Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label renungan islam. Show all posts
Showing posts with label renungan islam. Show all posts

Saturday, July 2, 2011

Dunia Renungan : Sebab-sebab Hati Tidak Bahagia Ialah Kerana Adanya Mazmummah Di Dalam Hati

Dunia Renungan : Sebab-sebab Hati Tidak Bahagia Ialah Kerana Adanya Mazmummah Di Dalam Hati.


Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.(sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..)

2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit.(rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)

** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikitnescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi..

** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut...

8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada...

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. - biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah...

** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.****

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia ...buruklahh padahnya...

Saturday, December 25, 2010

Dunia Renungan : Ingat..Ingat..Ingat

INGAT
JANGAN JANGAN JANGAN..................!!!!!!!!!!!!!!!!!


Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).


Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.


Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan lupa bila berhutang...ingat bila kita susah.Tidak redha rezeki yg ada jika hutang diabaikan....


Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.


Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.


Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.


Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.


Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.


ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.


Wassalam


"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)


"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni
bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka
sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71)

Dunia Renungan : 19 Hadis Nabi Mengenai Wanita.

19 Hadis nabi mengenai wanita.



1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia
dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang
yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka
Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya
(10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata,
"Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?
Jawab Rasulullah, "Suaminya.
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?"
Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit,matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15 Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16 Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17 Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18 Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia
bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan
penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19 Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka,maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Dipetik dari WANITA September.
Kalau rasa-rasa hendak tambah pahala, pi forward
e-mail kat
kawan-kawan....
Dapat pahala berdakwah

Monday, December 20, 2010

Dunia Renungan : Menghormati Azan

MENGHORMATI AZAN


Lidah kelu di saat kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita
ketahui. Cuba kita amati.... mengapa kebanyakan orang yang nazak (hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut.

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya.Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri....!!!

Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba.... maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah lailahaillallah... yang mana sesiapa yg dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut...Allah menjanjikan syurga untuknya.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut. "Ya...Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah Laillahaillallah......semasa sakaratul maut menghampiri kami...."

Friday, December 17, 2010

Dunia Renungan : Kisah Seorang Ayah Dan Anaknya

Kisah Seorang Ayah Dan Anaknya


Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan
letih disambut baik oleh anaknya
yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat
briefcase ayahnya, si anak itu
bertanya kepada ayah.....

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu
soalan?

Ayah: Hmmm....nak tanya apa?

Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di
pejabat?

Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sebuk-
sebuk nak tanya?
Si ayah mula menengking.

Anak: Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah
beritahu berapa pendapatan ayah
sejam di pejabat? (Si anak mula merayu pada
ayahnya.)

Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu?
(Jerkah ayahnya lagi.)

Anak: Oh..20 ringgit.. (Amin menundukkan
mukanya.)

Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10
ringgit dari ayah?

Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh,
itu ke sebabnya kamu tanya
pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa
dengan duit tu? Mintak sampai 10
ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat
kerja cari duit, kamu
senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi
masuk bilik.. tidur! Dah pukul
berapa nih...!!"

Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia
kembali ke biliknya. Si ayah
duduk di sofa sambil memikirkan mengapa
anaknya yang sekecil itu meminta
duit sampai 10 ringgit.

Kira-kira 2 jam kemudian,
ayah kembali tenang dan
terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar
memerlukan duit untuk
keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah
meminta wang sebegitu banyak
sebelum ini.

Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah
menuju ke bilik anaknya.
Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah..
ambil ni" Si ayah mengeluarkan
sekeping duit kaler merah.

Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum
girang.
"Terima kasih banyaklah ayah!"
Lalu dia mengangkat bantalnya dan
mengeluarkan sekeping note 10 ringgit
yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila
ternampak duit itu, si ayah
kembali berang.

"Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu
dah ada duit sebanyak itu??
Dan dari mana kamu dapat duit tu??"

Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya.
Sambil menggenggam kemas
duit itu, dia menerangkan.....
"Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang
ayah bagi hari-hari tu. Amin
minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak
cukup duit..."

"Tak cukup duit nak beli apa??"
Jerkah ayahnya lagi.

"Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit..
Nah..ayah ambil duit ni. Amin
nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin
nak ayah balik kerja awal
esok. Amin rindu nak makan malam dengan
ayah.."

Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...
The moral of this story...

Kongsilah cite ni ngan sesape je yg anda suka
tapi..yang penting skali,
sharelah masa sebanyak 20 ringgit itu bersama2
dgn insan yang anda sayangi.

Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa
yang bekerja keras sepanjang
hidupnya..yang bakal kerja sok lusa... atau
sesiapa saja yang selalu
sibuk...

Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa
dinikmati bersama2 dengan
mereka2 yang begitu rapat dengan kita..yang
sentiasa berada di hati kita..

Bayangkan...bila dah kerja nanti...kalau kita mati..
pihak syarikat akan
senang2 cari orang lain..gantikan kita.

Tapi..keluarga, rakan2 yang kita
tinggalkan kat dunia ni pasti akan berasa suatu
kehilangan sepanjang hidup
mereka.....

Fikirlah...selama ni.. apa yang kita dah buat untuk
keluarga kita?.. untuk
insan yang kita sayang??
Mess with the BEST,
Die like the REST.

Dunia Renungan : Wanita Akal Senipis Rambutnya

WANITA : AKAL SENIPIS RAMBUTNYA


Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati dan perasaan lelaki akan resah, masih mencari walau ada segalanya. Apa yang tiada dalam syurga? Namun Adam tetap rindukan Hawa. Pada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri dan puteri. Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus….., mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah SWT. Kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dariNYA. Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta kerana nantinya mereka akan semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita. Yang sementara itu tidak dapat menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situ punca bagi kekuatan dunia! Akal senipis rambutnya.

Tebalkan ia dengan ilmu. Hati serapuh kaca. Kuatkanlah ia dengan iman. Perasaan selembut sutera. Hiasilah ia dengan akhlak. Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya mereka akan lihat Nilaian dan Keadilan Tuhan. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Ia bukan diskriminasi Tuhan, sebaliknya di situlah kasih dan sayang Tuhan. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya Pasti tidak akan terhibur dan tidak akan menghiburkan. Tanpa iman, ilmu dan akhlak, mereka tidak akan lurus. Bahkan akan semakin membengkok. Itulah akibatnya andai wanita tidak kenal Tuhannya.

Bila wanita menjadi derhaka, pasti dunia lelaki akan menjadi huru-hara. Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata. Tapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi, Pimpinlah diri kepadaNya. Jinakkanlah diri kepada Allah, Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu, Janganlah mengharapkan isteri semulia FATIMAH AZ-ZAHRA, Andai peribadimu tidak sehebat SAIDINA ALI KARAMALLAHUWAJHAH!!!
Amin ya rabbal 'alamin.
Wassalam.

Wednesday, December 15, 2010

Dunia Renungan : Manusia Hari Ini Suka Berprasangka

Manusia Hari Ini Suka Berprasangka


Ada sangkaan baik...
Ada sangkaan buruk...

Orang beribadah disangka riak
Orang relaks disangka malas

Orang berbaju baru disangka menunjuk
Orang berbaju buruk disangka Zuhud (hina)

Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sedikit disangka diet

Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk

Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri

Orang menawan disangka memakai susuk
Orang tampak ceria disangka ada membela...

Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah swt,
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah,
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa,
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya,
Mana tahu yang ceria itu kerana cergas dan cerdasnya,

Jauhi sikap suka bersangka-sangka
kerana ia bakal memusnahkan ukhwah>seperti musnahnya kayu dimakan api...
satu benda yang kita lihat,macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat
semuanya bergantung bagaimana kita mentafsirkannya.

Sunday, December 12, 2010

Dunia Renungan : 12 Barisan Umat Muhammad di padang Mahsyar

12 Barisan Umat Muhamad di padang Mahsyar


Barisan Pertama - Manusia tanpa tangan dan kaki
Mereka di dunia suka menyakiti hati jirannya

Barisan kedua - Manusia berwajah khinzir hitam
Mereka di dunia melalaikan solat atau bersolat
tetapi masih melakukan kemungkaran

Barisan ketiga - Manusia seperti baghal dengan perut seperti gunung
penuh dengan ular dan kala jengking
Mereka di dunia enggan mengeluarkan zakat

Barisan keempat - Manusia yang mengalir darah dari mulutnya
Mereka di dunia berdusta dalam berjual beli

Barisan kelima - Seperti angin yang bertiup berbau sangat busuk
Mereka di dunia menyembunyikan kederhakaan atau
maksiat kerana manusia dan mereka tidak takut
kepada Allah

Barisan keenam - Manusia yang tenggorok dan tengkoknya putus
Mereka di dunia menjadi saksi palsu, mengadakan
cerita yang tidak berlaku menyebabkan orang teraniaya

Barisan ketujuh - Manusia tanpa lidah dan keluar darah dari mulutnya
Mereka di dunia enggan memberi kesaksian atau
menyembunyikan sesuatu kemungkaran menyebabkan
hukuman tidak dapat dijalankan

Barisan kelapan - Manusia berjalan terbalik (kaki ke kepala)
manusia yang melacurkan diri atau berzina tanpa
bertaubat

Barisan kesembilan - Manusia berwajah hitam dan mata serta perutnya
berapi Mereka di dunia memakan harta anak yatim

Barisan kesepuluh - Manusia bertubuh penuh dengan lepera dan belak
(sejenis penyakit kulit yang amat gatal)
Mereka di dunia menderhaka kepada ibu bapanya

Barisan kesebelas - Manusia yang buta matanya, giginya seperti tanduk,
bibir melebar hingga ke dada, lidah terjulur sampai
ke perut dan keluar kotoran yang sangat jijik
Mereka di dunia meminum arak

Barisan keduabelas - Manusia yang berwajah berseri dan bercahaya
Merekalah golongan beriman dan beramal soleh.

Kita di barisan mana?????????? Renung renungkan lah


Friday, December 3, 2010

Dunia Renungan : 3 Simpulan Syaitan

3 Simpulan Syaitan

ASSALAMUALAIKUM...

BAHWASANYA SYAITAN TELAH MENYEDIAKAN 3 SIMPULAN UNTUK UMAT MANUSIA...YG AKAN DISIMPULKAN DI TENGKUK MEREKA. APABILA MEREKA MULAI TIDUR, MAKA SYAITAN AKAN MENYIMPULKAN IA DI TEMPAT MASING-MASING...DAN DENGAN 3 SIMPULAN ITU...AKAN TIDURLAH MANUSIA SEPANJANG MALAM SEHINGGA WAKTU PAGI...

MAKA, SEKIRANYA BANGUN MANUSIA ITU DARI TIDURNYA SAMBIL MENYEBUT NAMA ALLAH YG MAHA MULIA...AKAN TEROMBAKLAH SATU SIMPULAN..
MANAKALA ..SEKIRANYA IA BANGUN UNTUK MENGAMBIL AIR SEMBAHYANG..MAKA AKAN TERURAILAH SATU SIMPULAN LAGI..DAN SIMPULAN YG TERAKHIR AKAN TURUT TERURAI APABILA IA MENDIRIKAN SOLAT....

SESUNGGUHNYA ..KETAHUILAH BAHAWA DENGAN TERURAINYA 3 SIMPULAN TERSEBUT WAHAI SAHABAT & SAHABIAH SEKALIAN...MAKA AKAN TIMBULLAH KERAJINAN & AKAN BAIKLAH HATINYA...TETAPI...SEBALIKNYA...JIKA TIDAK TERURAI 3 SIMPULAN TERSEBUT...MAKA AKAN BANGUNLAH MANUSIA ITU DENGAN BERMALAS-MALASAN & AKAN BURUKLAH HATINYA...

KESIMPULANNYA...APABILA BANGUN DARIPADA TIDUR ....SATU PERKARA YG SAYA NAK SYORKAN IALAH JANGAN LUPA AMALKAN PERKARA-PERKARA SUNAT KETIKA MENGAMBIL AIR SEMBAHYANG (TERUTAMANYA MEMASUKKAN AIR KE DALAM HIDUNG SEBANYAK 3 KALI..)...KERANA KETAHUILAH BAHAWA....SYAITAN ITU TIDUR DI DALAM LUBANG HIDUNG MANUSIA....