Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, December 17, 2010

Home » , , , , , , » Dunia Cinta : Cantik Bukan Teras Untuk Dicintai

Dunia Cinta : Cantik Bukan Teras Untuk Dicintai

Cantik Bukan Teras Untuk Dicintai


Jika seorang lelaki mengatakan dia mencintai anda SEMATA-MATA
KERANA KECANTIKAN ANDA, awas, anda mungkin akan ditinggalkan apabila sudah tidak cantik lagi. Jika seorang lelaki mengatakan dia sanggup berkorban apa saja demi cintanya kepada anda dan apabila anda bertanya mengapa, dia
memberitahu kerana, *AKU TERPESONA DENGAN WAJAHMU,* awas anda akan
ditinggalkan apabila wajah anda tidak lagi mempesona. Lelaki yang
terlalu memuji anda sebagai *bidadari* bukan calon terbaik untuk dijadikan suami.

Kalau dia terpukau dengan kecantikan anda, tentu ramai lagi yang lebih
cantik daripada anda di luar sana. Kalau hari ini dia boleh terpukau hanya
kerana kecantikan anda, tidak mustahil dia akan terpukau dengan kecantikan
yang mengatasi anda suatu masa kelak.

Jatuh cinta disebabkan cantik itu penting, tapi jika terlalu dipentingkan
anda bakal menjalani kehidupan yang tidak menentu pada usia-usia mendatang.
Ingat, lelaki sentiasa *muda*, jika dia menjadi ghairah oleh bibir yang
merekah sampai bila-bila pun dia akan ghairah dengan bibir yang begitu.
Tiada istilah pencen meskipun dia sudah tidak berupaya untuk berdiri
tegak.

Dia mungkin tidak berbuat lantaran *tidak boleh lagi* tapi hati di dalam
tetap muda dan berbunga-bunga. Percayakah anda? Anda *patut* percaya, sebab lelaki yang hanya mementingkan kecantikan sebenarnya *buaya* yang
tidak mahu menilai keseluruhan anda. Dia menyempitkan penilaiannya hanya pada muka dan apabila muka itu sudah tidak menepati cita rasanya, perasaannya turut berubah.

Jika anda memiliki wajah yang cantik, usah terlalu gembira sebab mungkin
anda akan bertemu dengan lelaki yang salah; jika anda hodoh jangan pula
bersusah hati sebab lelaki sejati adalah mereka yang menilai wanita secara
tersendiri. Cinta yang dibibitkan oleh kecantikan dan ketampanan semata
biasanya tidak kekal hingga ke hujung.

Buktinya banyak. Jika kita hendak
mengambil artis atau model sebagai contoh (maaf para artis dan model,
sekadar contoh), kita akan dapati mereka adalah golongan cantik dan
tampan tapi kerap mengalami kelukan hati. Jika kita mendengar artis itu
bercerai, model itu ada skandal, itu bukanlah memeranjatkan sangat.
Namun, kita tentulah tidak menafikan ada yang amat loving dan kekal ke
akhir hayat, tapi jumlah yang bermasalah sentiasa mengatasi.

Kecantikan dan ketampanan adalah tiket kebahagiaan tetapi tiket itu tidak
valid sepanjang zaman. Ada ketikanya tiket itu akan sampai ke tempoh
tamat, hanya mereka yang tidak terlalu meletakkan kecantikan sebagai tiket
percintaan akan kekal, selain dan selebihnya akan mengorak langkah. Pergi.

ALLAH menjanjikan setiap lelaki beriman dengan bidadari yang amat cantik
hingga tidak tergambar oleh akal. Mengapa ALLAH janjikan bidadari yang amat
cantik? Sebab di situlah makna kecantikan yang sebenar. Kecantikan di
dunia adalah kenderaan untuk menuju ke situ. Maka itulah, kecantikan dan
ketampanan di dunia ini tidak boleh dijadikan teras untuk mencintai.
Bagaimana cantik pun akan pudar, bagaimana tampan pun akan hilang.
Kecantikan atau ketampanan bukan teras keintiman. Ia alat untuk menikmati
sebahagian kehidupan yang terbaik, namun ia bukan yang terbaik.
wajah yang indah dipandang akan menjadi cuka yang memasamkan kehidupan jika yang lain-lain tidak cantik. Kopi adalah pahit jika berdiri sendiri, tapi kopi menjadi enak apabila digandingkan dengan gula dan susu.

Anda cantik, maka anda boleh berdiri sendiri tapi tanpa keperibadian
dan iman yang padu anda ibarat kopi tanpa gandingan gula dan susu.
Selama mana boleh bertahan? Sebaik-baik kopi pahit dinilai dari sudut
kepahitannya, tapi apabila ada kopi bersusu dan bergula, ia sentiasa lebih
disukai dan akan terus disukai. Awas jika anda teramat cantik dan digilai ramai
sebab kemungkinan untuk anda bertemu lelaki yang salah jauh lebih besar.

Bukan untuk menakutkan tapi cubalah fikirkan