Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label cinta sejati. Show all posts
Showing posts with label cinta sejati. Show all posts

Saturday, January 8, 2011

Dunia Cinta : Ciri-Ciri Cinta Sejati

Anda sudah bosan berakhir pada cinta yang salah.Anda mengharapkan cinta sejati, yang anda dapat pula hanyalah cinta sehari. Sebelum memutuskan untuk menerima cinta seseorang, perhatikan tanda-tandanya, apakah dia memang soulmate anda? Ini dia tandanya.

1. Ia Sahabat Terbaik Anda
Ketika anda sedang mengalami kesusahan, yang pertama kali terlintas di kepala anda adalah dirinya. Ia pandai menenangkan hati anda. Begitupun ketika bahagia, anda tahu pada siapa kebahagiaan itu akan diberi. Ia selalu hadir untuk anda dalam situasi apa pun. Tak ada orang yang lebih baik mengisi peranan ini daripada pasangan anda. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang surut hidup.

2. Punya Banyak Persamaan
Hasil penelitian mengungkapkan, perkahwinan yang paling stabil adalah perkahwinan yang melibatkan dua orang dengan banyak persamaan. Tidak terlalu penting jenis persamaannya apa, tapi semua itu merupakan modal untuk kekalkan hubungan. Rahsia pasangan sejati adalah, manakala anda berdua selalu dapat menikmati bersama semua aspek kehidupan. Tidak perlu orang lain untuk membuat kalian bahagia. Apakah anda sudah merasakannya? Jika ya, jangan lepaskan dia.

3. Kepentingan Anda adalah Segalanya
“Cinta dimulai ketika seseorang menemukan bahawa keperluan orang lain sama pentingnya dengan keperluannya sendiri.” (Harry Stack Sullivan). Dari bahasa tubuh dan sikapnya selama ini, terlihat jelas, dia memperlakukan anda sebagai orang terpenting dalam hidupnya, bahkan seringkali dia mementingkan keperluan anda berbanding dirinya. Bila dia punya potensi itu, mungkin dia yang anda cari. Kerana cinta abadi melibatkan komitmen rela berkorban untuk kebahagiaan pasangan.

4. Cinta tak Beryarat
Cuba ingat-ingat, apakah ia pernah bermasam muka ketika anda memakai baju yang tak sesuai dengan seleranya? Atau anda pernah dimarahi, ketika anda memotong rambut tanpa pengetahuannya? Bila ya, sebaiknya fikir-fikir lagi untuk memilih dia menjadi kekasih. Padahal, cinta sejati adalah cinta yang tak bersyarat, mampu menerima pasangan apa adanya.

5. Mau Mendengarkan
Setiap kali anda berbicara padanya, tak sedetik pun perhatiannya beralih. Ia pendengar yang baik,boleh mendengar anda bercakap berjam-jam lamanya tanpa rasa bosan, penuh perhatian dan mengerti apa yang anda inginkan. Sehingga anda tak perlu mengulangi perkataan yang sama berkali-kali dan mengatakan,”Kamu faham atau tidak, apa yang saya cakapkan tadi?”

6. Always On Time
Untuk urusan apa pun, dia selalu berusaha untuk menepati waktu. Janji bertemu jam tujuh malam, dia sudah tiba di tempat setengah jam sebelumnya. Baginya, lebih baik dia yang menunggu, daripada membiarkan anda menunggu. Apalagi jika tempat bertemu janji dirasakan tidak biasa dengan anda.

7. Hubungan Batin
Tanpa diucapkan, anda saling tahu keadaan hati masing-masing. Meskipun bukan paranormal, anda seperti dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi, serta perasaan pasangan pada situasi dan keadaan tertentu. Bila anda sudah merasakan hal tersebut terhadapnya, selamat! Mungkin dialah belahan jiwa anda.

credit sourceflame

Saturday, December 25, 2010

Dunia Cinta : Mungkin Tuhan Sengaja Mahu Kita Berjumpa Dengan Orang Yang Salah Sebelum Kita Akhirnya Menemui Insan Yang Betul


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang
yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali!

Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengantangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang disekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supayaapabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan
orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Sampaikan pada sebanyak mana orang yang
tersayang,tanda peringatananda pada mereka

Friday, December 17, 2010

Dunia Cinta : Cantik Bukan Teras Untuk Dicintai

Cantik Bukan Teras Untuk Dicintai


Jika seorang lelaki mengatakan dia mencintai anda SEMATA-MATA
KERANA KECANTIKAN ANDA, awas, anda mungkin akan ditinggalkan apabila sudah tidak cantik lagi. Jika seorang lelaki mengatakan dia sanggup berkorban apa saja demi cintanya kepada anda dan apabila anda bertanya mengapa, dia
memberitahu kerana, *AKU TERPESONA DENGAN WAJAHMU,* awas anda akan
ditinggalkan apabila wajah anda tidak lagi mempesona. Lelaki yang
terlalu memuji anda sebagai *bidadari* bukan calon terbaik untuk dijadikan suami.

Kalau dia terpukau dengan kecantikan anda, tentu ramai lagi yang lebih
cantik daripada anda di luar sana. Kalau hari ini dia boleh terpukau hanya
kerana kecantikan anda, tidak mustahil dia akan terpukau dengan kecantikan
yang mengatasi anda suatu masa kelak.

Jatuh cinta disebabkan cantik itu penting, tapi jika terlalu dipentingkan
anda bakal menjalani kehidupan yang tidak menentu pada usia-usia mendatang.
Ingat, lelaki sentiasa *muda*, jika dia menjadi ghairah oleh bibir yang
merekah sampai bila-bila pun dia akan ghairah dengan bibir yang begitu.
Tiada istilah pencen meskipun dia sudah tidak berupaya untuk berdiri
tegak.

Dia mungkin tidak berbuat lantaran *tidak boleh lagi* tapi hati di dalam
tetap muda dan berbunga-bunga. Percayakah anda? Anda *patut* percaya, sebab lelaki yang hanya mementingkan kecantikan sebenarnya *buaya* yang
tidak mahu menilai keseluruhan anda. Dia menyempitkan penilaiannya hanya pada muka dan apabila muka itu sudah tidak menepati cita rasanya, perasaannya turut berubah.

Jika anda memiliki wajah yang cantik, usah terlalu gembira sebab mungkin
anda akan bertemu dengan lelaki yang salah; jika anda hodoh jangan pula
bersusah hati sebab lelaki sejati adalah mereka yang menilai wanita secara
tersendiri. Cinta yang dibibitkan oleh kecantikan dan ketampanan semata
biasanya tidak kekal hingga ke hujung.

Buktinya banyak. Jika kita hendak
mengambil artis atau model sebagai contoh (maaf para artis dan model,
sekadar contoh), kita akan dapati mereka adalah golongan cantik dan
tampan tapi kerap mengalami kelukan hati. Jika kita mendengar artis itu
bercerai, model itu ada skandal, itu bukanlah memeranjatkan sangat.
Namun, kita tentulah tidak menafikan ada yang amat loving dan kekal ke
akhir hayat, tapi jumlah yang bermasalah sentiasa mengatasi.

Kecantikan dan ketampanan adalah tiket kebahagiaan tetapi tiket itu tidak
valid sepanjang zaman. Ada ketikanya tiket itu akan sampai ke tempoh
tamat, hanya mereka yang tidak terlalu meletakkan kecantikan sebagai tiket
percintaan akan kekal, selain dan selebihnya akan mengorak langkah. Pergi.

ALLAH menjanjikan setiap lelaki beriman dengan bidadari yang amat cantik
hingga tidak tergambar oleh akal. Mengapa ALLAH janjikan bidadari yang amat
cantik? Sebab di situlah makna kecantikan yang sebenar. Kecantikan di
dunia adalah kenderaan untuk menuju ke situ. Maka itulah, kecantikan dan
ketampanan di dunia ini tidak boleh dijadikan teras untuk mencintai.
Bagaimana cantik pun akan pudar, bagaimana tampan pun akan hilang.
Kecantikan atau ketampanan bukan teras keintiman. Ia alat untuk menikmati
sebahagian kehidupan yang terbaik, namun ia bukan yang terbaik.
wajah yang indah dipandang akan menjadi cuka yang memasamkan kehidupan jika yang lain-lain tidak cantik. Kopi adalah pahit jika berdiri sendiri, tapi kopi menjadi enak apabila digandingkan dengan gula dan susu.

Anda cantik, maka anda boleh berdiri sendiri tapi tanpa keperibadian
dan iman yang padu anda ibarat kopi tanpa gandingan gula dan susu.
Selama mana boleh bertahan? Sebaik-baik kopi pahit dinilai dari sudut
kepahitannya, tapi apabila ada kopi bersusu dan bergula, ia sentiasa lebih
disukai dan akan terus disukai. Awas jika anda teramat cantik dan digilai ramai
sebab kemungkinan untuk anda bertemu lelaki yang salah jauh lebih besar.

Bukan untuk menakutkan tapi cubalah fikirkan

Dunia Cinta : Keindahan Dan Kecantikan Seorang Wanita

KEINDAHAN DAN KECANTIKAN SEORANG WANITA


Malu pada seorang wanita itu sebenarnya…
di situlah letaknya keindahan dan kecantikannya
Bersopan santun, berakhlak mulia,
maruahnya dijaga kerana ia adalah harga dirinya
Pandai bergaul tapi tidak bebas dan terbabas
Pakaiannya kemas tapi tidak menampakkan
terlalu mewah atau menunjuk-nunjuk dan tidak pula terlalu rendah mutunya kecuali tidak ada

Berbudi bahasa, peramah dan mesra, tapi tidak mengada-ngada
Auratnya dijaga tidak didedahkan kepada yang bukan muhramnya
Matanya selalu ditundukkan terutama kepada laki-laki ajnabi kecuali perlu sahaja

Bahasa bersahaja, mengikut fitrah semulajadinya,
tidak dibuat-buat atau mengada-ngada
Percakapannya dijaga, tidak menyindir-nyindir
atau mengata-ngata orang
atau memuji-muji diri dan keturunannya
Suaminya dihormati dan ditaatinya,
keluarga suaminya dimuliakannya

Berkasih sayang dan berlemah lembut dengan anak-anaknya
tetapi tidak terlalu dimanja dan dimewah-mewahkan
Rajin bekerja dan mengemaskan rumahtangga budaya hidupnya
Beribadah dengan Tuhan tidak diabaikan bahkan istiqamah ibadahnya
Jiran dan kehormatan jiran sangat dijaga,
macam menjaga keluarganya

Ketika berjalan jauh bersama muhramnya atau bersama 3 orang wanita
yang boleh dipercayai
Tidak tamak, tidak bakhil, sentiasa baik sangka dengan suaminya
Apatah lagi cemburu dan prejudis dengan suaminya
tidak ada di benak kepalanya

Jika suaminya susah, sanggup bersama-sama susah dengan suaminya
Tidak suka meminta-minta dengan suaminya kecuali terlalu perlu sahaja
Tidak suka bertanya-tanya suaminya ketika balik,

?Abang ke mana? Dari mana?
Buat apa di sana? Mengapa lambat balik??
Suaminya balik disambut dan dilayan dengan baik
Di waktu itu dia tahu dan faham apa keperluan suaminya
Hingga sikapnya itu suaminya senang,
tenang, terhibur dan lapang fikirannya
Tidak meninggikan suara dengan suaminya,

kalau dia bersalah cepat meminta maaf dengan suaminya
Kesalahan dan kesilapan suaminya dilupa-lupakan sahaja
Tidak mengungkit-ungkit suaminya,
sekalipun di waktu dia tidak senang dengan suaminya
Itulah kecantikan dan keindahan seorang wanita
Manalah hendak kita cari wanita semacam ini sekarang?


Sunday, December 5, 2010

Dunia Cinta : 13 Sebab Anda Mesti Menolak Dia Selepas 1st Date

13 Sebab Anda Mesti Menolak Dia Selepas 1st Date

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjuedYFNDPnRoDg9S2mEmxDFCecGW4mOjKo-IXY58tawitdRg24JvugQy_SWroT3apd8DNUaU1ih6xhUx-qs27e1aHvVHUUcOBPHjOPGkHwSFdcz27BTPNcQQsOEM_Ell_WAegAxo-IB4w/s1600/love+rejected.jpg

1. Dia asyik merenung dada dan punggung anda lebih daripada 10 kali setiap 10 minit.

2. Daripada ceritanya kepada anda, jelas dia kaki joli dan kaki makan angin. Sudahlah begitu, daripada banyak tempat pelancongan dan percutian di dunia, katanya, dia paling suka ke Thailand dan bila dia beritahu yang dia pernah hadapi masalah ketika menjalani ujian darah, anda patut pertimbangkan masak-masak mana tahu dia HIV positif.

3. Dia (lelaki) lebih pendek daripada anda. Masalahnya, dia betul-betul pendek dan cuma setinggi celah ketiak anda, dan anda menyedarinya bila semua orang tersenyum-senyum memandang anda berjalan disampingnya.

4. Bila dia beritahu anda, isterinya yang tidak pernah memahaminya, yang tidak pernah menjaga kebajikannya, dan tidak pernah menghargainya sebagai suami, ruparupanya si isteri sedang sarat mengandung-anak kesembilan.

5. Bila anda perasan biji matanya macam hendak terjojol keluar bila melihat semua wanita cantik@manis@seksi melepasi meja makan anda berdua.

6. Tangannya miang-miang mahu pegang tangan dan pinggang anda walaupun baru satu jam anda berkenalan dengannya.

7. Bila dia beritahu yang dia sebenarnya, bukannya ada hati dan hendak sangat bertemujanji dengan anda, tetapi buat juga, kerana kasihan, anda yang beria-ria sangat mahu menemuinya.

8. Kawan-kawan anda yang mengenalinya memberitahu, dia menghidapi penyakit kelamin yang kronik.

9. Dia langsung tidak bagi peluang anda bercerita tentang diri anda ataupun tentang famili anda, kerana dia rasa cerita tentang familinya lebih menarik dan lebih penting.

10. Bila anda pesan Coke dan dia memesan Carlsberg.

11. Bila dia cakap gedegang-gedegung macam tin kosong konon bapanya ada bisnes minyak dan datuknya orang paling kaya di Sarawak, tapi bil makan sampai, dai buat tak tahu.Anda juga yang terkorek-korek cari duit dalam tas tangan.

12. Dia beritahu yang hatinya sangat-sangat terluka, dan dia masih lagi bersedih kerana putus cinta dengan gadis yang sedang hamilkan anak luar nikahnya.

13. Dia kata yang dia impikan seorang isteri yang taat setia dan rela menjadi surirumah sepenuh masa.Tetapi daripada apa yang anda faham dia sebenarnya kata dia sedang mencari tukang masak, tukang cuci, tukang kemas, tukang gosok, tukang picit, tukang sental, pendek kata semuanya tukangla dan katanya lagi-dia juga sedang cari kilang buat anak.

Tuesday, November 30, 2010

Dunia Cinta : Seni Cinta Sejati

SENI CINTA SEJATI

Ramai orang percaya bahawa cinta tiada diikat oleh seni. Malah ada pujangga yang berkata bahawa cinta lebih tinggi dari segala peraturan. Pada hakikatnya cinta ada seninya untuk membezakannya dari yang lain. Jika tinggi seni cinta itu, dan dipraktikkan seni itu, maka tinggilah nilai cinta itu. Sesungguhnya nilai estetika cinta tidak boleh dipisahkan dari nilai etikanya. Jika dipisahkan, maka cinta itu akan jadi tempang dan buta. Berikut adalah Seni Cinta Sejati untuk anda praktikkan :-


Seni Berfikir

* Cinta Sejati itu tidak buta. Cinta itu dikurniakan kepada makhluk yang berakal. Kerana cinta memerlukan akal bagi menilainya dari sudut mutu etikanya.

* Cinta itu bukanlah segala-galanya. Walaupun ia penting dalam hidup, iman yang lebih penting dari cinta. Dengan adanya iman, barulah anda boleh mencintai dengan Cinta Sejati. Cinta juga perlu kpd akal kerana cinta tergolong kepada hal nafsu.

* Cinta perlu kepada pedoman atau peraturan. Tanpa pedoman, cinta akan buta dan meraba-raba. Cinta Sejati tidak pernah menolak pedoman dan tidak lupa pada pedoman hidup, iaitu ISLAM.

* Cinta itu amanah. Ia bukan hak anda. Sebagaimana halnya dengan diri anda, cinta juga adalah amanah. Tidak wajar untuk anda jadikan amanah untuk memusnahkan atau memungkiri amanah yang lain.

* Cinta Sejati itu sifatnya total. Ertinya walaupun anda cinta kepada kekasih anda, ia hanya sebahagian dari cinta yang menyeluruh. Cinta Sejati itu adalah cinta kepada Pencipta anda, cinta pada diri anda, cinta kepada ibubapa anda, cinta kepada masyarakat anda, cinta kepada agama anda, dan dalam masa yang sama cinta kepada kekasih anda. Kerana sifatnya total dan menyeluruh, maka Cinta Sejati akan menjadi adil. Ia meletakkan cinta pada yang berhak untuk dicintai dan setakat mana patut dicintai. Ia tidak melebihkan cinta kepada kekasih saja hinggakan lupa pada cinta yang lain.

* Cinta Sejati tidak perlu disebut. Ia khas untuk anda. Ia bukan hak orang lain. Jika anda beri Cinta Sejati, ia tidak semestinya dibalas oleh orang yang anda beri. Tapi anda tidak akan kecewa bila cinta tidak berbalas kerana anda tahu anda bercinta di bawah naungan Pencipta, yang tentu membalas kebaikan terhadap cinta anda yang putih bersih.



Seni Merasa

* Cinta yang anda nikmati sedikit demi sedikit berkat kesabaran itulah yang lebih membahagiakan anda. Anda tidak perlu gelojoh dalam cinta. Ini kerana jika anda gelojoh, anda mungkin seronok sebentar saja tapi merana sepanjang hayat.

* Merasa Cinta Sejati terhadap kekasih ialah mentakrif nikmat peringkat kedua, yang sederhana sifatnya, tidak melampau-lampau. Anda tidak terlalu terbawa-bawa oleh perasaan bila cinta anda sejati. Anda masih boleh membuat pertimbangan yang wajar.

* Jika kecewa bercinta, jangan hingga berputus asa, kerana rahmat Pencipta masih dikurniakan untuk anda. Cubalah rasai betapa beruntungnya anda mengecapi nikmatNya yang lain, dan bersyukurlah kepadaNya.



Seni Bertindak

* Jangan mendahului ketentuan. Anda perlu banyak bersabar dalam bercinta. Bila sampai masanya anda akan dihalalkan untuk membuktikan cinta, barulah anda membuktikannya itulah Cinta Sejati.

* Jikalau anda bercinta sebelum berkahwin, layanilah sekadar saja. Yang penting ialah menikahi kekasih anda, itulah ertinya menerima cintanya, kerana nikah adalah ikatan cinta.

* Andai kata anda bercinta sebelum berkahwin dan kekasih anda mahu merosakkan kehormatan anda, jauhilah dia dan jangan rasa kesal akibat kehilangannya. Mudah- mudahan anda akan mendapat kekasih yang jauh lebih memahami Cinta Sejati dan tulus dalam cintanya terhadap anda.

* Manifestasikan cinta anda hanyalah setelah bernikah. Berdoalah agar cinta itu diberkatiNya dan sentiasa mendapat rahmatNya. Pohonlah kepadaNya agar dikurniakan kepada anda nikmat Cinta Sejati yang tiada taranya.

Cinta Sejati atau Cinta Suci itu tidak buta. Cinta ini celik dan kecelikan cinta itu dapat mencelikkan pula yang lain. Cinta Sejati tidak buta dan tidak wajar dikatakan buta. Cinta yang buta ialah cinta yang bernoda. Cinta yang buta itu segalanya buta. Buta tentang cara dan peraturan cinta, buta tentang tanggungjawap cinta, buta tentang hikmah cinta, malah buta tentang hakikat diri. Cinta yang buta itu cacat, kerana ia buta. Sayangnya ramai yang suka kepada cinta buta, membiarkan dirinya hanyut dibawa arus geloranya, tersadai di celah akar pohon kecewa, lalu berkata,'Cinta Itu Buta' Cinta Sejati bukan seperti cinta Laila dan Majnun atau Romeo dan Juliet. Cinta Suci adalah seperti cinta Rasulullah dan Khadijah, atau Saidina Ali dan Fatimah.

credit ratuku eiffa and photo from Google