Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label kartun paling lawak. Show all posts
Showing posts with label kartun paling lawak. Show all posts

Tuesday, December 14, 2010

Dunia Lawak : Kembar 7 atau 11?

Kembar 7 atau 11?


4 orang bakal ayah sedang menunggu di bilik menunggu di hospital sementara isteri masing-masing sedang berjuang untuk melahirkan anak. Kemudian keluar jururawat dan memberitahu kepada ayah pertama, "Tahniah, kamu sekarang telah menjadi ayah kepada kembar dua!". "Mungkin satu kebetulan" kata ayah pertama. " Saya bekerja di Menara Berkembar Petronas"

Kemudian keluar pula jururawat lain dan memberitahu kepada ayah kedua, "Tahniah! awak mendapat anak kembar tiga!" "Wooow!, mungkin satu kebetulan" jawab ayah kedua."Saya kerja di 3M Corporation" Keluar pula jururawat lain dan memberitahu ayah ke ketiga,"Congratulation! isteri you dapat kembar empat," "Alhamdulillah! Mungkin juga satu kebetulan". Saya kerja di Four Season Hotel!"

Pada masa ini ayah yang ke empat kelihatan amat tidak menentu dan gelisah. Kesemua ayah-ayah yang menunggu pun bertanya, "Kenapa risau sangat??" Jawab ayah keempat,"Saya bekerja di Seven-Eleven!"

Friday, December 10, 2010

Dunia Lawak : Malu Giler


Malu Giler

Ada seorang lelaki, dapat untung dalam bisnes. Jadi dengan bangganya
di masuk ke pejabat baru. Almaklum lah.. dah jadi bos! Dia pun mulalah
berangan, konon-konon macam orang V.I.P. Tengah syok berangan,
tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Dia terus panik, dan ambil telefon.
Dia suruh orang tadi masuk.

Sebaik sahaja pintu dibuka, dia pun mula
la lakonan hebatnya. "Aa.. macam ni la Dato'. Ni ada orang datang, I
confirm dengan you lepas ni ye," Dengan muka yang penuh riak dia pun
berkata, "Maaf la ye, saya sibuk sikit. Nak kena selesaikan masalah
tu la, masalah ni. Appointment lagi. Jadi, encik ni, apa yang boleh
saya bantu?" Tetamu tadi menjawab dengan selamba, "Saya dari Telekom,
nak repair telefon encik yang rosak."