Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, December 20, 2010

Home » , , , , , , » Dunia Info : Lelaki Di Sebalik Logo NBA

Dunia Info : Lelaki Di Sebalik Logo NBA

Tidak ramai yang mengetahui bahawa lambang bercorak seorang lelaki dalam logo NBA adalah bintang NBA sepanjang masa. Dia adalah Jerry West, pemain terkenal Los Angeles Lakers.

Pemain yang sering digelar Mr Clutch ini disebut-sebut sebagai guard terbaik dalam sejarah NBA. Bukan hanya kerana ketinggian badan dan aspek kesukanannya,tetapi juga disebabkan insiden berdarah yang menimpa dirinya.

Sekurang-kurangnya sembilan kali Jerry West mengalami patah tulang hidung ketika pertandingan. Ia juga jarang dipapah keluar, bahkan diusung keluar dari gelanggang disebabkan kecederaan yang dialaminya.

West sendiri disenaraikan sebanyak 14 kali dalam All Star Team, namun hanya sekali memenangi pertandingan. Ia menjadi orang ketiga yang mencatat lebih dari 25 ribu mata, di mana di setiap pertandingan rata-rata ia menghasilkan 27 mata. Pada tahun 1997, West dimasukkan dalam senarai 50 pemain terbaik dalam sejarah NBA.

Gambarnya yang sebenar


credit terselubung