Dunia Lawak : Curang Terpaksa?
Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan
romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun.
Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang
nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah
dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria.
"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh,
abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di
benak abang ni dan abang selau bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang
pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?
Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata
dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi
hanya 3 kali sahaja selama ni"
"3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang
berniat utk memaafkan isterinya,"bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?"
Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "abang ingatkan
masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita
susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak di rampas oleh bank"
"ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami"
si isteri menyambung cerita, "abang pasti ingat yg pada satu petang tu maria
pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita,
malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan.."
"emmmm..sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria
kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si suami,
"kali ke 2 pulak?"
"abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak abang
tu, dan kita tak dapat buat apa apa sebab tak mampu biaya duit pembedahan?" si
isteri menyambung cerita
"ya, abang ingat" jawab si suami
"kalau macam tu, abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doktor pakar tu
dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa apa pun.."
"oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria
sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan
abang jugak..yang kali ke 3 macam mana pulak? ", kata si Tan Sri
si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah," abang, ingat tak
masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi
lagi...."
Tan Sri pingsan kat situ jugak dgn nyawa2 ikan...