Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, December 13, 2010

Home » , , , , » Dunia Info : 8 Jam Alarm Yang Paling Cool

Dunia Info : 8 Jam Alarm Yang Paling Cool

8 Jam Alarm Yang Paling Cool

1. Silent Alarm Clock
Tidak seperti alarm biasanya, alarm ini memiliki cincin getah yang terhubung melalui wireless. Cincin tersebut digunakan pada jari anda, alarm ini tidak akan membangunkan anda dengan suara yang berbisik melainkan dengan getaran dari cincin tersebut.

2. Wifi Donation Alarm Clock
Ini adalah alarm yang membuat anda menjadi seorang penderma jika tidak bangun pagi. Kerana alarm ini memiliki sebuah sistem yang terhubung ke akaun bank anda melalui sambungan wi-fi. Setiap kali anda lambat bangun maka anda secara automatik akan menyumbangkan wang anda kepada sebuah organisasi yang telah ditentukan, semakin lambat anda bangun maka semakin banyak wang akan disumbangkan anda.

3. Flying Alarm Clock
Alarm ini akan memaksa anda bersukan jika anda tidak mahu bangun, bila alarm ini berdering maka kipasnya akan terlepas dan terbang maka selama kipas itu terbang selama itulah alarm tersebut akan terus berbunyi. Satu-satunya cara untuk menghentikannya adalah dengan menangkap kipas tersebut dan meletakkan kembali di atas alarmnya

4. Banclock
Ini adalah alarm yang akan membuat anda berhati-hati, kerana untuk mematikan alarm ini anda harus memasukan wang logam kedalamnya

5. Danger-Bomb Alarm Clock
Anda akan merasakan diri anda seperti James Bond ketika terbangun mendengar alarm ini. Untuk mematikannya anda harus menghubungkan ketiga-tiga kabel (merah, kuning dan biru) jika berlakunya kesalahan bersiap-siaplah untuk mendengar suara ledakan bomb

6. Laser Tag Alarm Clock
Alarm ini mungkin akan melatih anda menjadi seorang sniper, kerana untuk mematikannya anda harus menembak sinar laser tepat pada pusat sasaran targetnya.

7. Carpet Alarm Clock
Jika alarm ini berbunyi maka satu-satunya cara mematikannya adalah dengan berdiri diatasnya, jadi tidak ada alasan untuk anda tidak bangun dari tempat tidur anda.

8.Ball Alarm Clock
Jika anda adalah seorang pemain sepak bola, alarm ini sangat sesuai untuk anda. Kerana jika alarm ini berbunyi anda harus mematikannya dengan memantulkan atau menyepaknya sebuah bola, atau boleh juga dengan menimbangnya

credit feedproxy.google.com