Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label cerita paling lawak. Show all posts
Showing posts with label cerita paling lawak. Show all posts

Monday, December 20, 2010

Dunia Lawak : Punca Kematian Sebenar

Bob pegi le melawat Pak Ali yang sakit tenat kat hospital.
Pak Ali dah tenat terpaksa guna tiub oksigen untuk bernafas.
Bob berdiri di sebelah katil Pak Ali.

Lepas tu Pak Ali terketar ketar ambik pen dan kertas lalu menulis sesuatu.
Lepas habis tulis Pak Ali pun bagi nota tu pada Bob lalu terus meninggal.
Selepas tamat upacara pengkebumian Pak Ali, Bob pun teringat akan nota Pak Ali yang belum dibacanye.

Bob pun berkata pada para hadirin sekalian
"Tuan tuan sekelian, sebelum meninggal Pak Ali ada meninggalkan nota untuk kita semua."
Bob pun membaca nota itu depan hadirin.
Nota itu berbunyi...
"Ketepi, kau pijak tiub oksigen aku".

Wednesday, December 15, 2010

Dunia Lawak : Kisah Pak Pandir Yang Pandir

Kisah Pak Pandir Yang Pandir


Pak Pandir nak masuk ke bandar utk membeli barang2 keperluan yang diingini oleh
mak andih...

Sesampainyer di perhentian... termangu-mangu pak pandir kerna terlupa utk
bertanyakan pada mak andih tentang bas kesana... kebetulan lalu seorang polis
menaiki motorsikal.. lalu ditahannya ..

"Ya, pak cik.. bleh saya tolong?"

"ya..ya.. pak cik nak ker bando... tapi tak tau plak basnya.. Anak boleh tolong
ker" tanya pak pandir

"ohhh..nak kebandar... senang ajer pakcik.. pak cik tunggu jer kat sini..sampai
bas nombor 54 datang... pak cik naik la.. bas tu akan bawak pak cik ke bando... "

"oooo bas nombor 54 ya.. ya..ya..tima kasih yer nak.. "..ujar pak pandir...
maka berlalulah polis tadi...

Pak pandir pun duduk la menunggu.. dan tunggu...

Polis yang sama kebetulan lalu semula disitu... Agak kehairanan dia ..bila
ternampak pak pandir tadi.masih ada disitu.. lalu menghampirinya...

"Errrrr Pak Cik.. pak cik tak pegi lagi ka" tanya nya..

Dengan selamba Pak Pandir menjawab... . "Nak pegi la nie.. "...

"... Eh... bas tu tak lalu lagi ker.. patutnyer dah lalu dah nie pak cik...
"kata polis tu lagi..

"Belum lagi nak.. baru bas nombor 45.. kejap lagi bas nombor 46.. tak lama lagi
sampai la yang nombor 54... . " jawab pak pandir...

Tuesday, December 14, 2010

Dunia Lawak : Kembar 7 atau 11?

Kembar 7 atau 11?


4 orang bakal ayah sedang menunggu di bilik menunggu di hospital sementara isteri masing-masing sedang berjuang untuk melahirkan anak. Kemudian keluar jururawat dan memberitahu kepada ayah pertama, "Tahniah, kamu sekarang telah menjadi ayah kepada kembar dua!". "Mungkin satu kebetulan" kata ayah pertama. " Saya bekerja di Menara Berkembar Petronas"

Kemudian keluar pula jururawat lain dan memberitahu kepada ayah kedua, "Tahniah! awak mendapat anak kembar tiga!" "Wooow!, mungkin satu kebetulan" jawab ayah kedua."Saya kerja di 3M Corporation" Keluar pula jururawat lain dan memberitahu ayah ke ketiga,"Congratulation! isteri you dapat kembar empat," "Alhamdulillah! Mungkin juga satu kebetulan". Saya kerja di Four Season Hotel!"

Pada masa ini ayah yang ke empat kelihatan amat tidak menentu dan gelisah. Kesemua ayah-ayah yang menunggu pun bertanya, "Kenapa risau sangat??" Jawab ayah keempat,"Saya bekerja di Seven-Eleven!"

Sunday, December 12, 2010

Dunia Lawak : Lawak Kura-Kura


Lawak Kura-Kura
Crazy Turtle Cartoon Comic
Pada suatu hari, ada 3 ekor kekura (kura kura) nak gi
bekelah bersama sama.

Kekura pertama membawa makanan, Kekura kedua membawa
minuman,sedangkan kekura ketiga tidak membawa apa-apa pun selamber jek
lenggang perut. Didalam perjalanan tiba-tiba ujan pun turun dengan lebatnya
deras, sehingga mereka tak boleh meneruskan perjalanan.

Kemudian timbul perbualan di antara mereka.....

Kekura I : "Ermmm..... salah sekor dari kita mesti balik untuk amik payung.

Siapa yang nak pegi ni?" Kekura II dan I saling pandang memandang, dan sepakat
menuding Kekura III.

Kekura III : "Tak nak ahhh. Aku jalan lambat dan nanti aku nak sampai sini
lagilah terlambat. Sure nkorang akan bedal makanan ni semua."

Kekura I & II : "Taklah. Kita orang tunggu sampai engko datang."


Kekura III : "Betul? Kalau aku lambat 1 jam?"

Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "Kalau 3 jam ??"

Kekura I & II "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "Kalau 1 hari ?? "

Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "3 hari "

Kekura I & II : "Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "1 minggu? "

Kura I & II : ""Kita orang akan tetap tunggu."

Kekura III : "2 minggu?"

Kekura I & II : ""Kita orang akan tetap tunggu!!!!!!! Enko pegi jek lah"

Dengan berat hati, akhirnya Kekura III pun berangkat. Kekura I & II menunggu
dengan setia. Sehari, dua hari dan seminggu telah berlalu. Kekura III tak jugak
balik balik. Setelah dua minggu berlalu, Kekura I & II sudah tidak dapat menahan
lapar.

Kekura I : "Aku dah tak tahan lapar ni . Kita makan,jek lah "

Kekura II : "Aku pun dah nak pengsan nih. Jom ahh kiter perabih makanan nih."

Tiba-tiba Kekura III muncul dari semak-semak dan berseru

"Hoii!!!!!!!!!!!!!!!
Nasib baik aku belom pegi lagi... kalau tak sure engkorang abiskan makanan ni
kan?!! kan?!!"

Friday, December 10, 2010

Dunia Lawak : Malu Giler


Malu Giler

Ada seorang lelaki, dapat untung dalam bisnes. Jadi dengan bangganya
di masuk ke pejabat baru. Almaklum lah.. dah jadi bos! Dia pun mulalah
berangan, konon-konon macam orang V.I.P. Tengah syok berangan,
tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Dia terus panik, dan ambil telefon.
Dia suruh orang tadi masuk.

Sebaik sahaja pintu dibuka, dia pun mula
la lakonan hebatnya. "Aa.. macam ni la Dato'. Ni ada orang datang, I
confirm dengan you lepas ni ye," Dengan muka yang penuh riak dia pun
berkata, "Maaf la ye, saya sibuk sikit. Nak kena selesaikan masalah
tu la, masalah ni. Appointment lagi. Jadi, encik ni, apa yang boleh
saya bantu?" Tetamu tadi menjawab dengan selamba, "Saya dari Telekom,
nak repair telefon encik yang rosak."

Wednesday, December 8, 2010

Dunia Lawak : Fatwa Baru?

Fatwa Baru?


Majlis Ugama Islam(MUI) jakarta mengeluarkan fatwa baru.Setelah diadakan rapat dan diskusi
diantarapara pemimpin MUI dan dewan pakarnya, memberikan fatwa pada
tanggal 3 oktober tahun 2003:

"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK
MENIKAH DENGAN GADIS SEKAMPUNG"

Fatwa MUI ini telah menimbulkan perdebatan yang sangat
sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak
yang menyatakan bahwa MUI telah gegabah mengambil
keputusan tersebut.
Untuk mencari tahu alasan MUI mengeluarkan fatwa
tersebut, maka wartawan republika mewancari sekretaris
umum MUI Prof.Dr. Din syamsudin

Inilah isi wawancara tersebut:

Wartawan: Pak syamsudin, bagaimana MUI bisa
mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis sekampung?

Prof.Dr.Din Syamsudin: Bagaimana enggak haram,
menikahi empat orang gadis aja berat, apalagi
satu kampung, kan itu banyak jumlahnya.....