Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, November 22, 2010

Home » , , , , , , » Dunia Info : 6 Spesies Kala Jengking Paling Beracun

Dunia Info : 6 Spesies Kala Jengking Paling Beracun

Berikut adalah jenis-jenis kalajengking yang paling berbahaya di dunia



1. Death stalker, Leiurus quinquestriatus
Type: Terrestrial, opportunistic Burrower
Origin: Timur Tengah dan Afrika Utara
Size: 10-13 cm
Sifat: agresive

Deathstalker dikenali sebagai spesies yang mempunyai racun paling berbisa, racunnya adalah campuran dari berbagai racun neurotoxin yang sangat kuat (tidak dapat dipastikan neurotoxin jenis apa tapi sepertinya bahaya) yang boleh menyebabkan rasa sakit yang sangat-sangat sakit, kemudian demam, diikuti dengan koma, kejang-kejang, kelumpuhan dan kematian. Mujurlah, untuk manusia dewasa yang sihat, walaupun menyakitkan, tetapi tidak dapat membunuh. Budak kecil, orang tua dan individu yang lemah (misalnya sakit jantung) berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi terhadap kematian jika disengat oleh kalajengking ini.



2. Arabian Fat-tailed scorpion, Androctonus crassicauda
Type: Terrestrial dessert
Origin: Timur Tengah dan Afrika Utara
Size: sekitar 10 cm
Sifat: terlalu agresive

Fat-tailed scorpion atau Androctonus merupakan salah satu spesies kalajengking paling beracun di dunia. namanya aj "Androctonus" yang bererti man-killer. Diantara semua spesies Androctonus mungkin yang paling bahaya adalah Arabian Fat-tailed Scorpion ini, racun yang dimiliki boleh menyaingi racun Deathstalker. Racun yang terdapat pada spesies ini juga terdiri daripada neurotoxin. Spesies ini bertanggungjawab ke atas kematian beberapa orang setiap tahun akibat sengatannya. Pada masa ini masih menjadi perdebatan apakah spesies kalajengking paling berbisa, samada Deathstalker atau Arabian Fat-tailed



3. Yellow Fat-tailed scorpion, Androctonus australis
Type: Terrestrial
Origin: Timur Tengah, Afrika Utara, India
Size: lebih dari 9 cm
Sifat: kadang2 agresive kadang2 tenang

Sesuai dengan jenisnya iaitu jenis "Androctonus", yellow fat-tailed merupakan jenis yg sangat berbisa, walaupun racun nya tidak sekuat Deathstalker ataupun Arabian fat-tailed, racun yellow fat-tailed boleh membunuh seseorang dalam masa 2 jam jika tidak diberi serumnya (tidak berpengaruh thdp orang dewasa yg sihat). Mendapatkan serumnya tidaklah senang, bahkan di AS pun sangat sukar untuk mendapatkan serumnya



4. Black Spitting Thicktail Scorpion, Parabuthus transvaalicus
Type: opportunistic Burrower
Origin: Afrika
Size: sekitar 12 cm
Sifat: cukup agresive

Ada sape2 yang tau kenapa jenis yang satu ini mendapat gelaran Black Spitting Thicktail Scorpion?? Ini kerana spesies ini boleh menyemburkan racun mereka seperti ular kobra. Racun yang mereka semburkan boleh mencapai sehingga 1 meter, dan apabila terkena mata boleh menyebabkan rasa yg sangat pedih dan menyebabkan buta sementara, namun kebutaan ini boleh jadi kekal jika racun tidak dibersihkan, kemampuannya inilah yang membuat ia dianggap sebagai spesis yang cukup berbahaya, namun kadar racunnya tidak tergolong dalam golongan yang boleh membawa maut. Walapun begitu racun yg dimiliki jenis ini berbahaya untuk kanak2 dan orang yg alergi terhadap racun ini.



5. Striped bark scorpion, Centruroides vittatus
Type: opportunistic Burrower
Origin: Amerika Utara
Size: 5-7 cm
Sifat: tidak agresive

Seperti kebanyakan kalajengking yang lain, jenis ini juga mudah ditemui di sekitar habitatnya. Namun kerana kedekatan nya dgn manusia, jenis ini (walaupun tidak agresive) cukup sering membahayakan manusia. Sengatannya sangatlah menyakitkan, ianya hanya berlaku selama 15-20 minit dan jarang sampai hingga 2-3 hari. namun jenis ini jarang sekali boleh menyebabkan kematian, walau[un ada beberapa laporan yang menyatakan jenis ini bertanggungjawab di atas beberapa kematian orang, namun itu semua masih menjadi perdebatan.



6. Asian Forest Scorpion, Heterometrus longimanus
Type: Terrestrial
Origin: Asia bahagian selatan termasuk Indonesia
Size: 10-12 cm
Sifat: sangat agresive

Ia sangatlah mirip dengan emperor scorpion, namun sifatnya sangat berbeza. Asian forest merupakan jenis yg sangat agresive dan cukup bersifat defensive sehingga ianya merasa terancam maka ia akan berada dalam kedudukan sedia menyerang. berbeza dgn jenis2 kalajengking di atas, bila terancam Asian forest jarang menyengat menggunakan ekornya, mereka lebih gemar menyerang dengan menggunakan sepitnya yang cukup besar untuk membuat kita berdarah, racun yang dimiliki oleh Asian forest tidak membawa maut (dikatakan hanya sekuat sengatan tawon) mungkin kerana itu ia lebih bergantung kepada sepitnya yang kuat.

credit wakakakak