Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, November 29, 2010

Home » , , » Dunia Cinta : Doa Seorang Kekasih

Dunia Cinta : Doa Seorang Kekasih


DOA SEORANG KEKASIH...

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang;
Segala puji-pujian bagi Allah swt,
Selawat dan salam buat Nabi Muhammad saw,

Ya Allah..
Seandainya telah Engkau catatkan
Dia milikku…tercipta buatku
Satukanlah hatinya dgn hatiku
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu abadi..


Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah..
Berilah kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa


Ya Alah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti..
Ketepian yg sejahtera dan abadi
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah..
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti..
Berikanlah aku kekuatan
Menolak bayangannya bersama senja yg merah
Agarku sentiasa tenang
Walaupun tanpa bersama dengannya

Ya Allah Ya Tuhanku..
Pasrahkanlah aku dgn takdir-Mu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku
Kerana sesungguhnya hanya Engkau
Yang Maha Mengetahui Segala Yang Terbaik Buat Hamba-Mu…

Ya Allah..
Cukuplah Engkau sahaja
Yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarkanlah rintihan hatiku
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat
Menjuruskan aku kea rah kemaksiatan dan kemungkaran..

Maka kurniakanlah untukku
Seorang pasangan yang beriman
Yang bisa menemani aku
Agar aku dan dia dapat bersama-sama
Membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku
Keturunanku yang soleh dan solehah
Supaya aku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai


Ya Allah Ya Tuhanku..
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala….
Dan peliharalah kami dari azab api neraka
Amin..Ya Rabbul Alamin.