Cara Melupakan Bekas Kekasih Anda
Masihkah anda memikirkan bekas kekasih anda dan tidak dapat menghilangkannya dari fikiran anda? Bahkan ketika bersama orang yang baru, anda masih terfikir tentang bekas kekasih anda?
Jangan membanding-bandingkan
Jika anda terus membanding-bandingkan kekasih dengan bekas kekasih anda, maka peluang anda untuk melupakan bekas kekasih anda tersangatlah kecil. Maka dengan itu, pastikan anda memilih jenis kekasih yang jauh berbeza dari bekas kekasih anda yang dahulu. Jika anda tidak dapat melakukannya, fokuskan kepada cinta kekasih baru anda yang tidak dapat dibandingkan dengan cinta bekas kekasih terdahulu.
Bukan duplikasi
Anda tidak akan dapat membina kembali hubungan yang sama seperti yang telah berakhir. Sejauh manapun usaha anda, tidak akan ada lelaki mahupun perempuan yang sama. Maka persiapkan diri anda dengan membuka hati untuk hubungan yang baru, bukan hanya membuatnya menjadi seperti hubungan anda yang terdahulu.
Hindari nostalgia
Tentunya anda tidak ingin menghabiskan hidup dengan hanya menangisi bekas kekasih anda. Fikirkanlah bahawa hubungan anda telah berakhir dan anda pasti akan dapat melupakannya. Cara yang termudah adalah memulakan hubungan yang baru untuk melupakan yang lama.
Jangan ada batasan atau larangan
Jangan pernah takut untuk mengulangi kesalahan yang sama, dan jangan mencuba untuk menghindarnya, kerana ia pasti akan membuatkan anda teringat bekas kekasih anda. Bebaskan perasaan anda. Ingatlah bahawa anda hidup untuk masa sekarang dan masa depan, bukan masa lalu anda.
Kurangi drama
Jika masih sukar untuk melupakannya, menangislah. Selepas itu, lapkan air mata anda, lalu kuatkan diri dan bakar semangat anda. Dalam masa beberapa bulan, anda akan melihat masa “sendu” ini sebagai humor belaka.
Jangan ada deja vu
Belajar dari kesalahan masa lalu adalah hal yang terbaik. Kadang-kadang ada masanya anda harus ditundukkan oleh jenis lelaki/perempuan tertentu,lelaki/perempuan yang membuat anda sering kali menangis. Untuk perasaan yang jauh lebih baik, ubah keadaan ini! Dan yakinlah Anda boleh.
credit dunia-panas