Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, October 30, 2010

Home » , , , , , , , » Dunia Aku : Paul 'octopus' Dah Ada Pengganti Baru

Dunia Aku : Paul 'octopus' Dah Ada Pengganti Baru


Selamat malam readers semua, akhirnya berakhir sudah Final Piala Malaysia antara Kelantan vs Negeri Sembilan, permainan yang menarik antara kedua-dua pasukan..Tahniah diucapkan kepada pasukan Kelantan apabila mencatat sejarah tersendiri memenangi Piala Malaysia buat kali pertama..


Cerita sedikit mengenai final tadi, kedua2 pasukan mempamerkan permainan yang menarik dimana kedua2 pasukan boleh dikatakan mempunyai peluang yang seimbang, N. Sembilan mendahului seawal minit ke-15 melalui penalti yang disempurnakan oleh pemain muda Shahurain Abu Samah melalui sepakan penalti..Keputusan kekal 1-0 sehingga tamat separuh masa pertama, bersambung sahaja babak kedua permainan, Kelantan mula mempamerkan aksi2 yang lebih menarik, gol yang dicari2 akhrinya tiba melalui tandukan Hairuddin Omar pada minit ke 58 dan hasil rembatan Badhri Radzi kalau tak silap pada minit ke 65..








Ok,kita berbalik pada tajuk entry malam ni, sepertimana yang kita tahu Paul si sotong yang meramal tepat pada perlawanan Piala Dunia telah pun mati, dan penggantinya masih belum dijumpai, tapi sekarang rasanya diorang tak payah susah2 nak cari pengganti sebab aku rasa aku boleh ramal lagi tepat daripada Paul si sotong tu..siap dengan bape biji gol skali..sama macam yang aku ramalkan waktu World Cup Holland vs Brazil..kalau tak percaya tengok gambar dibawah, before perlawanan akhirt tadi lagi aku dah post status kat Facebook awal2 yang Kelantan akan menang 2 : 1..usha2 sikit gambar bawah ni..


Tengok waktu post tu yang penting,klik gambar untuk lebih jelas


Hehe, suatu kebetulan atau ketepatan, itu masih lagi menjadi tanda tanya:p,papepun, tahniah diucapkan kepada pasukan Kelantan atas kejayaan merangkul Piala Malaysia buat kali pertama dan tahniah juga kepada kedua2 penyokong pasukan kerana tiada insiden2 yang tidak diigini berlaku setakat artikel ini ditulis..

p/s : gambar from Google, entry diatas hanya suka2,lagipun haram percaya pada ramalan2 ni:)