MOTOSIKAL TOK BATIN
Tersebutlah kisah, apabila seorang Tok Batin di Bukit Ibam telah membeli sebuah motosikal terpakai. Seperti biasa motorsikal terpakai tidak mempunyai mud-guard, side-mirror malah plate nombor.
Suatu hari Tok Batin ingin pergi ke Pekan. Dengan semangat yang berkobar-kobar Tok Batin mengunggang motor kapcainya melalui denai yang berbengkang-bengkok. Tiba di pertengahan jalan dia ditahan oleh seorang anak buahnya.
"Tok, tumpang ke Pekan?!"
" Boleh, naik di belakang" jawab Tok Batin sambil menunjuk ke belakang.
Sampai di suatu tempat , ada seorang anak buahnya lagi menahan Tok Batin.
"Tok, boleh tumpang? Kite nak ke Pekan ni.."
"Apa salahnye, naiklah di belakang" Tok Batin mengarah.
Tak lama selepas tu, motosikal pun sampailah ke jalan besar. Ada le kira-kira 5 kilometer lagi baru sampai ke Pekan. Tok Batin pun memecut motosikalnya dengan membawa dua orang anak buahnya itu di belakang.
Hembusan angin yang meniup tiga biji kepala tanpa topi keledar itu membuatkan perjalanan mereka sangat mengasyikkan. Tiba di kilometer 2, sekatan jalanraya sedang diadakan. Seorang polis trafik menghulur tangan menahan mereka.
Tok Batin dengan muka selamba memecut motosikalnya dengan bertambah laju melepasi sekatan tersebut. Melihat kesalahan yang dilakukan oleh Tok Batin, polis trafik terus mengejarnya dan dapat memintas. Tok Batin dengan serta merta membrek motosikalnya.
"Oii, ape ni! Nak bunuh kite ke?! Berhenti depan kite macam ni! Tengok belakang kite ade due orang anak buah kite. Kamu takpe la pakai topi keras, yang kite ni kepala togel, kalau jatuh tak ke kite mati?!" marah Tok Batin.
"Pak Cik, kenapa bila saya tahan Pak Cik tak berhenti tadi?" tanya polis trafik tu.
Lantas Tok Batin menjawab "Oi, tak ade otak ke? Tak nampak Belakang motor kite dah penuh dua orang, mane boleh tumpang lagi!!"