Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, January 2, 2011

Home » , , , , , » Dunia Info : 10 Rekaan Bangunan Menakjubkan Yang Tidak Dapat Dibina

Dunia Info : 10 Rekaan Bangunan Menakjubkan Yang Tidak Dapat Dibina

10. HOTEL ATTRACTION DESIGNED IN 1908 FOR NEW YORK CITY



Hotel Attraction asalnya ingin menjadi gedung tertinggi di New York pada waktu itu. Direka oleh Antoni Gaudi, tinggilnya adalah 360 meter, dan nampaknya sangat mustahil pada waktu itu. Sedikit sekali fakta yang diketahui tentang projek ini sampai ketika tahun 1956, sebuah buku berjudul The NEw World Called Gaudi diterbitkan. Tidak jelas mengapa projek ini dihentikan.


9. THE ILLINOIS DESIGNED IN 1956 FOR CHICAGO ILLINOIS



The Illinois asalnya akan menjadi pencakar langit setinggi 1.609 meter yang diilhamkann oleh Frank Lloyd Wright. Wright percaya bahawa bangunan ini mungkin dapat dibuat, pada waktu itu. Rekaannya terdiri daripada 528 tingkat, dengan luas daerah kotor 18,46 kaki persegi. Masalah yang timbul adalah ruang yang diperlukan untuk mendirikan pencakar langit itu tidak mencukupi, dan terbatasnya lift (elevator) yang diperlukan. Hal itulah yang akhirnya menggagalkan projek ini.


8. FOURTH GRACE / THE CLOUD DESIGNED IN 2002 FOR LIVERPOOL ENGLAND



Walaupun ramai orang yang menganggap bahawa Fourth Grace adalah proposal terjelek, Arkitek Will Alsop mendapat penghargaan rekaan untuk projek yang dinamakannya The Cloud ini. Projek ini diberhentikan kerana masalah dana yang diperlukan untuk membina design spiral yang mahal. Fourth Grace direka untuk pejabat, 107bilik hotel, dan 50000 sq ft fasiliti termasuk bar, restauran, dan gallery.


7. BEACON OF PROGRESS DESIGNED AROUND 1891 FOR CHICAGO ILLINOIS



Rancangannya adalah sebuah menara batu setinggi 457 meter di Jackson Park, Chicago. Rekaan yang memenangi penghargaan ini dikemukakan oleh Professor MIT Dsir Despradelle, seorang rakyat Perancis. Dengan lebih banyak bantuan dana, bangunan ini boleh menjadi bangunan buatan manusia tertinggi di dunia ketika itu.


6. VILLE CONTEMPORAINE DESIGNED IN 1922 FOR PARIS FRANCE



The Ville Contemporaine asalnya hendak dijadikan tempat tinggal bagi 3 juta penduduk. Ville ini dicadangkann oleh arkitek Swiss-Perancis Le Corbusier. Bahagian tengah bangunan ini dirancang adalah sekelompok pencakar langit 60 tingkat yang dibina dengan logam baja dan diselubungi oleh dinding kaca. Digunakan untuk pejabat dan apartmen. Tidak dapat dipastikan mengapa projek ini dihentikan.


5. TATLINS TOWER DESIGNED AROUND 1917 FOR ST. PETERSBURG RUSSIA



Tatlins Tower menjadi realiti, akan menjadikan Eiffel Tower nampak mini. Rancangannya, bangunan ini dibuat dari besi, kaca, dan logam keras. Menara ini asalkan akan dijadikan simbol kemodenan. Bentuk utama menara ini adalah twin helix yang naik secara lilitan sehingga tinggi 400m, dimana orang2 boleh diangkut ke atas, melalui jalur itu.


4. SHIMIZU MEGA-CITY PYRAMID DESIGNED IN 2004 FOR TOKYO JAPAN



The Shimizu Mega-City Pyramid adalah sebuah piramid buatan raksasa di Tokyo Bay, Jepun. Struktur itu 12 kali lebih tinggi dari Piramid Giza, dan mampu menampung 750.000 manusia. Itu akan menjadi hasil bangunan manusia yang terbesar sepanjang sejarah.

Piramid ini sebenarnya dibina dengan 55 piramid yang lebih kecil dan saling ditumpuk. Piramid kecil ini masing-masing besarnya setanding dengan Luxor Hotel di Las Vegas. Alasan projek ini tak dapat dibina adalah kerana rekaan mega piramid ini tergantung akan material canggih yang ringan namun sungguh kuat, yang mana pada waktu itu masih belum ada.


3. VOLKSHALLE (THE GREAT DOME) DESIGNED AROUND 1930 FOR BERLIN GERMAN


The Volkshalle (Peoples Hall) adalah sebuah bangunan monumental yang dirancangkan oleh Adolf Hitler dan arkiteknya Albert Speer. Ia asalnya akan menjadi bangunan paling impresif dan penting di Berlin, sebagai tanda kehebatan Hitler. Untungnya, bangunan ini tidak jadi didirikandisebabkan perang.


2. PALACE OF SOVIETS DESIGNED IN 1933 FOR MOSCOW SOVIET UNION


Jika Palace of Soviets jadi dibina, ia akan menjadi struktur tertinggi di dunia. Pembinaannya yang dipelopori oleh Boris Iofans ini sebenarnya sudah dimulai di tahun 1937 dan diberhentikan kerana pencerobohan Jerman. Tahun 1942, bahan besinya digunakan untuk membuat jambatan.


1. ULTIMA TOWER DESIGNED IN 1991 FOR SAN FRANCISCO CALIFORNIa

Rekaan ini tampaknya tersangatlah mustahil (lihat saja ilustrasi projeknya diatas), tapi sebaliknya, sangat menakjubkan jika boleh dibuat. Arkitek Eugene Tsui mendapat idea bangunan ini dari hasil belajarnya di San Fransisco.

Struktur ini akan menggunakan tenaga hasil penukaran tenaga atmosferik dengan cara mengubah tenagayang dihasilkan perbezaan tekanan udara dari atas dan bawah bangunan ini menjadi tenaga elektrik. Bangunan ini memiliki 500 lantai (2 mil tingginya) dan diharapkan menjadi tempat tinggal sekitar 1 juta penduduk.

credit lelosusilo.wordpress