Ok,now kita berbalik pada topik yang ingin aku suarakan pada pandangan aku sendiri, Apa Yang Dicari Dalam Hidupku..biasanya kebanyakkan orang pasti akan berfikiran KEBAHAGIAAN, KEKAYAAN dan KEJAYAAN merupakan antara elemen penting yang dicari dalam kehidupan kita yang sebenarnya..tapi tahukah kita jika kita memilih KEKAYAAN, ia takkan hadir tanpa KEJAYAAN dan KEBAHAGIAAN..begitu juga KEJAYAAN takkan datang tanpa menjemput KEKAYAAN DAN KEBAHAGIAAN bersama-sama..tapi jika kita memilih KEBAHAGIAAN, Insyaallah ia akan datang bersama-sama dengan KEJAYAAN dan KEKAYAAN..inilah lumrah hidup yang perlu kita tahu..
Kadang2 aku berfifkir sendirian, apa yang sebenarnya aku cari dalam kehidupan aku, ya memang aku inginkan pendidikan yang sempurna, pekerjaan yang baik, melalui hari2 yang indah, tak perlu fikir soal kewangan atau sebagainya, tapi adakah aku berusaha ke arah itu?? Sekarang memang aku sedang berusaha ke arah itu, hanya waktu dan takdir yang akan menentukan segalanya..
Kita selalu dengar bahawa hidup ini umpama roda, kadang2 kita diatas, kadang2 kita dibawah, kadang2 kita umpama batu yang keras and kadang2 kita umpama aiskrim, mudah cair jika dibiarkan..Pernahkah kita terfikir bagaimana caranya untuk kita sentiasa berada diatas, tanpa perlu memikirkan perlunya kita melalui pusingan roda yang membuatkan agar kita sentiasa diatas, tapi itulah lumrah kehidupan, kita pasti akan laluinya tidak kira kita suka atau tidak..
Rasanya ini je yang aku terfikir untuk topik ni, aku ni pun bukannya reti sangat nak menulis ni, setakat yang terfikir je..Tak sangka pula aku boleh menulis dengan ayat sebegini rupa..hehe..So, papepun yang aku lakukan, aku mengharapkan segalanya diredhai dan diberkati Allah