Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, January 9, 2011

Home » , , , , , , , » Dunia Video : 10 Pemain Gitar Terpantas Dunia

Dunia Video : 10 Pemain Gitar Terpantas Dunia

1. MICHAEL ANGELO BATIO
Di nobatkan sebagai sebagai pemain gitar nombor 1 terpantas di dunia. Batio juga terpilih sebagai “No. 1 Shredder of All Time” oleh Majalah Guitar One pada tahun 2003. Pada waktu bersamaan di bulan april 2008 dia mendapat senarai pertama dari “Top 100 Greatest Metal Guitarists of All Time” oleh Majalah Guitar World dan salah seorang dari “20 Greatest Shredders of All Time” oleh majalah Total Guitar Magazine.


2. CHRIS IMPELLITTERI
Lahir pada 10 Nopember 1964 in Connecticut. Berdasarkan majalah Guitar One Magazine, dia merupakan pemain gitar kedua terpantas di dunia.


3. YNGWIE J. MALMSTEEN
Pemain gitar berasal dari swedia yang juga merupakan seorang komposer, multi-instrumentalist, and pemimpin band. Malmsteen menjadi perhatian pada pertengahan tahun 1980 untuk pengaruh teknik gitarnya dan komposisi neo-classical metal compositions. Penjualan Empat albumnya dari tahun 1984 sampai 1988, Rising Force, Marching Out, Trilogy, and Odyssey, menduduki senarai teratas dari top 100.


4. PAUL GILBERT
Paul Gilbert lebih terkenal bersama Racer X, Mr. Big, and beberapa instrumental album yang dikeluarkan baru-baru ini. Setelah keluar dari Mr. Big pada tahun 1997, Gilbert mula menerbitkan album solo. Dia juga bergabung dengan Joe Satriani dan John Petrucci pada G3 tour tahun 2007. Dia juga terkenal untuk alternate picking, string skipping technique, dan menduduki senarai ke 4 “Top Shredders of All Time” dari Majalah Guitar One.


5. THE LATE SHAWN LANE
Shawn Lane menjadi pemain gitar terkemuka dalam persekitaran pemain gitar underground dan bergabung dengan Black Oak Arkansas ketika berumur 14 tahun.


6. JOE STUMP
Teknik Joe Stump hampir sama dengan Yngwie Malmsteen’s, iaitu neo-classical metal. Dia juga telah mengeluarkan beberapa album dengan bandnya, Reign of Terror dan juga sebagai solo artis. Dia juga bermain sebagai lead guitar pada symphonic metal band HolyHell. Stump adalah seorang professional shredder, dan berdasarkan pemilihan pada majalah Guitar One dia menduduki tempat ke 6 diantara senarai "Top 10 fastest shredders of all time".



7. RUSTY COOLEY
Rusty tidak puas sebagai pemain muzik tempatan dan mula berkarier solo pada awal 1996. Dan ketika ini dia khusus bermain dengan 7-string guitar. Debut album solo perdananya dimulai pada tahun 2003. Dan tidak dinafikan lagi, dia merupakan salah satu pemain gitar terpantas di dunia.


8. BUCKETHEAD
Dia dikenali kerana selalu memakai topeng plastik putih dan memakai topi dari buket KFC. Dia merupakan komposer yang produktif, telah mengeluarkan 38 album solo dan menghasilkan lebih dari 50 album. Dia juga merupakan bintang undangan dalam 44 album dari berbagai artis berbeza. Dia menggabungkan muziknya secara beragam dan berbeza seperti thrash metal, funk, electronica, jazz, bluegrass dan avant-garde music.


9. JOHN PETRUCCI
Salah satu inspirasi para pemain gitar. John lebih dikenali sebagai pengasas dan anggota dari progressive metal band Dream Theater. Dia telah menghasilkan (bersama dengan Mike Portnoy) semua album Dream sejak keluaran pertamanya pada tahun 1999 diterbitkan, Metropolis Pt. 2: Scenes from a Memory. Dia penulis lirik utama dalam band.


10. THE GREAT KAT
The Great Kat merupakan nama komersial dari Katherine Thomas yang terkenal kerana tafsirannya dalam musik thrash metal dengan sedikit muzik klasik. Kebanyakan dia bermain dengan gitar elektrik, tetapi kadang-kala dia bermain biola. Faktanya Thomas adalah pelatih biola, lulusan dari Juilliard School dan sempat untuk bermain conventional classical music sebelum akhirnya beralih arah ke metal.Dia memang gila seperti yang terlihat.


credit kaskus.us