Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, January 14, 2011

Home » , , , , » Dunia Gambar : 25 Gambar Terkenal Tentang Sejarah Dunia

Dunia Gambar : 25 Gambar Terkenal Tentang Sejarah Dunia

Mungkin gambar ini yang paling terkenal dari pemberontakan mahasiswa di Cina pada tahun 1989, gambar ini menunjukkan satu orang menghalang kereta kebal yang muncul di jalan-jalan raya. Lelaki itu selamat tetapi tak lama kemudian jalan-jalan tersebut penuh dengan darah orang tidak bersalah.
Gadis di tengah gambar ini adalah Kim Phúc yang berusia 9 tahun . Dia berlari dari serangan napalm(sejenis bahan petrol yang digunakan untuk membuat bom) yang menyebabkan serius di punggungnya. Budak di sebelahnya adalah adiknya. Kedua-duanyanya selamat. Gambar ini diambil oleh Huyh Chong menjadi salah satu gambar yang paling banyak diterbitkan dari perang Vietnam
Pada tarikh 20 Julai 1969, Neil Amstrong menjejakkan kaki kirinya di Bulan. Ini adalah jejak kaki manusia pertama di Bulan. Mereka telah membawa kamera TV. Jejak kaki pertama di Bulan ini akan berada di sana selama jutaan tahun. Gambar ini diambil oleh Buzz Aldrin.
Fotografer Eddie Adams mengambil gambar Nguyen Ngoc Loan polis Vietnam Selatan yang sedang menghukum kepala kapten Viet Cong. Adams kemudian menyatakan bahawa ia menyesal bahawa dunia tidak melihat Nguyen Ngoc Loan sebagai pahlawan atas perbuatannya di Vietnam.
Setelah menangkap dan membunuh Guevara (revolusi Marxis), tentara Bolivia menunjukkan gambar ini untuk membuktikan bahawa ia sudah mati. Kematiannya merupakan pukulan telak kepada gerakan sosialis revolusi di Amerika Latin dan Dunia Ketiga.
Tentara Soviet Union Raqymzhan Qoshqarbaev, dan Georgij Bulatov menaikkan bendera di atap Bangunan Reichstag di Berlin, Jerman pada bulan Mei, 1945. Foto diambil oleh Yevgeny Khaldei
Ini adalah salah satu gambar paling terkenal dari Perang Dunia II. Perajurit dan jururawat itu tidak dikenali, tetapi beberapa orang telah mendakwanya hak milik mereka untuk mendapatkan kemasyuran. Acara ini merupakan perayaan berakhirnya perang dan diambil di Times Square oleh Alfred Eisenstaed.
Ini ditemui dalam album peribadi seorang tentera Einsatzgruppen. Di belakangnya diberi label "Orang Yahudi terakhir Vinnitsa". Semua 28.000 orang Yahudi yang tinggal di sana tewas pada waktu itu.
Gambar ini diambil dari Adolf Hitler ketika mengunjungi Paris dengan arkitek Albert Speer, pada tarikh 23 Jun 1940. Pasukan Hitler telah menakluk Paris dan Hitler mengagumi kota barunya.
Ini gambar Florence Owens Thompson (ibu 7 anak berusia 32 tahun) adalah salah satu perwakilan perasaan depresi. Gambar ini diambil oleh Dorothea Lange setelah Florence menjual tenda untuk menyediakan makanan untuk anak-anaknya.
Gambar ini diambil setelah pembunuhan dua lelaki muda berkulit hitam yang dituduh memperkosa seorang gadis kulit putih. Mereka digantung oleh sekumpulan orang. Wajah orang-orang tersebut menunjukkan kepuasan. Seorang lagi lelaki kulit hitam yang lain telah diselamatkan oleh pakcik gadis tersebut yang mengatakan dia tidak bersalah.
Ini adalah gambar anak-anak lelaki yang dikenali sebagai 'breaker' - iaitu tenaga kerja anak yang difungsikan untuk memisahkan batubara dari batu tulis. Gambar ini membantu lahirnya peraturan pelarangan pekerja kanak-kanak. Gambar itu diambil oleh Lewis Hine di Amerika Syarikat.
Gambar ini diambil pada tarikh 18 April 1906. Ini adalah gambar paling terkenal dari kemusnahan yang disebabkan oleh kebakaran besar dan gempa bumi. Diambil oleh Arnold Genthe menggunakan kamera pinjam.
Diambil oleh Nicéphore Niépce, ini adalah gambar pertama yang pernah diambil yang sampai sekarang masih ada. Dia menyebutnya sebagai metode heliography.
Tahanan Iraq dengan anaknya (Jean-Marc Bouju, Perancis) - 2003. Seorang tawanan perang Iraq mencuba menenangkan diri anaknya.
Menggali kubur di Iran setelah gempa bumi (Eric Grigorian, AS) - 2002. Tentera dan penduduk desa di Iran menggali kubur bagi para korban gempa. Seorang anak memegang seluar ayahnya sebelum ia dikuburkan.
Dead Afganistan Kid (Erik Refner, Denmark) - 2001. Jenazah pelarian Afghanistan itu sedang dipersiapkan untuk pemakaman di Pakistan.
Perang Saudara di Angola (Francesco Zizola, Itali) - 1996. Anak-anak yang shock oleh perang saudara di Angola.
Penyiksaan di Rwanda (James Nachtwey, USA)
Kebuluran di Somalia (James Nachtwey, AS) - 1992. Seorang ibu di Somalia menggendong tubuh anaknya yang meninggal kerana kebuluran.
Mayat para pelarianPalestin di Lebanon (Robin Moyer, AS) - 1982. Pelarian Palestin dibunuh di Beirut, Lebanon.
Penguasaan Parlimen Sepanyol (Manuel Pirez Barriopedro, Sepanyol) - 23 Februari 1981. Kolonel polis tentera Molina menguasai bangunan Parlimen di Sepanyol. Jurugambarr itu tidak mengharapkan kejadian yang tidak elok, dan menyembunyikan filem gambarnya di dalam kasutnya.
Kebuluran di Uganda (Wells Michael, U.K.) - 1980. Seorang anak di Uganda akan mati kelaparan.
Kemalangan (Forman Stanley, AS) - 1975. Seorang wanita dan anaknya jatuh ketika melarikan diri dari kebakaran.
Perang Vietnam (Kyoichi Sawada, Jepun) - 1966. Pasukan AS di Vietnam Selatan menyeret seorang tentera Vietnam yang mati.

credit sourceflame