Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, November 11, 2010

Home » , , , , » Dunia Renungan : Kisah Pokok Epal

Dunia Renungan : Kisah Pokok Epal

KISAH POKOK EPAL - (Untuk renungan bersama)


Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar.
Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini
setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal
sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu
pokok epal tersebut.



Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat
permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.



Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja.
Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok
epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal
tersebut dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,"
jawab budak remaja itu.

"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah
budak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada
padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli
permainan yang kau inginkan."



Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan
pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu...

Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang.
Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku.
Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.

"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong
dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal
itu memberikan cadangan.

Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu
dan pergi dengan gembiranya.


Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi
kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu.
Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok
epal itu. Dia telah matang dan dewasa.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di
sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar.
Malangnya, aku tidak mempunyai bot.
Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.

"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh
memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar
dengan gembira," cadang pokok epal itu.



Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia
kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi
selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia,
datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain
di sekitar pokok epal itu.

"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku
sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah,
batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir
mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.



"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya,
aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu
batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan
ingin berehat," jawab lelaki tua itu.



"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.

Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat.
Mereka berdua menangis kegembiraan.





CERITA INI SENGAJA DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK KITO BERFIKIR TENTANG
PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA TERSEBUT. SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG
DIMAKSUDKAN DI DALAM CERITA ITU ADALAH KEDUA-DUA IBU BAPA KITA.

BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA.
KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA,
KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP.

KITA TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM
KESUSAHAN.

NAMUN BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA
SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP.

ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP POKOK
EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH, ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN ANAK-ANAK
MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA.

HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA.
JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI MEREKA SEMASA
MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI BAPA
SETIAP TAHUN.



SEMOGA MEMBERIKAN KEINSAFAN DAN KESEDARAN KEPADA REMAJA KITA.

sharing is caring:)

p/s: photo from Google