Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, November 28, 2010

Home » , , , , » Dunia Cinta : Tips Merujuk Kembali Bekas Kekasih

Dunia Cinta : Tips Merujuk Kembali Bekas Kekasih



Ini dia tips agar dapat kembalikan kekasih atau merujuk kembali bekas kekasih anda, setelah putus cinta, kekasih anda mungkin akan memikirkan dua hal didalam fikirannya:


1. Dia lega bahawa ia mengakhiri hubungan dengan anda dan sekarang dia ingin untuk meneruskan hidupnya, atau:

2. Dia tahu apa kesalahan besar yang telah dilakukannya dan mungkin ingin kembali semula kepada anda.

Usah difikirkan apa yang berada didalam fikiran bekas kekasih anda sekarang, berikut adalah beberapa tips mengenai bagaimana anda dapat merujuknya kembali, jika anda benar-benar serius:

  • Elakkan daripada terus mencari pengganti kerana ini nampak seperti anda sangat terdesak. Jangan bertindak putus asa, berpendirian teguh pada diri sendiri dan bertindak seperti laki-laki. Dia akan menghargai anda lebih banyak untuk ini.
  • Minimumkan komunikasi. Ingatlah bahawa semakin anda menelefon atau menghantar sms setelah putus cinta, semakin besar kemungkinan bahawa anda berdua akan berakhir dengan pergaduhan. Beri cukup ruang dan waktu untuknya berfikir. Anda berdua mungkin perlu masa untuk berehat dan anda harus mengambil kesempatan ini.
  • Jangan membuatnya takut. Jauhi mengatakan sesuatu seperti “Jika awak tidak menjawab telefon saya, anda tidak akan melihat saya lagi,” ini hanya akan membuat bekas kekasih anda berfikir bahawa anda benar-benar ego dan anda tidak mempertimbangkan perasaannya. Dia juga mungkin berfikir bahawa anda tidak berminat dalam menyelamatkan hubungan sehingga keadaan menjadi lebih rumit untuk merujuknya kembali.

Ketahuilah bahawa perempuan, pada masa-masa tertentu akan menjadi sangat emosional. Jadi, Anda perlu memiliki banyak kesabaran dan pengertian terutama ketika putus. Selalu memberi mereka semua waktu yang mereka perlukan untuk berfikir dan anda harus menilai diri sendiri juga sehingga ketika anda akhirnya berjaya merujuknya kembali, anda tahu perkara apa yang harus dilakukan jika situasi seperti itu timbul lagi.

Anda mungkin bertanya pada diri sendiri, bolehkah saya merujuknya kembali setelah putus ? Jawabannya adalah YA. Hampi 90% hubungan yang putus berhasil rujuk kembali.

credit bisnis-anni.blogspot