Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, December 19, 2010

Home » , , , , , » Dunia Info : 10 Rumah Selebriti Hollywood Terbaik

Dunia Info : 10 Rumah Selebriti Hollywood Terbaik

Membina rumah yang bagus dan indah tentu tidak sukar untuk selebriti Hollywood yang sememangnya kaya raya, dan disebabkan rumah merupakan syurga dunia maka tak hairan jika para selebriti hollywood berikut ini merekabentuk rumah mereka dengan begitu cantik dan indah. Memiliki rumah yang terbaik adalah suatu kewajipan bagi selebriti Hollywood, dan berikut ini adalah 10 Rumah Selebriti Hollywood terbaik, diantaranya:

1. Barbra Streisand
Rumah selebriti ini sungguh besar yang berlapiskan kayu yang sangat tua dan terletak di luar serta di dalamnya, dilengkapi dengan sebuah taman dengan jalan setapak dan dengan pemandangan air yang sangat indah.
10 Rumah Selebriti Hollywood Terbaik

2. Christina Onassis
Rumah Christina Onasis adalah sebuah kapal pesiaran peribadi, dilengkapi dengan 5 bilik tidur, 6 bilik mandi, serta terdapat kolam besar dan gelanggang tenis di dalam kapal.
10 Rumah Selebriti Hollywood Terbaik

3. Madonna
Tempat ketiga untuk 10 rumah selebriti hollywood terbaik adalah milik Madonna, rumah mewah dilengkapi dengan salon spa peribadi, kolam buatan, padang golf dan sentuhan rekaan yang indah pada interiornya termasuk sofa kulit dan cermin dinding akan membuat mata tak henti memandang.
10 Rumah Selebriti Hollywood Terbaik

4. Britney Spears
Selebriti yang satu ini juga memiliki rumah yang terbaik dengan kolam renang bergaya resort dan sebuah air terjun yang menakjubkan di halaman belakangnya.
10 Rumah Selebriti Hollywood Terbaik

5. George Clooney
Rumah dengan 8 bilik tidur, dilengkapi dengan taman yang sangat besar serta padang golf serta rekaan yang unik layaknya tinggal di hutan kerana terdapat banyak sekali pokok di rumah ini, semoga tidak tersesat jika berada didalamnya.
10 Rumah Selebriti Hollywood Terbaik

6. Paris Hilton
Gadis cantik dan seksi ini memiliki rumah layaknya real estate, dengan berhiaskan lampu kristal baccarat, serta bilik untuk beberapa haiwan peliharaan, ada juga danau buatan. Gambar dibawah hanyalah bilik untuk anjingnya, bayangkan pula bagaiman agaknya rupa bilik Paris Hilton!
10 Rumah Selebriti Hollywood Terbaik

7. Mel Gibson
Selebriti Hollywood berikut ini memiliki Villa seperti syurga, dilengkapi dengan gelanggang tenis, kolam renang, taman pengkaji astronomi serta bioskop peribadi. Memang suatu kewajipan untuk memiliki rumah yang indah untuk para selebriti Hollywood, dan Mel Gibson telah mendapatkannya.
10 Rumah Selebriti Hollywood Terbaik

8. Colin Farrell
Rumah selebriti Farrell adalah villa yang khas, dengan gudang anggur, langit-langit yang indah serta tempat main billiard di luarnya.
10 Rumah Selebriti Hollywood Terbaik

9. Denise Richard
Richards telah mendekorasi ruang rumah peribadinya menggunakan tema Jepun, dengan bonsai disekitar kolam renang, serta taman dan palet warna merah dan hitam untuk digabungkan dengan furniture kayu mahoni di sekitar rumah besarnya tersebut.
10 Rumah Selebriti Hollywood Terbaik

10. Marilyn Monroe
Posisi terakhir untuk 10 Rumah Selebriti Hollywood terbaik adalah milik Marilyn Monroe dengan sebuah vila elegan dengan koleksi lukisan yang menawan, tema dekorasi ’50-an dan kolam yang menampilkan filem-filem Marilyn yang terkenal.
10 Rumah Selebriti Hollywood Terbaik

credit sourceflame