Dibawah ini ada beberapa fakta yang mungkin belum anda ketahui tentang youtube
YouTube adalah sebuah laman web video sharing (berkongsi video) yang paling popular waktu ini. Para pengguna boleh memuatkan, menonton, dan berkongsi klip video secara percuma. Umumnya video-video di YouTube adalah klip muzik (video klip), film, TV, serta video buatan para penggunanya sendiri. Format yang digunakan video-video di YouTube adalah Flv yang dapat dimainkan di web yang memiliki plugin Flash Player.
1. Youtube ditubuhkan pada bulan februari 2005 oleh 3 orang bekas pekerja PayPal, iaitu Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim.
2. Pada awalnya pejabat pusat Youtube terletak di tingkat atas sebuah restoran Pizza dan Restoran Jepun di San Mateo, California.
3. Video awal yang pertama kali di muatnaik di Youtube bertajuk Me at The Zoo, memaparkan Jawed Karim di kebun binatang San Diego. Hingga saat ini video tersebut masih dapat disaksikan di youtube.
4. Youtube melancarkan Beta test pada bulan Mei 2005, 6 bulan sebelum official launching yang dilaksanakan pada bulan November 2005
5. Pada bulan juli 2006 atau 8 bulan selepas dirasmikan, tercatat 65.000 video baru di upload ke laman web Youtube setiap hari, dengan 100 juta views per hari
6. Pemilihan nama www.youtube.com mengakibatkan masalah bagi sebuah laman yang mempunyai nama yang hampir sama, www.utube.com. Pemilik laman web, Universal Tube & Rollform Equipment, mengajukan tuntutan terhadap YouTube pada November 2006 setelah mengalami kelebihan beban secara teratur yang diakibatkan oleh orang yang mencari laman YouTube
7. Pada bulan Oktober 2006, Google Inc. membeli Youtube bernilai 1.65 bilion US $
8. Pada tahun 2007 Youtube telah mengambil Bandwidth menyamai besarnya Bandwidth keseluruhan internet di dunia pada tahun 2000
9. Pada bulan Jun 2008 majalah Forbes memberitakan bahawa pendapatan Youtube selama tahun 2008 dijangka mencapai 200 juta US$
10. Pada tahun 2008 Youtube menerima penghargaan George Foster Peabody Award oleh kerana telah menjadi Speakers Corners dan sumbangan dalam pembangunan demokrasi dan kebebasan berpendapat
11. Saat ini Youtube menjadi website talian Video provider paling dominan di Amerika Syarikat, bahkan mungkin dunia, dengan menguasai 43 peratus pasaran. Dianggarkan 20 Jam durasi video di upload ke Youtube setiap minit dengan 6 bilion views per hari
credit yogakojiro