Rahsia Tarikh Lahir
Grup A1= 01,06,11,16,21,26,31
Kamu beranggapan bahawa cinta adalah perkara terindah dalam hidup dah kamu suka bila jatuh cinta!Namun,ini bukan bermaksud kamu jenis playboy/playgirl.Selalunya kamu akan setia pada yang satu tapi mudah sangat dikecewakan!Mungkin kerana kamu sentiasa beranggapan bahwa orang yang kamu sayang tidak benar2 jujur terhadap diri kamu seperti mana kejujuran yang kamu berikan kepadanya.Selain itu,kamu juga gemar bersama teman-teman hingga hinggakan kadangkala kamu sanggup kecveawakan si dia semata2 untuk tidak melepaskan peluang melakukan aktiviti kesukaan kamu bersama teman2.Di kalangan teman2, kamu sangat boleh diharap.Namun sikap panas baran melampau yg kamu miliki itu membuatkan ramai yang tak begitu menyenangi diri kamu dan itu adalah kelemahan paling besar yang kamu miliki.
GrupB2=02,07,12,17,22,27
Impian dan cita2 adalah perkara yg paling penting dalam hidup kamu.Malah kamu juga sanggup melakukan apa saja untuk memenuhinya.Selain cita2 dan impian,cinta juga dianggap sesuatu yang yang sangat berharga dalam kehidupan kamu namun sifat kamu yg sentiasa inginkan seseorang yag sempurna membuatkan kamu sukar mencari teman yg sesuai.Kamu juga sukar mempercayai orang lain.Dari segi persahabatan,teman2 adalah sangat penting bagi kamu malah kamu sangat menghargai tiap persahabatan yg terjalin itu.Namun begitu,kamu bersifat perahsia di kalangan teman2.Kamu bukan seorang yg mudah hendak berkongsi rahsia dengan org lain biarpun teman rapat kamu sendiri!Mungkin itu adalah sikap semula jadi yg kamu miliki.Tak mudah mempercayai orang lain!Selain itu,kamu juga sangat gemar berfikir secara mendalam ttg segala perkara yg berlaku.
GrupC3=01,08,13,18,23,28
Kamu beranggapan bahawa kehidupan adalah pemberian tuhan yg indah dan kamu gemar untuk menikmati tiap apa yg kamu lakukan dalam hidup.Sikap peramah dan baik hati membuatkan kamu disenangi ramai namun kadangkala sikap kamu yg agak emosi membuatkan mereka kurang menyenangi sikap kamu itu dan seolah menjauhkan diri.Bukan mereka tak sudi lagi berkawan dgn kamu tapi sikap kamu yang angin satu badan itu kadangkala buat mereka rimas.Dalam perhubungan cinta pula,kamu dikatakan seorang yang jujur dan setia dalam persahabatan.Tapi awas, kamu tidak dapat langsung menerima sebarang bentuk penipuan!Sekali tertipu,kamu lebih rela kehilangan cinta itu buat selama lamanya walaupun sayang itu masih ada dihati.Ini kerana kamu teramat mementingkan kejujuran dalam perhubungan.Dari segi emosi,kamu mampu mengawal emosi diri kamu bila berada disamping si dia namun kadangkala keputusan yg kamu ambil menimbulkan kesan negatif pada si dia.
GRupD4=04,09,14,19,24,29
Dalam hidup,kamu sentiasa mempunyai matlamat yg hendak dicapai.Malah kamu juga sangat mengambil berat tentang impian orang lain.Jadi tak hairan jika kamu sanggup mengetepikan keinginan sendiri demi memenuhi keinginan orang lain seperti keluarga dan teman rapat.Bagi dir kamu,teman2 punya pengaruh besar dalam kehidupan kamu dan kamu juga sanggup membantu mereka dalam apa keadaan sekalipun.Dari segi personaliti diri,kamu dikatakan sering kali dipengaruhi oleh emosi diri tapi hanya sekejap sahaja.
GrupE5=10,15,20,25,30
Kamu seorang yg suka disayangi dan dimanjakan oleh seorang teman yang rapat dengan kamu.Seperti GrupC3,kehidupan adalah sesuatu yg menyeronokkan untuk dinikmati.Walaupun ada pahit maungnya namun semua adalah perkara normal dalam kehidupan.Tak perlu ambil serius sangat.Selain itu,rupanya kamu suka enjoy untuk menghiburkan hati.Bukan perkara yang negatif sangat,cuma mungkin sekadar keluar bersama teman-teman atau melakukan aktiviti yg disukai untuk menghilangkan tekanan.Ini juga adalah satu sebab kamu punyai ramai teman malah kamu memang punya hobi untuk menambah koleksi teman2 yg kamu sayangi!Keburukan kamu,punya pelbagai impian tapi tak berusaha untuk mencapainya.Ini juga disebabkan oleh sikap semulajadi kamu yg suka sangat mengambil mudah tentang suatu perkara.