Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, November 25, 2010

Home » , , » Dunia Cinta : 5 Tanda Lelaki Membuktikan Cinta Kepada Pasangannya

Dunia Cinta : 5 Tanda Lelaki Membuktikan Cinta Kepada Pasangannya

5 Tanda Lelaki Membuktikan Cinta Kepada Pasangannya

Zaman sekarang, ternyata masih ramai perempuan yang ingin mendengar pengakuan dari para lelaki bahawa ia mencintai anda. Padahal, tidak semua lelaki senang atau mudah mengucapkan kata cinta tersebut. Bagi mereka, yang penting adalah perbuatan yang dilakukannya untuk anda.

Kristin Booker, penulis gaya hidup di New York City yang juga pengasas dan editor blog Fashion.Style.Beauty, mengatakan bahawa anda mungkin perlu melupakan ungkapan pengakuan cinta tersebut. Meskipun ungkapan itu tidak diucapkannya, tidak bererti ia tidak mahu memikirkannya. Kemungkinan besar lelaki mengungkapkannya dengan cara lain. Misalnya, "Wah, kek yang dibuat isteriku paling sedap!"




Selain itu, mengikut Kristin, lelaki menggunakan tanda-tanda samar selama berkaitan dengan perempuan yang dicintainya untuk menunjukkan dan membuktikan rasa sayangnya.

1. Ia sentiasa mengingati hal-hal kecil mengenai anda.

Untuk membuktikan cintanya yang besar kadang-kadang lelaki tidak memberikan sesuatu yang besar. Misalnya, ia masih mengingati pakaian apa yang anda kenakan saat pertama kali berjumpa dengannya. Ia tahu apa perkara yang paling anda sesali, atau siapa penyanyi kegemaran anda ketika masih remaja. Hal-hal ini menjadi tanda bahawa ia membuat suatu pelaburan nyata di dalam ingatannya mengenai sesuatu hal yang penting bagi anda. Dengan sendirinya, hal itu juga penting baginya.

2. Ia melakukan tindakan "remeh" untuk anda.

Tindakan ini biasanya tidak akan dilakukan seorang lelaki, seperti membelikan cocklat untuk anda kerana rakan-rakan perempuannya juga membeli coklat yang sama, membeli beberapa barang di minimarket yang sesuai dengan senarai perbelanjaan anda, atau mengusap-usap perut anda ketika anda mengeluh kram perut akibat datang bulan . Kebanyakan lelaki jarang menunjukkan perlakuan romantik seperti ini, apatah lagi bila hubungan anda dengannya sudah berjalan lama. Namun, inilah bukti bahawa anda selalu berada di dalam fikirannya.

3. Ia ada pada saat anda memerlukannya.

Anda memintanya untuk menemaninya makan bersama keluarga anda (padahal dia sedang keletihan), atau meminta waktunya untuk perkahwinan sepupu anda, padahal pada masa yang sama ada pertandingan bola yang ditunggu-tunggunya. Kesediaannya menemani anda menunjukkan bahawa anda lebih penting daripada segalanya. Dan, lelaki tidak akan melakukan hal-hal seperti ini untuk mana-mana orang. Hanya orang yang benar-benar penting baginya, iaitu anda.

4. Ia rela mengorbankan perasaan atau kepentingannya.

Tahukah anda bahawa ketika ia dengan sabar menunggu anda yang sedang asyik shopping, padahal ia bosan setengah mati? Atau ketika ia menyimpan koleksi patung permainan Transformersnya ke dalam stor kerana anda tidak menyukainya? Apapun yang dilakukan lelaki, dari mengurangkan jadual main tenisnya, sehingga menghalangnya dari merokok, merupakan tanda bahawa ia peduli. Jadi, jangan protes bila ia pun meminta anda tidak sering-sering membeli barang-barang yang tidak penting yang lalu bertaburan di dalam bilik anda. Tidak adil jika hanya dia yang mengorbankan kebiasaannya tetapi anda tidal

5. Ia selalu menepati janjinya.

Lelaki yang paling dibenci bagi kaum wanita adalah yang selalu datang lambat waktu temujanji, membatalkan janji pada saat-saat terakhir, lupa menelefon, kehilangan nombor telefon anda, dan sebagainya. Bila ia mencintai anda, lelaki akan menepati apa yang dikatakannya. Setidaknya, bila ia tidak sanggup menepati janji kerana masih ada urusan di pejabat misalnya, ia akan berusaha menggantikannya pada waktu lain. Bila ia berjanji menjemput anda, ia tidak keberatan sampai di tempat tunggu lebih cepat daripada anda, kerana ia tidak mahu anda termangu-mangu di pinggir jalan untuk menunggui dia.

credit unikboss