelaki tidak romantik. Mereka mudah dan sering jatuh cinta. Lelaki mudah mengucapkan kata-kata "Aku Cinta Padamu" tanpa ada apa-apa perasaan.

Lelaki macam ni boleh dikategorikan jenis playboy agaknya..

9. Cinta bagi lelaki adalah seks.

Yang ni pun aku no komen..aku tak kahwin lagi..hehe..

10. Lelaki tidak sesensitif wanita. Dalam apa-apa hal, lelaki tidak begitu mengambil berat.

Bagi aku lelaki yang sensitif antara lelaki yang mudah mengalirkan air mata..

So aku rasa ramai antara korang semua yang tergolong dalam lelaki moden..betul atau tidak itu terpulang pada korang semua..renung2kanla dan selamat beramal..