Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, January 15, 2011

Home » , » Dunia Info : 10 Selebriti Pintar Di Hollywood

Dunia Info : 10 Selebriti Pintar Di Hollywood

1.Natalie Portman
Pelakon Star Wars ini lulus sekolah menengah dengan markah yang sempurna dan berhasil meraih gelaran sarjana psikologi dari Universiti Harvard. Pemenang oscar ini juga fasih berbahasa Jepun dan Perancis.

2.Kate Beckinsale
Bintang underworld ini mempelajari ilmu sastera,bahasa perancis dan rusia di Universiti Oxford. Kate juga pernah mengikut pertandingan W.H.Smith Youth Writers dan menjadi pemenang di pertandingan tersebut. Isteri kepada sutradara Len Wiseman ini juga fasih berbahasa jerman,rusia dan perancis.

3.Quentin Tarantino
Walaupun dia pernah keluar daripada sekolah. Sutradara filem Kill Bill ini adalah anggota MENSA, komuniti orang berIQ tinggi. Tarantino mempunyai IQ 160.

4.Jodie Foster
Artis ini lulus dengan gelaran 'Valedictorian' (lulusan terbaik),dari Lycee Francais de Los Angeles di dalam pelajaran bahasa Perancis. Pemenang dua oscar ini melanjutkan pelajaran ke universiti Yale,dan meraih sarjana sastera.

5.Sharon Stone
Walau penampilannya sangat panas dalam film Basic Instinct, tapi stone adalah salah satu anggota MENSA dengan IQ 154. Stone pernah belajar di universiti Edinboro, Pennsylvania pada usia 15 tahun.


6.Matt Damon
The Bourney Identity ini lulus dengan Nilai A di semua mata pelajaran sewaktu sekolah rendah dan sekolah menengah. Matt juga belajar jurusan inggeris di universiti Harvard.

7.Alicia Keys
Tamat sekolah menengah pada usia 16 tahun dan mendapat gelaran valedictorian (lulusan terbaik). Alicia juga menerima beasiswa di universiti columbia untuk jurusan Muzik.

8.Steve Martin
Mungkin dia adalah seorang aktor yang lucu namun dia bukan bodoh. Bintang Pink Panther ini belajar falsafah di California State University dan pernah dicadangkan menjadi tenaga pengajar di sana. Steve juga anggota MENSA dengan IQ 142.

9.Shakira
Penyanyi ini tidak hanya memiliki wajah yang cantik dan tubuh seksi tetapi dia juga cerdas. Shakira memiliki IQ 140.

10.Nicole Kidman
Walaupun Nicole tidak pernah lulus dari universiti, tetapi pemenang oscar dan juga bekas istri Tom Cruise ini memiliki IQ 132.