Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, January 15, 2011

Home » , , » Dunia Info : Kereta Adolf Hitler Dijual Pada Harga 15 Juta Dollar

Dunia Info : Kereta Adolf Hitler Dijual Pada Harga 15 Juta Dollar

Kereta Mercedes Benz model 770 K kepunyaan Adolf hitler seperti yang diceritakan CNN, sekarang berada di tangan seorang jutawan Rusia yang tidak mahu dikenali. Dia membeli kereta tersebut pada harga US$15 juta.

Menurut seorang pengusaha kereta lama di Duesseldorf, Jerman, Michael Froehlich berkata, kereta itu dibeli oleh wakil dari jutawan Rusia tersebut, dia datang ke pejabatnya untuk menjejaki di mana kereta tersebut berada. Froehlich mengaku sangat terkejut dan menolak pada awalnya.

Walaupun begitu, wakil tersebut tetap berusaha menjejaki tempat di mana diletakkan kereta tersebut. Dia menjumpainaya pada seorang pengusaha asal Bavaria, Jerman. Sebelumnya,kereta tersebut terletak di muzium kereta klasik di Las Vegas, Amerika Syarikat.