Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, November 29, 2010

Home » , , , » Dunia Lawak : Ipoh

Dunia Lawak : Ipoh


Suatu hari si ibu menghantar anaknya yang berusia 5 tahun untuk
menaiki bas express Kuala Lumpur-Kangar dan si ibu berpesan pada
si pemandu supaya memberitahu pada si anak jikalau sampai di Ipoh.
Namun si anak tu tadi asyik bertanya kepada si pemandu setiap minit
dan membuatkan si pemandu itu merasa bosan....katanya...

"Cik-cik kalau sampai Ipoh jangan lupa bagi tahu ya...." jawab si pemandu
"Ya, ya...pergi lah tidur dulu nanti achik kejutkan" Akhirnya si
anak tadi tu tertidurlah kerana keletihan..... Namun si pemandu itu
sudah terlajak hingga sampai ke Alor Setar dan sampai di sana barulah
dia teringat untuk mengejutkan si anak tadi.

Si pemandu itu merasa bersalah dan katanya pada penumpang-penumpang...."Encik-encik dan puan-puan saya rasa kita perlu berpatah balik ke Ipoh dan menghantar budak ni ke Ipoh semula" Semuanya merasa serba-salah dan si pemandu itu pun terpaksalah menghantar semula si anak ke Ipoh.

Sesampai di Ipoh si pemandu itu pun mengejutkan si anak....lalu si anak pun membuka
beg pakaiannya dan membuka bungkusan makanannya. Lalu si pemandu pun berkata... "Kenapa tak turun di Ipoh dan sampai ni?" Lalu si anak pun berkata...."Mama pesan sampai di Ipoh bukalah bungkusan ni" masing-masing terpinga-pinga dan ada juga yang ketawa walaupun dalam hati marah.....

photo from google