Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, December 13, 2010

Home » , , , , , » Dunia Renungan : 10 Kunci Persahabatan Yang Baik

Dunia Renungan : 10 Kunci Persahabatan Yang Baik

10 Kunci Persahabatan Yang Baik


1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti
anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan
mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai
persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk
anda.

2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku
baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka
diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang
lain,orang lain akan menghormati anda juga.

3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap
orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan
menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci
persahabatan yang baik.

4) Hargai pendapat satu sama lain.

5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak
dapat bersama 24 jam.Bina minat-minat yang lain dan
jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai
minat-minat yang lain juga.

6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh
membaca fikiran anda.Sekiranya ada sesuatu yang
menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.

7) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan
(stress)menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik
akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada
mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk
melepaskan perasaan ... dan sebagai balasan anda
sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan
mereka pula.

8) Belajar daripada satu sama lain.

9) Jangan mengata di belakang kawan anda.

10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda
tidak boleh menariknya kembali.

photo from Google