" Tahniah, simcard anda telah memenangi baucar RM50000 dari Petronas, sila hubungi no XXXXXXXXXX untuk tuntutan hadiah".
Aku pun pernah juga dapat sms macam yang kat bawah ni,
“”TAHNIAH” Simcard Anda Berjaya memenangi RM30.000 dari “COCA-COLA” Nampak di TV3 semalam pkl.11.30 No.PIN :012547 Sila_hub Office: 017-8906857 Terima Kasih.”
Pernah sorang member aku dapat panggilan kononnya simcard dia memenangi cabutan bertuah tempat ketiga untuk caller ringtone dari Celcom sebanyak RM5000, and perlu datang ke pejabat 'Celcom' di K.L untuk tuntutan hadiah..padahal member aku ni seumur hidup tak pernah pula buat caller ringtone..nak topup RM5 seminggu pun kadang2 sen takde, inikan pula nak buat caller ringtone..
Teruja juga member aku sebenarnya, sebab dari gaya percakapan wakil 'Celcom' tu nampak teratur dan perfect..hampir2 juga dia terpedaya, waktu itulah aku sebagai seorang member yang prihatin lagi bijaksana memainkan peranan yang agak2 penting, aku telefon sendiri Celcom and tanya betul ke semua ni, sudah terang lagi bersuluh, pihak Celcom menafikan sekeras2nya yang diorang ada buat contest sebegitu.
And after beberapa minit, wakil 'Celcom' tersebut call member aku beriya2 suruh member aku tuntut hadiah, dengan lagak coolnya member aku menjawab
"Takpela, bagi je la hadiah tu kat orang lain, duit saya dah berkepuk2 dalam wallet ni, tu belum lagi dalam bank,setakat RM5000 tu saya tak heran pun..",
aku dah tak boleh tahan dah, gelak sakan aku..mana taknye, jangan kata berkepuk2, entah2 sehelai wang pun takde dalam wallet tu..
Ok,back to the title, pagi tadi aku dapat sms yang aku rasa penipuan yang agak2 bangang,
ini ayah lagi meminjam hp kawan, sila beli keredit RM20 ke No baru ayah 0178907102, ayah lg ada masalah di pejabat polis, jgn dulu talipon nanti ayah yg talipon.cepat from +6285213762134
mana tak bangangya, dah terang2 bapak aku ada je kat rumah, pastu aku panggil bapak aku 'abah', ..and lagi satu, sms yag dihantar kat no maxis aku ni, aku sorang je tau no maxis aku sebab tak sampai sebulan aku pakai no maxis ni..mungkin korang akan pikir yang diorang ni tersalah hantar ke apa, tapi tadi aku search2 kat google jumpa pula sms sebiji camni tapi version Indon nye..
So aku rasa sekarang ni pun dah jarang kita dengar penipuan2 sms ni, lagipun rata2 orang sekarang dah boleh berfikir secara rasional and waras..ok, so aku pun dah ngantuk giler2, sekarang ni aku pergi gym malam2, exercise skit..hehe..pesanan aku korang semua berhati2 la dengan sms2 camni..selamat beramal dan renungkan..
p/s : harap2 tidur malam ni boleh mimpi Gadis Comel